Bila bercakap tentang rendang tok pasti kita teringat akan keenakan rendang tok asli Perak. Rasanya yang cukup dan berempah dimakan bersama lemang atau ketupat memang membangkitkan selera. Tak cukup hanya makan sekali, pasti setiap yang merasa keenakan rendang tok akan mencari kembali rendang ini.
Resipi wajib cuba: Patutlah Sampai 25k Share, Samperit Susu 3 Bahan Cukup Manis Dan Sedap!
Rugi rasanya kalau tak makan sepuas hati, pasti juga ada yang akan membawa pulang juadah ini ke rumah. Bagi yang ingin membuat sendiri rendang tok asli Perak untuk juadah hari raya boleh ikuti perkongsian resipi daripada Roshidah Abu Bakar Shidah.
Rendang Tok Asli Perak
Bahan-Bahan;
– 1 1/2 kg daging (dipotong dadu mengikut saiz dikehendaki)
– 3 liter santan
– 1 biji kelapa parut (sangai, jadikan kerisik) sedikit isi kelapa (dihiris kecil, jadikan kepingan dan disangai)
– 2 helai daun kunyit beberapa helai daun salam
– 3 batang serai (dititik)
– 1 batang kulit kayu manis
– 4 biji bunga lawang
– 10 biji bunga cengkih
– 1 1/2 keping gula nipah/kabung/melaka
– Garam secukup rasa
– Minyak untuk menumis
Bahan disangai (goreng tanpa minyak);
– 11/2 sudu makan jintan manis
– 1/2 sudu makan jintan putih
– 2 sudu makan biji ketumbar
Bahan kisar;
– 20 biji cili kering (rendam dulu)
– 1 sudu teh lada hitam
– 10-15 biji bawang merah
– 1 labu bawang besar
– 5 ulas bawang putih
– 3 sm lengkuas
– 5 batang serai
– 5 sm halia
– 3 sm kunyit hidup
– Bahan yang disangai tadi
Cara-caranya;
– Mula-mula perapkan daging dengan sedikit bahan kisar.
– Panaskan minyak dan tumiskan serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bahan kisar. Masakkan rempah itu dahulu.
– Masukkan daging yang diperap beberapa jam tadi. Kacau.
– Masukkan santan, gula Melaka/kabung, garam, separuh dar kerisek, daun salam dan daun kunyit yang telah dicarik. Kacau sedikit, biarkan ia masak. `tambah air jika perlu’
– Bila daging nampak empuk, masukkan semua baki kerisik dan kelapa kepingan kecil yang disangai tadi, kacaukan. Masakkan rendang tok ini biar betul-betul kering.
TIP
– Rendang Tok ini mesti kering dan ia akan bertukar warna kehitaman.
– Daun salam adalah bahan kesenian rendang Tok.
Sumber: Roshidah Abu Bakar Shidah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI