Jika dulu ramai dari kita yang memilih untuk pulang ke kampung berpantang, namun kini ramai yang memilih untuk berpantang sendiri.
Alasan anak bersekolah ditambah dengan sokongan suami, ramai suri rumah lebih selesa pantang di rumah sendiri.
Pantang sendiri tidak salah asalkan soal pemakanan dan kesihatan diri dijaga dengan baik dan tidak diabaikan.
Pantang orang dulu-dulu, mungkin berbeza dengan ibu sekarang berpantang. Jika dulu, minum air kena catu, makan hanya ikan bakar, ikan kering dan diletakkan lada hitam je. Bagaimanapun, mengikut saranan doktor, pemakanan ibu perlu ikut Piramid Makanan.
Bagi ibu-ibu yang bakal melahirkan anak tak lama lagi, idea lauk berpantang frozen yang dikongsikan oleh Khalidah Alhusna Kamilen mungkin boleh membantu. Suami pun boleh tolong panaskan.
Makanan pantang frozen style. Untuk mudahkan kerja suami yang akan bantu uruskan kerja rumah & anak-anak bila mummy berpantang. Kisahnya terjadi, sebab tiba-tiba orang yang kita nak order makanan pantang tu tak jadi ambil order last minute.
Nak tak nak, walaupun tunggu hari, heret juga perut ke dapur. Boleh lah lauk untuk 34 hari. Syukur. Alhamdulillah siaplah serba sedikit menu untuk pantang.
Dari sudut positifnya, alhamdulillah kita tahu sumber makanan yang kita masak tu sedap kena citarasa lah gitu.
– Sup lobak putih dan merah.
– Sup ayam bahagian dada sahaja.
– Tenggiri masak singgang kuning. Selambak kunyit bawang putih, halia. Suka nak gigit-gigit nanti.
– Daging blackpepper & daging goreng kunyit hidup. Menu minggu ke 3 atau ke 4 nanti.
Awal-awal makan lembut lembut, lauk ikan dulu. Nanti suami just panaskan atas kuali utk lebih sihat. Saya tak prefer microwave.
Sayur ni untuk steam. Masukkan sahaja dalam steamer siap! Ini pun difrozenkan sahaja.
– Ayam kunyit hidup ni paling win! lagi banyak kunyit, lagi suka lagi best! Tak pantang pun boleh ni.
Yang ni sahaja pilih bahagian tight je. Nanti cik abang masuklah dalam airfryer. Settle!
Kan senang bila dah siap-siap macam ni. Nak makan cuma keluarkan dulu lauk tu bagi hilang beku, lepas tu bolehlah dipanaskan.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Kredit: Facebook Khalidah Alhusna Kamilen
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI