Buntu nak masak apa lagi untuk anak. Asyik sup pun mungkin anak dah jemu. Nak bagi lauk yang masak menggunakan rempah takut anak tak boleh makan sebab pedas.

Bagi ibu yang dalam dilema, anda sebenarnya boleh cuba kaedah ini. Buat sendiri kiub perencah untuk masak gulai untuk anak berumur 1 tahun ke atas. Mungkin boleh luangkan waktu hujung minggu untuk menyediakannya dan tak perlu lagi nak berkejar masa semasa hari kerja.

Cara ibu ini buat untuk anak berselera makan dengan kaedah ini boleh dicuba. Menurut Puan Yatie Eimra, sejak dia buat kaedah ini anaknya dah mula makan banyak walaupun sebelum ini agak memilih makan. Ikuti perkongsiannya

Masak Sup Tiap Hari Pun Anak Jemu. Buat Perencah Sejuk Beku Untuk Masakan Anak Lebih Sedap
Tip tambahan: Masakan kari antara menu kesukaan Fydh & biasanya dia akan makan bertambah². TAPI walaupun macam tu, tak boleh terus bubuh nasi banyak² terus, sebab nanti anak yang cerewet makan ni akan rasa stres nak habiskan. (even orang dewasa yang kurang selera makan pun akan hilang selera makan sebab libatkan psikologi). Biar nasinya sikit & tambah berkali2 pun tak pe

Sebelum ni ada mak yang pernah tanya, macam mana saya masak 2-3 menu untuk anak yang cerewet makan ni.. Lagi-lagi kalau anak hari-hari susah nak makan. Maklum lah, nak masak menu famili lagi nanti, nak buat kerja rumah lagi.. Tu belum lagi buat menu kudapan kalau anak tak nak makan.

Jujurnya, saya ni bukan jenis duduk dapur lama-lama sebab banyak kerja rumah nak diuruskan. Saya lak suka buat DIY untuk aktiviti anak kat rumah. Kang mana masa nak buat aktiviti dengan anak lagi kalau asyik ulang-alik masak menu anak jer.

Masak Sup Tiap Hari Pun Anak Jemu. Buat Perencah Sejuk Beku Untuk Masakan Anak Lebih Sedap

IKLAN

Selalunya saya dah prep sesiap bahan mentah ni. Ayam dan ikan misalnya, untuk masak menu anak ni saya dah potong untuk sekali masak je dan simpan dalam bekas berasingan. Saya gak suka frozenkan kiub perencah homemade. Kiub perencah frozen ni sebenarnya sangat memudahkan kerja-kerja memasak untuk anak yang cerewet makan macam Fydh ni.

Masak Sup Tiap Hari Pun Anak Jemu. Buat Perencah Sejuk Beku Untuk Masakan Anak Lebih SedapSelain bone broth ayam dan kiub sup, saya buat juga kiub perencah untuk kurma dan kari. Tumis bawang, rempah dan rencah sesiap. Sejukkan dan bekukan. Bila nak guna nanti, hanya masukkan ayam dan tambahan (kentang, carrot, dll) dalam air sikit. Kemudian masukkan je 1-2 kiub perencah tadi. Kadang-kadang nak cepat dan tak sempat nak defrost ayam, saya renihkan bahan-bahan tadi sampai ayam separuh masak, kemudian barulah masukkan santan. Selalunya saya gunakan electric lunch box je. Caranya sama macam yang saya sebutkan tadi. Santan tak boleh masukkan awal sangat sebab nanti pecah minyak lak..

Masak Sup Tiap Hari Pun Anak Jemu. Buat Perencah Sejuk Beku Untuk Masakan Anak Lebih Sedap
Pastikan bahan ditumis hingga betul pecah minyak supaya rempahnya masak sebab bila nak guna nanti hanya perlu renih je

Untuk buat kiub perencah frozen ni senang jer..

IKLAN

Bawang besar – dikisar
Bawang putih – dikisar
Halia – dikisar
Rempah 4 (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & cengkih)
1 paket kecil serbuk perencah kurma/kari
Daun kari (optional untuk kiub kari je)
Sedikit air

1. Tumis bahan dikisar & rempah sampai garing.
2. Masukkan serbuk perencah & sedikit air (masukkan juga daun kari jika suka).
3. Tumis hingga pecah minyak. Sejukkan & simpan dalam ice tray sebelum dibekukan.

Masak Sup Tiap Hari Pun Anak Jemu. Buat Perencah Sejuk Beku Untuk Masakan Anak Lebih Sedap

IKLAN

*Pastikan bahan-bahan ditumis hingga betul-betul pecah minyak supaya rempahnya masak sebab bila nak guna nanti hanya perlu renih je.

*bagi anak 1thn++ yang nak belajar makan kari, rempah kari daging/ikan tokma ni memang sesuai sebab rempahnya tak pedas.

Sumber: Yatie Eimra

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI