Kesihatan gigi anak adalah sangat penting bagi memastikan mereka mempunyai senyuman yang cantik lagi menarik dewasa kelak. Ini kerana banyak masalah gigi kanak-kanak yang boleh berlaku kepada mereka jika dibiarkan atau diabaikan.
Namun bukan mudah untuk anak menjaganya sendiri tanpa bantuan daripada anda sebagai ibu bapa.
Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk tahu tentangnya!
Perkembangan gigi kanak-kanak
Sebelum pergi dengan lebih lanjut, marilah kita semua belajar mengenai perkembangan gigi yang akan berlaku kepada si kecil terlebih dahulu.
Sebelum lahir
Semasa dalam kandungan lagi, janin sudah mula membentuk gigi pada awal kehamilan dan tisu pertama tunas gigi bayi terbentuk pada minggu keenam semasa dalam rahim ibu.
Enamel mula berkembang apabila fetus berada pada usia tiga ke empat bulan. Apabila bayi sudah lahir pula, mereka selalunya sudah mempunyai 20 gigi susu di bawah gusi.
Selepas lahir
Kanak-kanak akan mula fasa hendak tumbuh gigi sekitar usia mereka enam bulan dan ini adalah proses di mana gigi susu hendak keluar melalui gusi bagi membolehkan gigi berfungsi.
Kanak-kanak selalunya tumbuh kesemua 20 gigi susu sebelum usia mereka 24 bulan yang selalunya akan keluar mengikut turutan tertentu; gigi kacip, gigi geraham depan, gigi taring dan gigi geraham belakang.
Dari usia 5 hingga 11 tahun, kanak-kanak akan hilang gigi susu yang lain dan digantikan dengan gigi kekal.
Apabila sudah mencapai usia dewasa pula nanti, individu yang normal akan mempunyai 32 batang gigi.
Namun ketahuilah bahawa proses semula jadi ini mungkin akan terganggu dan terjejas akibat masalah gigi kanak-kanak.
Ads
Apakah masalah tersebut? Sila teruskan pembacaan anda!
Buat anda yang bergelar ibu bapa, jangan sesekali mengabaikan kesihatan gigi anak anda kerana ia mungkin akan mendatangkan kesan yang negatif apabila mereka dewasa kelak.
Jadi, sila peka dan ambil tahu mengenai masalah-masalah gigi yang boleh terjadi kepada mereka seperti berikut:
#1. Kaviti
Kebanyakan kanak-kanak masih belum arif tentang cara untuk memberus dan memflos gigi dengan betul tanpa pengawasan ibu bapa mereka,
Tambahan lagi dengan diet yang tinggi gula, maka masalah kaviti adalah satu isu utama buat mereka.
Ia disebabkan oleh plak yang terlekat pada permukaan gigi lantas menyebabkan gigi mereka mereput.
Oleh itu, sila pantau anak anda setiap kali di bilik air untuk memberus dan memflos gigi dengan cara yang betul ya?
#2. Gigi yang sensitif
Masalah ini sangat menjengkelkan buat mereka terutamanya ketika mengambil makanan atau minuman yang sejuk dan manis seperti aiskrim.
Ia mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor risiko seperti kaviti, gigi yang berlubang, akar gusi terdedah, tampalan gigi retak atau renggang dan berbagai-bagai lagi.
Jika mereka mengalaminya, segera bawa berjumpa doktor gigi untuk merawatnya.
Ads
#3. Masalah gigi kanak kanak – Gigi tidak rata
Kebanyakan kanak-kanak cenderung mempunyai gigi tidak rata yang seterusnya akan memberi kesan buruk kepada pertumbuhan gigi mereka kelak.
Ini mungkin disebabkan oleh faktor genetik serta saiz dan bentuk rahang yang tidak stabil.
Namun jangan risau kerana masalah ini boleh diselesaikan jika ibu bapa bertindak segera.
Jadi sila bawa anak anda berjumpa doktor gigi dua kali setahun untuk mengenali dan membetulkan masalah gigi kanak-kanak ini.
#4. Tabiat menghisap ibu jari
Tabiat yang dilakukan oleh kebanyakan kanak-kanak untuk mengawal kegelisahan ini sebenarnya boleh jadi isu besar kerana ia boleh menyebabkan gigi tidak selari.
Apa yang dimaksudkan dengan tidak selari di atas tadi ialah keadaan di mana gigi atas tidak selari dengan gigi bawah lantas mewujudkan ruang ketika mulut ditutup.
Kesannya akan membuat mereka sukar untuk mengunyah atau bercakap jika tabiat ini diteruskan sehingga mereka mencapai usia yang lebih tua kelak.
#5. Penyakit gusi
Selain gigi, gusi kanak-kanak juga perlu diperhatikan kerana terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh berlaku, antaranya gingivitis.
Gingivitis adalah satu keadaan di mana gusi boleh membengkak dan berdarah dengan mudah ketika mereka memberus atau memflos gigi.
Ads
Ia juga boleh mengakibatkan kebengkakan dan kesakitan pada gusi dan gigi lantas membuat gigi mereka tumbuh dengan tidak betul kelak.
#6. Kecemasan dental
Kecemasan dental ini boleh berlaku pada bila masa-masa sahaja ekoran lumrah sifat kanak-kanak yang serba lasak dan aktif.
Ketika bermain, beriadah atau bertelingkah dengan temannya boleh mengakibatkan gigi anak retak, patah atau tercabut tanpa sengaja.
Oleh itu, sentiasa berwaspada terutamanya ketika si kecil berada di luar rumah untuk beraktiviti bersama teman mereka.
Sebagai ibu bapa, kita semua perlu bertanggungjawab dalam memastikan masalah gigi kanak-kanak ini tidak terjadi. Jadi, sila sentiasa peka ya?
Memandangkan anak kedua kepada pelakon dan pengacara Hanis Zalikha, Alisa Aisyah mengalami kulit sensitif di bahagian muka, Hanis akui kena sentiasa menitik beratkan penjagaan kebersihan dan pemakanan untuk anaknya.
Terbaru Hanis berkongsi cara untuk anak kecil yang mengalami gatal kulit dan mengelakkan anak menggaru hingga boleh melukakan bahagian yang gatal selain untuk mengelakkan rasa ketidakselesaan pada si kecil.
Hanis berkongsi tips tersebut menerusi akaun Instagram anak perempuannya, @thealisaaisyah.
Menurut Hanis, dia mempraktikkan cara dengan memakai sarung tangan untuk anak keduanya, Alisa bagi menggelakkan luka pada kulit apabila menggaru.
“Bila kulit kering, Alisa asyik nak menggaru. Jadi Mommy cari ‘teething glove/mitten’ yang hujung full getah macam ni supaya dia tak ralit sangat garu.
“Kalau garu pun kulit merah tu sekata, tapi takkan luka. Teething glove ni sebenarnya untuk bayi gatal gusi, jadi dia sedap buat gigit-gigit.
“Tapi nak halang Alisa directly touch her skin, Mommy pun cuba beli ni. Tambahan, teething glove jenis ni bila kena air liur dia cepat kering sebab materialnya bukan cotton macam sarung tangan biasa,” kongsinya.
Selain memakaikan sarung tangan pada waktu tertentu, Hanis juga mengesyorkan ibu untuk membersihkan muka bayi dengan kapas dan air atau henti basuh muka bayi dengan sabun.
Sekiranya perlu berjumpa doktor untuk rawatan susulan serta pastikan ibu menyusu jaga diet kerana mungkin pemakanan ibu jadi punca anak mengalami kulit sensitif atau gatal.
Sumber: ig Alisa Aisyah & Hanis Zalikha
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lepas pembedahan penting untuk meningkatkan imuniti bagi mencegah penyakit endometriosis, fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.
Bagi memastikan keadaan ini terkawal, ambil langkah untuk kurangkan stres. Bersenam 30 minit setiap hari, banyak berzikir, baca Quran 4-5 muka surat setiap hari.
Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap beracun, semburan racun serangga dan pewangi d irumah juga dalam kereta. Gunakan bahan-bahan organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodoran.
Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, seperti fast food, junk food, burger, hot dog, nuggets, french fries dan lain-lain.
Juga jahukan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung – donut, kuih-muih, ais krim , coklat dan lain-lain, Jauhkan minuman soft drink, jus dan kordial dalam botol atau kotak.
Makan 70% bahan mentah dan segar , iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan lebih buah-buahan tempatan seperti betik, nenas, jambu batu, tembikai, buah naga dan lain-lain.
Saya galakkan makan ulam-ulam , sayur bayam, bendi, terung, kangkung, cekur manis, daun turi dan keledek merah.
Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 biji lobak, 2 batang saderi. Atau 1/4 buah betik dan ¼ nenas (khas seminggu dalam waktu haid). Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jag, masuk peti ais semalaman.
Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus, lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.
Makan 2 biji telur separuh masak dan oats atau bijirin lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.
Makanan selingan (tea dan coffee break) – jauhkan makanan bergula dan karbohidrat. Makan buah-buahan atau segenggam campuran kacang almond, gajus, kismis dan kacang tanah. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.
Makan tengah hari – cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral, air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis karbohidrat
Makan malam – Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vinegar . Masak sup sayur kobis, lobak, broccoli dan cendawan.
Atau buat rojak/pecal daripada sayur kangkung, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai. Gantikan nasi putih dengan brown rice.
Suplemen yang perlu untuk menpercepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamin, vit C 1gm, vit E 400 IU, Habatus sauda.
Makan juga gojiberi, lain-lain jenis beri, spirulina, rumpai laut.
“Bismillahirahmanirrahim Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi segala puji bagi Allah yang Maha Esa. Isteri Saya Sheera selamat melahirkan Puteri Kami pada 22-05-2022 jam 1931hrs (7.31malam).
“Jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan ucapan. Terima kasih juga buat para petugas PPUKM, doktor-doktor dan nurse-nurse yang telah menjaga dengan baik anak dan isteri saya yang tercinta.
“Saya amat menghargainya hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya Amin amin ya rabbal alamin,” kongsinya.
Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra berkongsi berita kehamilan anak pertama mereka setelah usia kandungan memasuki trimester ketiga.
Sebelum itu Sheera berkongsi pada Nona patutnya due date awal bulan 6, tapi bila pergi hospital untuk check up doktor kata kandungan dah cukup bulan. Air ketuban macam dah kurang jadi takut risiko. Disebabkan itu doktor buat keputusan untuk induce dan bersalin awal.
Sheera dikurniakan cahaya mata selepas setahun berkahwin.
Terdahulu dalam satu perkongsian Sheera, anak kepada aktres Aznah Hamid ini dilihat berkongsi foto terlibat dengan penggambaran drama Gerak Khas Undercover ketika sedang sarat hamil. Nampak semangatnya cukup luar biasa!
Untuk rekod Sheera dan suami mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2021. Tahniah untuk Sheera dan suami. Tak sabar nak tengok muka baby H. Mesti cantik macam mommynya.
Common sense perlu dididik dari rumah sejak anak masih kecil. Dalam dunia yang semakin mencabar hari ini, common sense atau akal fikiran yang waras adalah sesuatu yang semakin jarang dilihat.