Apabila anak memasuki alam prasekolah, pastinya masalah kesihatan kanak-kanak merupakan antara perkara yang mendatangkan kerisauan ibu bapa. Buat mereka yang bergelar ibu bapa, sudah tentu penting untuk memastikan anak membesar dengan sihat dan gembira.
Namun, seiring peningkatan usia dan anak semakin terdedah kepada persekitaran luar, pastinya risiko untuk mereka dijangkiti pelbagai penyakit juga meningkat.
Tetapi apakah masalah kesihatan umum yang cenderung dialami kanak-kanak terutamanya, apabila sudah memasuki alam prasekolah?
Masalah kesihatan kanak-kanak prasekolah lazim dialami
Kanak-kanak prasekolah memerlukan tubuh dan sistem imun yang kuat kerana mereka terdedah kepada kanak-kanak lain, individu dewasa dan persekitaran yang mungkin tercemar.
Ini sekali gus akan meningkatkan risiko untuk mereka jatuh sakit.
Berikut adalah jenis masalah kesihatan kanak-kanak yang cenderung berlaku:
Selesema
Kanak-kanak sememangnya lebih mudah dijangkiti selesema. Ia disebabkan oleh sistem daya tahan tubuh mereka yang belum berkembang sepenuhnya.
Gejala selesema seringkali disertai oleh keadaan hidung berair, batuk, sakit tekak dan keletihan.
Jangkitan telinga Seperti masalah pernafasan lain contohnya selesema, batuk dan sakit tekak, anak prasekolah juga mudah mengalami jangkitan telinga atau otitis media.
Umumnya, keadaan ini terjadi apabila telinga tengah mengalami keradangan akibat penumpukan cairan di belakang gegendang telinga.
Ia cenderung berlaku selepas sakit tekak, selesema atau jangkitan saluran pernafasan saluran atas.
Gastroenteritis akut
Keadaan ini berpunca daripada jangkitan usus yang menyebabkan cirit-birit. Biasanya ia disertai dengan simptom seperti sakit perut, mual dan muntah.
Anak prasekolah yang mengalami jangkitan ini boleh dirawat di rumah dengan memberinya banyak minum air.
Ads
Gastroenteritis akan menjangkiti apabila anak menyentuh permukaan yang tercemar dengan virus.
Hindarinya dengan mengajar anak amalan mencuci tangan yang betul.
Konjunktivitis
Merupakan jangkitan pada ‘konjunktiva’ – selaput lutsinar yang menutupi bahagian putih mata.
Jangkitan yang berlaku menyebabkan mata tampak berwarna merah atau merah jambu.
Sebab itu, masalah kesihatan kanak-kanak ini turut dikenali sebagai pink eye.
Selalunya, keadaan ini terjadi kesan daripada reaksi alahan.
Ia mudah berjangkit, terutamanya jika anak tersentuh cecair tercemar daripada mata, hidung atau mulut.
Asma
Penyakit ini menjadikan paru-paru dan saluran udara membengkak, sekali gus menyukarkan pernafasan.
Ia boleh tercetus oleh alergen, jangkitan saluran pernafasan atas atau perubahan musim.
Ads
Gejalanya boleh berkisar daripada batuk ringan hingga sesak nafas teruk atau berdehit ketika bernafas.
Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)
HFMD disebabkan oleh virus coxsackie dan kerap terjadi dalam kalangan kanak-kanak kecil.
Jika anak prasekolah dijangkiti penyakit ini, mereka akan mengalami luka pada mulut dan ruam pada tangan serta kaki.
Masalah ini tidak berbahaya dan biasanya akan hilang dalam tempoh beberapa hari.
Beguk
Merupakan jangkitan pada kelenjar parotid, iaitu kelenjar yang terdapat di sekitar rahang – berfungsi untuk pengeluaran air liur.
Antara simptom biasa beguk adalah pipi bengkak yang berlaku disebabkan pembengkakan pada kelenjar parotid.
Beguk adalah penyakit mudah berjangkit yang disebarkan melalui bersin atau batuk.
Selain bengkak, anak juga mungkin akan mengalami demam sebagai antara gejalanya.
Walaupun masalah kesihatan kanak-kanak ini cenderung terjadi, namun ia tidak mengakibatkan simptom yang teruk.
Ads
Campak
Antara penyakit berjangkit yang senang merebak. Ciri-cirinya, tubuh anak akan ditumbuhi ruam berbintik yang kelihatan di bawah kulit.
Jangkitan akan bermula pada wajah sebelum merebak ke seluruh bahagian tubuh.
Masalah kesihatan ini berisiko membawa maut tetapi dapat dielakkan dengan pengambilan vaksinasi.
Rujuk pakar pediatrik anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai vaksin kanak-kanak.
Bagi ibu menyusu, perkara paling utama yang difikirkan adalah untuk memberi susu secukupnya pada anak. Tapi jika pengeluarannya tak seperti yang diharapkan memang akan buatkan ibu jadi susah hati.
Sebolehnya semua ibu nak menyusukan anak dengan tenang. Ok apa kata cuba amalkan 4 bahan ini dan jadikan sebagai milk booster untuk memastikan susu maintain sepanjang masa.
Perkongsian dari Nursha Salleh atau Kekcha ini mungkin boleh membantu ibu menyusu yang masih lagi mencari alternatif untuk menambahkan susu.
Alhamdulillah, amalkan semasa pregnant susu meriah sangat-sangat. Lepas deliver baby, baby tak pernah berjaga malam kerana kekenyangan. Dan tidur tersangat-sangat lena sampai kan saya ni tak berjaga malam.
Sekali pam, akan dapat 120 ML tau. Kenyang baby. Syukur sangat. Okay jom saya nak kongsikan macamane nak dapatkan susu meriah.
1) Kurma (dibuang biji), badam dan kismis direndam
2) Blend dengan susu segar
3) Siap dan boleh diminum
Kurma, badam dan kismis ni memang power khasiat dia. Dari pregnant sampai lah dah beranak ni memang selalu orang kata elok makan kurma dan semua kat atas tu.
Kurma ni kalsium dan zat besi dia tinggi. Amalkan minum pagi dan malam sebelum tidur. Kurma, badam dan kismis kena rendam semalam okay.
Dari hari pertama deliver baby sampai la sekarang baby usia 3 bulan susu badan tak pernah drop. Kekcha tak penah amalkan apa-apa milk booster lain kecuali moeder tapi tak berapa nak menjadi sangat sampai lah amalkan yang ni je. Dah la senang nak dapat. Kat kedai sebelah rumah pun ada jual.
Tapi kan…….
Kalau dah ambil milk booster ni jangan lah ingat susu kita terus melimpah ruah hingga ke ladang gandum dengan serta merta. Goyang kaki je sambil tengok tv rilek-rilek tetiba susu banyak. Amboi mak enon. Tidak lah mudah sebegitu ye. Hehe.
Kena juga direct feeding dan pam untuk penghasilan susu badan yang lancar. Konsep nya mudah je. Ada permintaan (demand),ada bekalan (supply). Lagi banyak pengeluaran lagi banyak penghasilan susu badan yang baru. Jadi breast pun sentiasa penuh.
Selagi ibu tidak kerap menyusukan anak (1-2 jam sekali), bila anak bersama terutamanya pada waktu malam dan tidak mengosongkan payudara (mengepam 2-3 jam sekali) bila anak tidak bersama memang susu tidak akan terhasil walaupun anda makan milk booster berharga seploh juta sekali pun.
Sekian perkongsian saya terhadap ibu-ibu. Semoga ia dapat membantu mengenyangkan baby kita.
Masalah keguguran rambut selepas bersalin adalah perkara normal. Walau bagaimanapun, agak membimbangkan apabila ia boleh berlanjutan selama beberapa bulan.
Masalah ini jika tidak diatasi dengan baik bakal menjurus kepada kewujudan bahagian atau tompok botak di kepala pula.
Punca utama rambut gugur selepas bersalin adalah hormon yang tidak stabil. Selepas melahirkan anak, jumlah estrogen dalam tubuh berkurangan secara mendadak.
Perlu anda tahu bahawa rambut yang gugur dalam tempoh selepas bersalin ini sebenarnya merupakan rambut yang sepatutnya sudah lama gugur.
Selain daripada itu, masalah tekanan dan kekurangan vitamin adalah antara penyumbang lain faktor keguguran rambut selepas melahirkan anak.
Hal yang sama telah dilalui oleh pengacara dan pelakon Jihan Muse. Demi menjaga kecantikan rambutnya untuk jangka masa yang panjang, dia telah mengambil langkah bijak dengan memotong pendek rambutnya.
Sememangnya adalah mustahil untuk anda menghentikan keguguran rambut selepas bersalin. Namun begitu, berikut adalah antara beberapa perkara lain yang boleh anda lakukan bagi mengawal masalah keguguran rambut daripada menjadi lebih buruk.
Langkah terbaik yang boleh anda lakukan ialah meningkatkan usaha penjagaan rambut yang lebih insentif dengan mengambil vitamin tambahan untuk menguatkan dalam tubuh. Hal ini secara tidak langsung boleh menguatkan akar rambut.
Elakkan menyikat rambut ketika ia masih basah. Ketika basah, rambut sangat rapuh. Lebih memburukkan keadaan apabila anda menyikatnya secara kasar. Ia lebih mudah terputus dan gugur.
Dalam pada itu, jangan gunakan alat pengering rambut dan alat pengeriting rambut buat sementara waktu kerana ia boleh menambahkan masalah kerosakan rambut.
Hindari diri daripada mewarnakan atau mengeritingkan rambut yang tentunya banyak menggunakan bahan kimia.
Gunakan mask rawatan rambut khas untuk masalah rambut gugur. Produk rambut yang kaya dengan kandungan vitamin A dan minyak vitamin E juga boleh membantu rambut menjadi lebih sihat.
Amalkan pemakanan sihat yang mengandungi banyak protein, kalsium, zink, buah-buahan, dan sayur-sayurankerana makanan adalah sumber utama vitamin dan nutrien.
Bagi yang mengalami masalah rambut gugur berlanjutan atau sangat serius, anda perlu berjumpa dengan pakar dengan segera untuk mengetahui puncanya agar dapat menangani masalah ini dengan baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan sahaja kita orang dewasa, bahkan anak kecil kita pun selalu mengadu seperti tangan terasa arus elektri bila menyentuh tombol pintu atau troli di pasaraya.
Hal ini disebabkan oleh cas berlebihan dalam tubuh kita. Cara mudah atasi masalah ini adalah cukup mudah iaitu dengan aktiviti grounding. Ini yang dikongsikan oleh Pn Aqilah Nor.
“Wei, kenapa aku pegang rasa karen?” Tangan adik saya terus melepaskan besi yang dipegangnya. Padahal budak-budak main besi tu takde masalah pun.
“Pergi pijak rumput sekarang” saya mengeluarkan cadangan. Beberapa lama setelah memijak rumput, saya minta beliau memegang semula besi tu.
Dia takut. Teragak-agak, dia cuba mengelak. Saya paksa juga pegang. Dia mencuit-cuit besi tu, punya takut ada karen.
Gaya dah macam nak suruh kejutkan singa yang tengah tidur. Alhamdulillah.
Selepas grounding, barulah hilang rasa karen tadi. Baru dia boleh menggengam besi tadi lama.
Kalau kita biasa mengalami simptom begini, – Pegang troli terasa karen – Pegang tombol pintu terasa karen – Sentuh pintu kereta terasa karen, bermakna,
Kita mempunyai caj berlebihan pada tubuh. Cara nak salurkan caj berlebihan, adalah dengan memijak tanah atau rumput asli dengan tanpa berkasut,
Kembali ke tanah. Tak lama sangat, dapat 10-20 minit sehari memijak tanah atau rumput asli atau batu sungai pun cukup dah Insyaallah.
Dia bukan selesaikan isu ‘karen’ tadi je, malah ia juga bantu keseimbangan emosi, minda, fizikal dan spiritual.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.