!LeaderboardTop

Categories: Bayi

Masalah Kesihatan Yang Biasa Di Alami Bayi Bawah Setahun. Penting Untuk Rawatan Awal!

Menjaga bayi bukanlah semudah yang disangka. Tambah lagi yang berkaitan dengan masalah kesihatan terutama bayi bawah setahun.

Bayi meragam secara tiba-tiba adalah perkara biasa. Berjaga malam menjaga bayi yang tidak sihat memang biasa dilalui oleh ibu bapa kan?

Ada yang terpaksa mengambil cuti untuk menjaga permata hati mereka. Seperti orang dewasa, bayi juga mengalami masalah kesihatan. Kerana sistem imun bayi masih lemah dan mudah berjangkit.

Terdapat beberapa masalah kesihatan bayi yang biasanya dihadapi semasa sedang membesar.

1. Sedu

Sedu adalah masalah kesihatan bayi yang perkara biasa berlaku. Memang kerap berlaku dalam sehari. Bagi ibu, usah risau kerana sedu adalah normal. Menurut doktor, keadaan ini disebabkan bayi terlalu kenyang.

Petua orang-orang tua, basahkan sedikit tisu dan letakkan pada bahagian dahi bayi anda. Sedu akan hilang selepas itu.

2. Muntah

Kebiasaannya berlaku selepas menyusu atau setengah jam atau sejam selepas penyusuan. Kuantiti muntah adalah sedikit dan jika muntah bayi terlalu banyak dan tidak henti, ibu perlu membawa bayi ke klinik. Bayi anda mungkin mengalami masalah pada usus.

Muntah juga berlaku kerana bayi menyusu terlebih dos. Perut bayi tersangat kecil dan mempunyai had untuk menyimpan susu. Sebab itulah bayi memang kerap menyusu iaitu sekurang-kurangnya 8 kali sehari.

Sebaiknya, selepas menyusu sendawakan bayi dengan memangku dan meletakkan kepala bayi menghadap bahu anda, kemudian tepuk perlahan-lahan.

3. Kembung Perut

Masalah kesihatan bayi ini biasa berlaku dan selalunya kerap berlaku pada waktu malam. Banyak punca kembung perut terhadap bayi, antaranya disebabkan oleh pemakanan ibu, cuaca dan juga susu formula yang tidak sesuai.

Untuk melegakan perut bayi, sapu minyak angin atau minyak telon di bahagian perut, bahagian belakang badan, telapak kaki dan pada bahagian betis. Pastikan minyak yang digunakan selamat untuk bayi.

Cara tradisioanal juga boleh digunakan dengan menggunakan tungku herba yang telah dipanaskan, pastikan suhu yang selamat untuk kulit bayi dan tuam pada perut bayi. Insya-Allah, ini akan melegakan kembung perut bayi.

4. Cirit-Birit

Ada yang menyatakan bahawa jika bayi buang air besar lebih daripada tiga kali dianggap cirit-birit. Akan tetapi, perlu juga dilihat dari segi warna najis dan juga bentuknya.

Biasanya jika bayi mengalami cirit-birit, najisnya sedikit dan cair serta membuang lebih daripada tiga kali. Bayi yang kerap menyusu juga kerap membuang.

Untuk mengatasinya, anda haruslah memberi bayi anda air(untuk bayi 6 bulan ke atas) atau menyusu secara kerap kerana telah berlaku dehidrasi atau mendapatkan rawatan dengan segera.

5. Sembelit @ Tidak Buang Air Besar

Keadaan ini biasa berlaku kepada bayi. Ibu bapa kena pantau. Ia normal bagi bayi menyusu badan. Biar anak membuang secara semulajadi. Jika nampak anak tak selesa boleh terus rujuk pada doktor.

6. Ruam

Masalah kesihatan bayi yang popular dan kerap terjadi ialah ruam. Sebagai ibu, kerisauan melanda jika terdapat bintik-bintik merah yang timbul pada wajah dan bahagian kulit yang lain terutamanya punggung.

Biasanya yang kerap berlaku kepada bayi ialah ruam lampin. Keadaan ini terjadi disebabkan oleh lambat menukar lampin bayi dan juga kulit bayi cepat berpeluh. Kulit bayi sangat lembut dan sensitif, jadi penjagaan yang rapi amat diperlukan.

Ruam juga terjadi pada bahagian celah-celah paha dan lipatan anggota badan bayi. Sebagai penyelesaiannya, gunakan krim pelindung ruam yang tidak menyerap air.

Lampin yang basah perlu ditukar segera atau sebaik-baiknya 6 jam sekali. Jika bayi anda buang air besar, jangan melambatkan proses pembersihan kerana keadaan tersebut membuatkan bayi anda tidak selesa dan boleh menyebabkan gatal-gatal.\

7. Selsema

Masalah kesihatan bayi seperti selsema kerap berlaku setiap bulan. Sistem pertahanan bayi masih belum kuat dan mudah dijangkiti virus. Selsema akan meyebabkan bayi tidak selesa dan adakalanya tidak lena tidur.

Selsema terjadi disebabkan kahak terkumpul pada bahagian paru-paru bayi. Untuk membuang kahak, memang sukar, kerana bayi masih kecil. Anda juga boleh mencuba untuk melakukan Teknik Steam/Garlic Steam untuk melegakan bayi anda.

Atau sapukan minyak bawang putih di bahagian dada, belakang dan tapak kaki bayi. InshaAllah, cara ini akan memberikan kelegaan kepada bayi anda.

8. Demam

Masalah kesihatan bayi yang seterusnya ialah demam. Suhu biasa bagi bayi ialah 37 darjah celcius, jika suhu melebihi 38 darjah celcius ke atas, itu tandanya bayi anda demam.

Cara nak menurunkan suhu bayi  adalah dengan meletakkan tuala basah di kepala dan juga dicelah ketiak bagimemastikan suhu badan dalam keadaan normal.

sumber: rezekisihat.com

Tinggalkan Komen

This post was last modified on January 22, 2018 8:59 am

Wan Amalia

Share
Published by
Wan Amalia
Tags: awalbawahbayikesihatanmasalahpentingrawatansetahun

Recent Posts

  • Kesihatan Ibu

Haid Tak Datang Tapi Tak Hamil Boleh Buat Tulang Rapuh. 7 Puncanya Perlu Diambil Serius!

Haid yang sepatutnya datang setiap bulan sudah lama tidak datang. Bila ujian kehamilan negatif. Risaunya mama, apa yang sedang berlaku,…

2 hours ago
  • Tip

Anak Mengamuk, Selalu Tak Sabar & Berebut Mainan? Tak Perlu Pukul, Guna 4 Tips Ini

Pening rasanya bila anak-anak mula mengamuk, tak nak bersabar dan suka berebut mainan. Kaunselor beri penjelasan dan kongsi 4 tip…

3 hours ago
  • Kesihatan Bayi

Ketahui 7 Titik Refleksologi Pada Tapak Kaki Bayi Yang Boleh Tenangkannya Menangis

Bayi menangis biasanya kerana ada sesuatu yang tak selesa di badan mereka. Bukan sebab lapar dan

3 hours ago
  • Kesihatan Kanak-Kanak

Makan Dah Pantang, Tapi Kenapa Ekzema Anak Masih Tak Elok Dan Semakin Teruk? Ini Jawapannya

Bagi yang merawat anak-anak ekzema sendiri dengan mengunakan konsep berpantang dari sesetengah jenis makanan dan

5 hours ago
  • Kesihatan Ibu

Masa Berurut Baru Tahu. Jihan Muse Buat Pembedahan Buang Cyst Lepas Bersalin

Pelawak dan aktres Jihan Muse mendedahkan dia menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan cyst selepas bersalin anak

6 hours ago
  • Tip

Baru Solat Anak Duduk Depan, Menangis. 3 Tip Ini Membantu Ibu Ayah Solat Dengan Tenang

Solat yang khusyuk tercapai apabila hati, fikiran, perasaan dan seluruh pancaindera tunduk patuh kepada Allah

9 hours ago