Masalah ‘Preauricular Sinus’ Pada Telinga Anak, Jangan Biarkan Saja, Mama Kena Periksa!

Share

Kita selalu merasakan bahagian telinga anak kurang bermasalah sedangkan ada banyak risiko lain yang boleh menyebabkan anak tidak selesa. Salah satunya adalah masalah ‘Preauricular Sinus’, cyst atau kantung pelik yang terjadi di telinga. Bukan anak saja, orang dewasa pun kena periksa.

Menurut Dr. Ezairy M.Sallih, Doktor Otorinolaringologi, Telinga, Hidung & Tekak, penyakit ‘Preauricular Sinus’ biasanya kelihatan seperti lubang pada bahagian depan telinga.

Contoh lubang dan benjolan cyst pada telinga.

Lubang Pada Telinga


Cuba anda lihat gambar. Tengok telinga anak anda. Tengok telinga suami, isteri atau anda sendiri di cermin. Pernah tak jumpa lubang seperti ini di telinga?

Kalau ada, apa yang anda nak buat? Perlu dirisau ke? Apa itu ‘preauricular sinus’? Pernah dengar sebelum ini?

Sinus Preauricular adalah kecacatan kongenital biasa yang pertama kali dikenalpasti pada tahun 1864. Biasa berlaku di kawasan depan telinga kita.

Penyakit ini biasanya dikenalpasti semasa pemeriksaan fizikal rutin. Ia dapat diketahui dengan pembentukan cyst atau bonjolan yang boleh menjadi bengkak di hadapan telinga. Selalu juga saya perasan kes-kes seperti ini, bukanlah ‘rare’ sangat untuk ditemui di klinik ENT.

 

Anda mesti tertanya-tanya. Bagaimana boleh dapat masalah ini?

Sinus Preauricular diwarisi secara autosomal dominan. Ia boleh timbul secara spontan. Ia juga boleh berlaku di kedua-dua belah telinga dalam 25-50 % kes, dan boleh juga berlaku pada sebelah bahagian sahaja.

Ubat antibiotik serta pembedahan kecil untuk mengeluarkan cecair nanah perlu dilakukan sekiranya cyst atau kantung tersebut mengalami jangkitan.

Walaubagaimanapun, untuk sesetengah pesakit, pembedahan untuk membuang semua cyst/kantung tersebut mesti dilakukan sebaik sahaja jangkitan pada lubang tersebut sembuh. Ini bagi memastikan jangkitan sinus preaurikular tidak berulang.

 

Published by
SRM