Menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, diakui ia bukanlah mudah untuk dilalui kebanyakan rakyat di Malaysia. Banyak golongan yang terjejas kerana terpaksa berhadapan dengan situasi dibuang kerja, penutupan perniagaan dan banyak lagi. Oleh itu, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mengadakan pelbagai bantuan bagi meringankan sedikit bebanan yang dihadapi oleh masyarakat kita.
Pengumuman Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang diperuntukkan oleh kerajaan memberi sedikit kelegaan kepada rakyat bagi memastikan pemulihan ekonomi ketika pelaksanaan PKP 2.0 ini. Selain PERMAI, kerajaan telah mengadakan empat pakej rangsangan ekonomi sejak bermulanya penularan wabak COVID-19.
Banyak Bantuan Dari Badan Kebajikan & Orang Persendirian
Bukan hanya kerajaan bahkan banyak badan-badan kebajikan yang turut mengambil langkah untuk membantu golongan yang benar-benar terjejas kerana pandemik ini. Bantuan berbentuk wang tunai mahupun barangan dapur sedikit-sebanyak dapat menampung keperluan mereka yang memerlukan. Selain itu juga, terdapat ramai selebriti mahupun usahawan yang turut memainkan peranan untuk menghulurkan bantuan.
In3tree Ambil Peluang Bantu Golongan Terjejas
Int3ree yang merupakan jenama makanan dan minuman tempatan turut melancarkan bantuan sebanyak 4000 karton ready to drinks Aex3c kepada surirumah, golongan yang terjejas pendapatan dan juga pelajar institut pendidikan tinggi. Sebanyak 100,000 unit Aex3c yang bernilai Rm 220,000 akan diagihkan bersamaan dua karton setiap orang.
Kata Pengarah Urusan Int3tree, En Sudirman Abd Rahman program ini diadakan bukan sekadar untuk memberi bantuan tetapi mendidik golongan-golongan ini untuk menjana pendapatan di musim pandemik ini. Stok ini diberikan beserta bantuan dan sokongan pemasaran yang membolehkan mereka mendapat pulangan RM1000 sekurang-kurangnya setiap bulan.
Misi ini juga mensasarkan 2000 orang yang dibantu ini mampu membuat simpanan sekurang-kurangnya RM3000 menjelang Aidilfitri nanti. Program ini bermula pada 5 Februari ini dan mereka yang terpilih akan dilatih secara atas talian untuk mendalami ilmu perniagaan. Semoga dengan bantuan dan peluang perniagaan yang diadakan oleh pihak Int3tree ini dapat membantu lebih ramai orang untuk survive sepanjang COVID-19 ini.