Pemilihan nama anak-anak legenda pop negara, Datuk Jamal Abdillah sememangnya diketahui sedap-sedap belaka malah diambil dari beberapa nama watak dalam filem lakonannya seperti Azura dan sebagainya.
Namun begitu, buat anak perempuan dan anak keenamnya yang bakal lahir Mac ini, raja pop itu membuka peluang untuk peminat menamakan anaknya yang bakal lahir.
Cahaya mata keempatnya bersama isteri tersayang, Datin Zai Izzati Khiruddin itu dijangka lahir pada 23 Mac ini.
“Kalau peminat atau pengikut di laman sosial saya ada nama sesuai dengan maksud yang baik dan indah untuk bayi perempuan kami ini, boleh tinggalkan komen di laman Instagram saya dan isteri.
“Kami masih mencari nama yang sesuai lagi dan isteri pula hanya serahkan pada saya untuk memilihnya,” kongsi Datuk Jamal.
Tak sabar tunggu anak lahir
Bahkan akui bapa penyayang ini lagi, dia mengakui seakan tidak sabar untuk menantikan kelahiran zuriat tersebut yang menjadi pelengkap bahagianya bersama isteri.
Biar pun sudah punya tiga cahaya mata bersama sebelum ini, namun keterujaan untuk menyambut orang baru tetap terasa.
“Alhamdulillah, isteri saya Zai dan bayi dalam kandungannya juga dalam keadaan sihat serta tiada masalah. Usia kandungan isteri juga sudah mencecah tujuh bulan. Setakat ini, semuanya baik-baik sahaja,” ujarnya.
Tidak merancang untuk menambah jumlah anak selepas kelahiran bayi perempuan Mac nanti, ujar Datuk Jamal, dia dan isteri kini lebih fokus dalam membesarkan ketiga-tiga anak dan memberikan pendidikan yang terbaik buat mereka.
Terdahulu, pasangan ini berkahwin pada 1 April 2017 dan dikurniakan tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3; El Isaac Yamani, 2; dan Iskandar Rayyan Yamani yang kini berusia setahun.
Datuk Jamal turut memiliki dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17 menerusi perkahwinan terdahulunya.
Menarik: Kena Masuk OT, Ramai Sedih Tengok Aafiyah Menangis Sambil Dipujuk Ibu Sebelum Masuk OT!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma