Walaupun sudah masuk hari ke 19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, namun rata-rata masih ada di kalangan masyarakat kita yang ingkar dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Hari ini menerusi sidang media Majlis Keselamatan Negara, Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob melaporkan semalam iaitu pada 4 April, sebanyak 745 sekatan jalan raya dilakukan di seluruh negara. Daripada sekatan ini, sebanyak 331 839 buah kenderaan diperiksa dan sejumlah 25 554 pemeriksaan mengejut di adakan di seluruh negara termasuklah premis-premis dan sebagainya.
Malah PDRM juga menahan 368 individu di sekatan jalan raya kerana melanggar arahan dan langgar pematuhan PKP. Walaupun terdapat pengurangan sebanyak 11 peratus daripada hari terdahulunya, namun masih ramai masyarakat dilihat ingkar dengan arahan yang dikeluarkan kerajaan.
MalaysiaGazette, menerusi satu laporannya melihat sikap masyarakat Malaysia yang terlalu individualistik malah tidak merasakan ianya sebagai satu tanggungjawab bersama mengatasi pandemik Covid-19 ini.
Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong yang kecewa dengan sikap rakyat Malaysia menyifatkan trend sikap ini sebagai tidak baik kerana Malaysia memerlukan kerjasama daripada semua pihak dalam membendung wabak Covid-19.
Malah katanya lagi menerusi temubual bersama MalaysiaGazette, ada sesetengah individu sudah hilang norma-norma hidup bermasyarakat sebaliknya menjadi individu yang terlalu pentingkan diri sendiri.
Malah beliau turut menyatakan rasa kecewa dan sedih apabila ada anggota polis disiasat kerana bertindak tegas kepada rakyat yang ingkar arahan kerajaan. Hal sebegini sepatutnya tidak patut berlaku kerana jika isu ini silap ditangani, rakyat Malaysia semakin banyak songeh.
“Ini satu isyarat yang tidak betul kepada masyarakat. Saya harap perkara ini dilihat semula secara berhati-hati. Kalau isu ini silap ditangani, rakyat Malaysia semakin banyak songeh,” katanya.
Malah Teo mencadangkan agar kerajaan menempatkan lebih ramai tentera komando sebagai barisan hadapan dalam mengawasi pergerakan rakyat.
Ads
Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan prihatin kita sepatutnya sama-sama berganding bahu untuk membendung wabak ini dari terus merebak. Hanya patuh pada arahan kerajaan dan berusaha untuk kekal di rumah. Itu sebaiknya tanpa perlu kerajaan mengadakan sekatan yang kemudiannya akan lebih menyusahkan kita kelak. Bertindak bijak dan kekal di rumah.
Rakyat Malaysia banyak songeh, gantikan polis dengan komando!
Pelanggaran arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berterusan oleh segelintir individu menyaksikan trend sikap rakyat Malaysia yang semakin terlalu individualistik.
Keadaan ini diburukkan lagi apabila tindakan-tindakan tegas oleh polis yang didakwa menengking dan merotan individu-individu yang ingkar PKP dipersoalkan dan disiasat.
Ads
Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong yang kecewa dengan sikap rakyat Malaysia menyifatkan trend sikap ini sebagai tidak baik kerana Malaysia memerlukan kerjasama kolektif daripada semua pihak dalam membendung wabak Covid-19.
Menurutnya, individu-individu yang melanggar arahan PKP yang sudah memasuki fasa kedua seperti orang yang hilang akal kerana terlalu mementingkan kehendak sendiri hingga tidak peduli keselamatan rakyat terbanyak.
“Kerajaan melaksanakan PKP bersebab untuk membendung penularan wabak yang bahaya. Itu pun bukan tidak boleh keluar langsung tetapi jika ada keperluan. Jadi mengapa tidak boleh bekerjasama?.
“Saya dapati rakyat Malaysia sudah hilang norma-norma hidup bermasyarakat sebaliknya menjadi individu yang terlalu pentingkan diri sendiri,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Ads
Beliau yang menyatakan rasa kecewa dan sedih apabila ada anggota polis disiasat kerana bertindak tegas kepada rakyat yang ingkar arahan kerajaan, khususnya ketika Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sedang bergelut dan berjuang untuk menyelamat nyawa rakyat di negara ini.
“Kalau arahan polis yang menjaga keamanan negara pun tak mahu dengar, apa nak jadi? Saya juga amat sedih apabila ada anggota polis yang bertindak tegas pula disiasat.
“Ini satu isyarat yang tidak betul kepada masyarakat. Saya harap perkara ini dilihat semula secara berhati-hati. Kalau isu ini silap ditangani, rakyat Malaysia semakin banyak songeh,” tegasnya.
Melihat perkembangan mutakhir itu, Teo mencadangkan agar kerajaan menempatkan lebih ramai tentera komando sebagai barisan hadapan dalam mengawasi pergerakan rakyat.
Pendekatan ini bukan untuk menafikan peranan polis tetapi mengajar rakyat Malaysia lebih berdisiplin dan menghormati arahan terutama ketika situasi getir seperti hari ini.
“Polis selalu berada dalam masyarakat menyebabkan rasa takut rakyat kepada mereka walaupun yang berpangkat tinggi semakin berkurangan berbanding askar yang kurang berada dalam masyarakat.
”Selain itu, kedudukan askar dipandang secara simbolik sebagai benteng pertahanan negara. Warna, pakaiannya sahaja sudah menggerunkan rakyat, itu belum lagi mereka menjerit. Walaupun jika seorang prebet yang menjerit tiada siapa yang berani, apatah lagi menularkan video-video.
“Pada saya kalau dengan meletakkan askar dapat mendisiplin rakyat daripada bergerak, sekali gus dapat membendung penularan wabak ini, tidak ada salah kerajaan menempatkan askar-askar komando,” tambahnya. – MalaysiaGazette
Bukan bertemankan dengan ibu dan ayah, tetapi kehadiran anak kecil yang baru berusia lima tahun ke surau untuk menunaikan solat subuh menarik perhatian ramai.
Betapa hebatnya didikan kedua ibu bapa ini hinggalah anak kecil yang baru berusia lima tahun itu kuat semangatnya malah sudah mengertikan akan tanggungjawabnya kepada agama.
Perkongsian saudara Muhammad Mustafa mengenai anak kecil ini ternyata menarik perhatian ramai.
Bukan hanya menunaikan tanggungjawabnya bersolat bahkan turut sama membawa Al-Quran sebaik habis bersolat. Hebat!
Seorang kanak-kanak berumur 5 tahun datang ke surau pagi ini untuk mendirikan solat subuh. Terlewat bangun katanya.
Datang sendiri ke surau, untuk menunaikan solat subuh. Selesai solat, dia mengambil mushaf Al-Quran untuk membaca, tanpa pantauan ibubapa.
Tahniah kepada ibubapanya yang mendidik untuk menunaikan solat di surau/masjid.
Moga adik IB menjadi contoh tauladan kepada anak-anak yang lain dan bakal mewarisi tamadun Islam suatu masa kelak.
Semoga anak kecil ini teruslah menjadi contoh dan tauladan malah menjadi inspirasi untuk anak kecil lain sepanjang perjalanan hidup mereka kelak.
Dalam perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin mengumumkan kelonggaran merentas sempadan negeri untuk pasangan suami atau isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja.
Menurut beliau, kelonggaran diberikan untuk pasangan suami atau isteri untuk bertemu dengan keluarga setelah masing-masing ‘berpisah’ sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.
“Mengenai perjalanan rentas negeri, saya diberitahu ada pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja.
“Misalnya, suami bekerja di Perlis, isteri di Johor. Oleh kerana larangan perjalanan rentas sempadan negeri, ada suami yang dah tak berjumpa anak dan isteri selama dua bulan.
“Jadi saya nak mengumumkan kita berikan kelonggaran kepada pasangan suami atau isteri ini untuk melakukan perjalanan rentas sempadan negeri bagi tujuan berjumpa dengan keluarga.
“Bagi yang melibatkan perjalanan rentas negeri Sabah dan Sarawak, saya mohon supaya kerajaan negeri Sabah dan Sarawak juga memberikan kelonggaran yang sama.
“Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia atau hadir sendiri ke balai polis yang berdekatan,” ujar beliau.
Dalam perutusan tersebut juga Perdana Menteri turut mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau dah jodoh tak ke mana. Apa sekalipun dugaan jika itu dah memang jodoh kita, apa saja yang berlaku pasti dilalui dengan tenang dan mudah. Semua ini adalah rahsia Allah yang mungkin kita tak pernah jangka pun berlaku.
Ada orang bila berkahwin dah boleh tinggal bersama, ada pasangan terpaksa bersabar disebabkan jarak jauh atas komitmen kerja. Namun jika hati terima dengan reda, halangan ini pasti dapat dilalui dengan sebaiknya atas kepercayaan dan kejujuran dalam diri masing-masing.
Sama jugalah dengan situasi yang berlaku pada seorang isteri ini yang berkongsi di TikTok atas akaun @natasyabunny apabila memuat naik momen ketika bertemu suami buat kali pertama selepas tujuh bulan bernikah.
Menurutnya, dia dan suami hanya berhubung menerusi panggilan video termasuklah ketika bernikah. Ini kerana suaminya bekerja di Australia manakala dirinya berada di Malaysia.
Kongsinya, dia dan suami tidak pernah berjumpa atau berdating seperti pasangan bercinta yang lain disebabkan kekangan jarak.
JODOH itu rahsia ALLAH … aku tak pernah jumpa dia depan-depan. Hanya bercinta tanpa berjumpa. Hebatnya Kuasa ALLAH. Aku nikah online tanpa berjumpa, lepas nikah 7 bulan tak dapat jumpa dan stay sekali sebab dia dekat Aussie, aku dekat Malaysia.
Kali pertama dapat bersua muka
Menurut Natasya, walaupun tak pernah berjumpa dengan suaminya, dia mengambil inisiatif mengenali keluarga dan teman-teman dekat suami sebelum bersetuju untuk disatukan.
Dalam video pertemuan di lapangan terbang, dapat dilihat dia dan suami saling berpelukan kerana begitu merindui antara satu sama lain serta bersyukur kerana penantian yang panjang berakhir juga.
7 bulan menanti, akhirnya Allah temukan kami berdua … KUAT?? Istilah kuat tu hanya ALLAH je yang tahu … apa yang aku boleh cakap ALLAH akan uji pada hambanya yang mampu terima ujian tu.
Alhamdulillah walaupun tak pernah jumpa hubungan kita orang baik tanpa orang ketiga masa LDR. Alhamdulillah Allah jaga hati kita … semoga selepas ni pun Allah sentiasa jaga hati kita. JADI untuk yang single tu korang jangan risau kalau jodoh, tak perlu beria nak date ke jumpa ke.. yakin dengan Allah ❤️🌹
Cantik susunan takdir Allah
Perkongsian pasangan ini mendapat pelbagai reaksi kerana tak semua orang mampu lalui pengalaman seperti ini. Rami mendoakan agar hubungan mereka terus bahagia hingga ke akhir hayat serta dalam reda Allah SWT.
Bila Anak Ada Minat, Tugas Kita Adalah Menyokong”: Inspirasi Dari Dunia Taekwondo Si Cilik
Pernah tak kita sebagai ibu bapa terhenti sejenak dan bertanya, “Apa sebenarnya...