Emas memang menjadi barang perhiasan kegilaan wanita kerana nilainya yang tinggi dan melambangkan kekayaan. Namun ada juga yang tidak kisah jika tidak dapat memilikinya asalkan keperluan keluarga dipenuhi.
Tahu tak, masih ramai isteri-isteri yang tak pernah pakai barang kemas selama bertahun-tahun perkahwinan sebab tak pernah cukup duit nak beli walau sebentuk cincin pun?
Masih ramai ya. Bukan kerana suami tak mahu belikan, bukan kerana tak mahu ada aset atau menyimpan emas. Tapi wang digunakan untuk banyak keperluan yang lain. Untuk anak-anak dan keluarga. Untuk sesuatu yang lebih penting kepada mereka.
Dan isteri-isteri ni tak pernah meminta, tak pula merungut atau tak puas hati. Kalau ada yang sebegini sebagai pasangan hidup, hargailah. Walau emas sekarang menjadi trend, mereka tetap bersyukur walau tak ada perhiasan diri.
Sebab mereka tahu, yang utama adalah memahami suami dan tidak membebankannya. Hargailah pasangan sebegini, yang sanggup susah senang bersama.
Masih ramai isteri yang merasakan tidak perlu pun bersaing walau terpaksa hidup dalam kekurangan. Bersyukurlah, kalau kalian salah satu dari mereka. Moga Allah swt melimpahkan rahmat dalam rumahtangga yang penuh kesyukuran.
Masih ada, isteri yang hidup apa adanya. Walau org lain dah jauh kehadapan, mereka tetap setia utuh bersama. Walau terpaksa duduk di rumah, berpenat lelah menjaga anak dan mengurus hal rumahnya. Walau tak pernah disajikan kemewahan dan tak pernah dibawa bercuti kerana kurang kemampuan pasangannya. Dia tetap bahagia. Kerana bahagia itu milik Allah dan kurniaan Allah swt kepada hambaNya.
Rumahtangga yang bahagia bukanlah harta, bukan rupa dan bukan juga kedudukan. Tapi keikhlasan menerima segala kekurangan pasangan dan bersyukur sentiasa. InshaaAllah.
Kredit : Suffiyah Ramadhani
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI