Kehamilan yang melepasi tarikh jangkaan bersalin adalah sesuatu yang merisaukan buat ibu mengandung. Sudah tentu ibu akan tertanya-tanya bila akan bersalin dan bagaiman keadaan bayi dalam kandungan. Mungkin ramai ibu yang tidak menyedarinya, tetapi situasi ini sering berlaku.
Tarikh jangkaan bersalin biasanya ditentukan oleh doktor atau jururawat 40 minggu daripada tarikh hari pertama haid ibu yang terakhir. Ada juga keadaan di mana tarikh jangkaan ditentukan berdasarkan ujian imbasan bagi kes ibu yang mempunyai kitaran haid tidak teratur.
Seandainya usia kandungan anda mencecah 41 minggu, anda akan diarahkan untuk ke hospital oleh doktor yang merawat. Ketika ini, doktor akan menyemak semula tarikh haid yang terakhir dan melakukan pemeriksaan kedudukan bayi serta saiznya. Bukaan serviks si ibu juga akan diperiksa untuk melihat sama ada sudah bersedia untuk proses bersalin atau tidak. Bagi merungkai persoalan ini, Pa&Ma mendapatkan penerangan daripada Dr. Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar, Pakar Kanak-kanak & Neonatal dari KPJ Damansara.
Artikel Menarik: [Sakit Kontraksi Memang Tak Boleh Kongsi, Tapi Rajin-Rajinlah Manjakan Isteri, Mudahkan Dia Bersalin]
Faktor Yang Menyebabkan Kelahiran Overdue
Kehamilan yang melepasi tarikh jangkaan bersalin biasanya terjadi kepada ibu yang mempunyai ciri-ciri ini:
1. Tidak pasti tarikh hari pertama datang haid yang terakhir sebelum hamil
Ini sering berlaku, ibu tidak membuat catatan tentang tarikh kedatangan haid dan menyebabkan ketika hamil, doktor tidak dapat memberi tarikh jangkaan bersalin yang tepat kepada mereka.
Oleh itu, ibu yang mahu mengandung disarankan untuk menyimpan rekod kedatangan haid agar doktor mudah untuk merujuk tarikh itu dan meberi tarikh jangkaan yang tepat atau tidak ‘lari’ jauh dari hari bersalin.
2. Kehamilan pertama
Ibu yang mengandungkan anak pertama biasanya tidak arif tentang hari pertama haid yang terakhir sebelum hamil. Ini boleh menjadi sebab kelahiran sedikit lewat dari tarikh jangkaan bersalin.
3. Sejarah Overdue
Jika ibu tersebut pernah melahirkan anak terlewat dari tarikh jangkaan bersalin, tidak mustahil situasi ini akan berulang pada kelahiran yang seterusnya.
4. Hamil Bayi Lelaki
5. Ibu Menghidap Obesiti
Buat ibu hamil yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, masalah kelahiran overdue boleh berlaku.
Artikel Menarik: [Mengandung Ramai Bawa Rezeki, Bukan Sebab Tak Ada ‘Kerja’ Lain]
6. Bayi Bermasalah
Bayi mempunyai kecacatan secara biologi yang menyebabkan kekurangan hormon kortisol pada bayi yang melambatkan proses bersalin. Mereka juga berisiko untuk mengalami masalah kekurangan oksigen semasa kelahiran (intrapartum hypoxia).
Jika ibu hamil mengalami kandungan overdue, doktor akan menyarankan agar ibu diberi indius. Proses indius dilakukan dengan dua cara berlainan, bergantung kepada keadaan pangkal rahim atau ripening of the cervix. Kaedah indius akan ditentukan sama ada ibu diberi indius yang menggunakan ubat-ubatan mahupun alat-alatan.
Pemilihan ubat ditentukan berdasarkan keadaan semasa pangkal rahim:
1. Prostaglandin
Ia merupakan sejenis hormon yang dimasukkan melalui vagina semasa pangkal rahim masih ketat (bukaan 0sm) dan tebal. Ia bertujuan untuk melembutkan serviks dan memulakan kontraksi.
2. Oxytocin atau pitocin
Ia diberikan dalam bentuk cecair intravena apabila serviks sudah lembut dan ketuban boleh dipecahkan.
Salah satu cara induksi yang lain adalah membrane sweeping yang boleh dibuat jika ibu hamil daripada minggu ke 38 ke atas. Selain daripada membuat ujian imbasan dan memeriksa bukaan, doktor juga akan melakukan prosedur membrane sweep yang bertujuan untuk mencetuskan kelahiran.
Ia selalunya dilakukan semasa pemeriksaan bukaan di mana jari akan dimasukkan pada serviks dan perlahan-lahan ia digerakkan dalam bentuk pusingan bagi memisahkan membran kantung bayi dengan rahim. Membrane sweep jika dilakukan dengan betul akan merembeskan hormon prostaglandin yang mencetuskan kelahiran dalam masa 48 jam.
Berjalan kaki juga boleh mencetuskan kelahiran. Ia menggalakkan proses kelahiran bagi kandungan yang sudah mencapai usia 40 minggu. Ini kerana pergerakan membantu kepala bayi untuk memasuki pelvis.
Adakah overdue berbahaya?
Bagi kehamilan yang melepasi minggu 40, ibu dan bayi berisiko untuk berhadapan berhadapan dengan pelbagai masalah seperti berikut;
1. Air ketuban yang berperanan untuk melindungi bayi semakin kurang isi padunya.
2. Fetal distress di mana bayi menunjukkan reaksi seperti degupan jantung yang perlahan dan kurang pergerakan.
3. Meningkatkan risiko bayi untuk mengalami sindrom ‘aspirasi mekonium’ yang boleh menyebabkan bayi tertelan najis selepas minggu ke 40.
Artikel Menarik: [Check UPT Naik 2 Garis, Tak Payah Excited Pergi Scan. Tunggulah ‘Besar’ Sikit]
4. Bayi mati dalam kandungan
5. Ibu berisiko untuk mengalami trauma semasa proses kelahiran kerana kemungkinan bayi perlu dilahirkan menggunakan alat bantu seperti vakum atau forseps kerana saiz bayi yang besar.
6. Intraparum hypoxia di mana bayi mengalami kekurangan oksigen.
7. Risiko bahu bayi tersangkut semasa kelahiran atau shoulder dystocia. Ini disebabkan oleh saiz bayi besar.
Jom sertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI