Masih Tunggu Respon Pakar Di UK. Walid Terpaksa Ikat Tangan Ainul Elak Tumor Berdarah

Share

Sebelum ini bapa Ainul Mardhiah telah pun menghantar laporan perubatan Ainul Mardhiah kepada pakar kanser di United Kingdom, namun sehingga kini bapanya masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak mereka.

Bagaimanapun, menerusi perkembangan terbaru, bapanya Ahmad Safiuddin memuat naik gambar perbualan Whatsapp bersama seorang doktor Malaysia yang bertanggungjawab untuk menguruskan perkara tersebut.

Menurut Ahmad Safiuddin, pakar perubatan di sana masih melakukan perbincangan samada ingin melakukan pembedahan terhadap ketumbuhan di mulut adik Ainul ataupun tidak.

“Doakan semoga ada rezeki Ainul untuk dirawat. Doakan juga untuk doktor2 yang prihatin ini dipermudahkan segala urusan.

“Doktor-doktor ini berusaha sehabis baik untuk dapatkan second opinion di luar negara,” tulisnya.

Ahmad Safiuddin turut berkongsi bahawa dia terpaksa mengikat tangan anaknya yang berusia lapan bulan itu supaya Ainul tidak mencakar tumor seberat 1.2 kilogram berkenaan.

“Jika dia dapat cakar, maka akan berdarah. Dan darah tu sangat tak elok bila masuk ke dalam tubuh badannya,” katanya.

Menerusi rakaman video berdurasi seminit itu, adik Ainul bukan diikat dalam keadaan tanpa belas kasihan sebaliknya hanya menggunakan sehelai kain dari belakang badan untuk menghalang tangan daripada terkena mulutnya.

Ainul dah balik rumah

Dah macam artis Ainul sekarang. Nak balik orang escort, siap pengawal jaga lagi.

Pengawal pun sempat ambil gambar dengan ainul tadi. Katanya mereka pun dah lama nak ambil gambar dengan ainul.

Apa pun terima kasih kepada Dr – Dr yang telah merawat Ainul, kakitangan hospital yang lain macam jururawat, pengawal dan lain-lain.

InshaAllah, saya berharap kita tidak berjumpa lagi di hospital. Mungkin boleh jumpa di luar bila Ainul diizinkan sihat.

Sumber: Ahmad Safiuddin

Published by
Wan Amy