Di musim PKP ini, selain kita yang buntu berada di rumah, anak-anak juga turut terkesan emosi mereka. Disebabkan tidak dapat berjumpa dengan kawan-kawan, Dato’ Fazley Yaakob berusaha untuk menghiburkan anak-anaknya di rumah bagi mengelakkan kebosanan mereka.
Sering berkongsi beberapa videonya bersama anak-anak di Instagram, telatah lucu Dato’ Fazley bersama anak-anak sememangnya menghiburkan. Ada sahaja gelagat dan aksi lucu bersama anak-anak yang dikongsikan beliau.
Terbaru, aksi Dato’ Fazley yang mengenakan keempat-empat anaknya yang begitu takut dengan lipas turut menarik perhatian wargamaya. Mana tidaknya, dengan hanya lipas plastik, anak-anak lari bertempiaran.
“Siapa takut #LIPAS?!
“Anak-anak saya semua takut lipas! Malam tadi @elliefazley menjerit sebab kononnya ada lipas kat toilet, so saya pergi lah check.
“Tak ada pun! Tapi saya tetap berlakon macam ada lipas. Pakai lipas getah!
“Abang-abang @fierudzfazley memecut laju tinggal dia dan terus lari naik atas. So @fieradzfazley dengan @fariedzfazley terselamatlah, @elliefazley pun sempat lari! Tapi Piyush.. muahahahaha!,” kongsinya yang sempat mengusik anak ketiganya.
Masing-masing menjerit dan lari bertempiaran bila mana Dida mereka keluar bersama lipas ditangan. Anak bongsu Dato’ Fazley, si comel Ellie pun sempat memecut laju.
Dalam pada itu, menerusi satu hantaran lain di Instagramnya, bapa penyayang ini turut memberitahu, dia sebolehnya cuba menghiburkan anak-anak sepanjang PKP ini agar mereka tidak bosan berada lama di rumah.
Ada sahaja aktiviti yang dilakukannya bersama anak-anak bagi menghilangkan bosan mereka. Memang ayah yang terbaik!
Aksi bermain dalam kotak, walau hanya elemen yang ringkas tetapi sudah cukup memberi kegembiraan pada anak-anak dan paling penting kata beliau dapat wujudkan bonding dalam masa yang sama dapat hiburkan anak-anak.
Terdahulu, Dato’Fazley mendirikan rumah tangga bersama Datin Azrene Ahmad pada tanggal 7 November 2007. Pasangan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata, Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma.
Menarik: Penting Ibu Ayah Tahu Ada Tak Protein Susu A2 Dalam Susu Formula Anak Anda
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @fazleyyaakob