Masuk 1 Tahun, Anak Akan Memilih Makanan. Untuk Elak Anak Picky Eater, Ini Panduan Pemakanan Bayi 0-2 Tahun Yang Betul

Share

Masalah anak cerewet makan bukanlah satu perkara asing buat ibu bapa. Lazimnya, bayi akan mula memilih makan selepas usianya setahun. Yang menjadi kebimbangan ibu bapa adalah tentang keperluan nutrisi bayi mereka; adakah bayi mendapat nutrisi yang secukupnya jika memilih makan?

Bagi mengelakkan masalah bayi cerewet makan, mereka perlu didedahkan kepada pemakanan berkhasiat sejak awal lagi, iaitu sebaik sahaja usianya mencecah 6 bulan.

Pemberian makanan separa pejal seperti puri buah-buahan dan sayur-sayuran adalah yang terbaik untuk bayi anda ketika ini. Dalam memperkenalkan bayi kepada makanan baru, anda perlu lakukannya secara berperingkat.

Panduan Pemakanan Bayi 0-2 tahun

Peringkat umur bayi Makanan yang boleh diberikan Keterangan
0-6 bulan Susu ibu/ susu formula Bayi hanya diberikan susu ibu atau susu formula sahaja ketika ini.
6-8 bulan Makanan separa pejal seperti puri ataupun bahan yang dilenyek halus. Contohnya: pisang, buah pear, buah epal, aprikot, prun, avokado, lobak merah, ubi kentang Penyediaan puri bayi boleh dilakukan dengan cara mengukus atau merebus dahulu buah/ sayur sehingga lembut. Kemudian, baru dikisar sehingga menjadi puri.Anda boleh menambah susu badan/ susu formula pada puri bagi menarik si manja anda makan.
8-12 bulan Semakin si manja anda membesar, anda boleh berikannya makanan yang dikisar kasar supaya dapat membantu bayi belajar mengunyah.Apabila bayi anda sudah pandai menggenggam barang, anda boleh tawarkannya makanan kudapan atau finger food seperti buah lembut yang dipotong kecil, pasta yang sudah dimasak Semasa memperkenalkan bayi anda kepada makanan baharu, cuba tawarkan sesudu kecil dahulu. Jika anda lihat dia selesa dengan rasa tersebut, tawarkannya kepada satu sudu besar pula.Berhati-hati semasa memberikan anak buahan potong, dikhuatiri dia tercekik.

 

Kanak-kanak berusia dua tahun ke atas memerlukan jenis makanan yang sama seperti orang dewasa seperti daging, ikan, telur, produk tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran, serta bijirin penuh, ubi kentang, nasi, roti, pasta.

Jika bayi anda sudah pandai memilih makan, apa yang anda boleh lakukan adalah memastikan si kecil mendapat makanan yang berkhasiat setiap hari. Selitkan juga makanan berkhasiat di dalam hidangan yang digemarinya dengan mempelbagaikan rasa dalam hidangan tersebut.

 

Published by
NuFa