“Masuk 1y 6m Anak Belum Sebut Apa-Apa Perkataan” Tasha Kongsi Tip Jadikan Anak Petah Bercakap

Share

Ibu ayah mana yang tak risau kalau anak nak masuk usia dua tahun masih belum boleh menyebut perkataan bermakna. Lebih merisaukan tiada 1 perkataan pun yang keluar dari mulut si kecil.

Sama seperti selebriti, Tasha Manshahar yang berkongsi pengalaman anak tidak bertutur walaupun sudah hampir usia 2 tahun. Menurutnya, dia mula mengesyaki anaknya lewat bertutur apabila usia anaknya 1 tahun 6 bulan tapi masih belum menyebut sebarang perkataan bermakna.

“There was one time I sangat risau sebab Muammar belum sebut apa-apa perkataan. Kalau ikut guideline, Muammar kira lambat jugak bercakap. Pernah masa pergi check up 1y6m, doktor tanya perkataan apa je dia dah sebut.”

“I kata, “takde”. Sebab memang takde. Dia buat bunyi, tapi takde perkataan bermakna. Apa maksud perkataan bermakna? Contoh anak sebut “mama” dan mama tu memang dia tujukan untuk ibu dia.”

“Bukan semua benda mamamamamama. Tu tak dikira perkataan bermakna. Contoh lain, susu. Contoh dia sebut “shu” walaupun pelat, tapi dia sebut bila dia nak susu. Dan kita faham perkataan “shu” tu dia maksudkan susu.”

“Tu dikira perkataan bermakna. Faham kan? Generally, 1y6m anak dah mula sebut beberapa perkataan bermakna. Tapi Muammar langsung takde masa tu. Lagi pulak doktor tanya if kitorang nak dia buatkan referral letter ke therapist. As first time mom, tipulah kalau tak risau. Tapi at the same time, tak adil untuk Muammar kalau I in denial. For me, if kita betul sayang anak kita, kita patut bagi peluang untuk dia dapatkan bantuan kalau dia memang perlukan. Itu hak dia.”

Penyanyi yang popular dengan lagu be mine ini mula berbincang dengan suaminya, Raqib Majid, pemyampai radio tentang masalah anak sulung mereka.

“So I discuss dengan Raqib, then we decided untuk bagi masa sampai dia 2 tahun. Jadi dalam tempoh ni kitorang try macam (I share dalam comment section). Alhamdulillah, masa umur 2 tahun dah mula ada perkataan bermakna. Kitorg continue lagi usaha, and seingat I masa dia nak masuk 2y6m, dia dah boleh gabung 2 – 3 perkataan. Lambat sikit kan? Tp ada progress”

Tambahnya lagi, disebabkan mereka mula perasan dengan masalah perkembangan anak mereka dan cepat bertindak menjadikan anak mereka akhirnya dapat bertutur dengan baik menjelang usia 3 tahun.

“Alhamdulillah. Ni dah nak masuk 3 tahun Jun 2022, masyaAllah tabarakAllah, dah boleh buat ayat lengkap, dah boleh buat kawan borak, dah pandai nyanyi. Ahamdulillah, what makes me feel like sharing this is because yesterday I belikan dia nugget, sambil buka box nugget tu dia cakap”

 

“Asheh mami beyi naget” (terima kasih mommy beli nugget) And this morning before Raqib left to work, Muammar tengah main toys baru dia, tiba-tiba dia cakap, “Asheh dedi beyi ball” (terima kasih dedi beli ball)”

“Banyak ayat lain dia dah cakap tapi ayat atas ni sangat random terus I teringat masa I risau dia lambat cakap dulu. Setiap anak progress dia berbeza-besa. Don’t compare. Tapi as parents, do our best to help them, appreciate them sebab sesungguhnya anak-anak ni lah yang ajarkan kita banyak perkara. Semoga anak-anak kita sentiasa dlm lindungan Allah.”

Tasha turut berkongsi beberapa tip yang dilakukan olehnya untuk membantu Muamar bertutur dengan baik.

Apa kitorg buat?

1. Kurangkan gajet.
2. Mulakan dengan buat bunyi mcm “waaaahhh”, “o’oooo”, “opsss”, “haaaaa” beserta eksperi wajah.
3. Gunakan ayat yang pendek-pendek je.
3. Banyak repetition (ada masa I buat video demo)
4. Kurangkan tanya soalan tapi banyakkan guna ayat penyata.
5. Bagi dia minum guna straw, bagi dia mengunyah tekstur makanan berbeza (untuk train otot sekitar mulut)
6. Boleh gajet sekali sekala tapi sebaiknya tengok bersama dia, berbual tentang apa yang dia tengok tu.
7. Jangan push dia untuk repeat perkataan yang kita nak ajar.
8. Elak guna baby language (pelat).
9. Main dengan dia. Bukan longgokkan mainan, biar dia main sendiri.

“Buat masa ni, ni je i ingat. Kalau ada lagi, i akan share kemudian. Semoga bermanfaat. Mommies boleh try tips yang I share tu. Daripada baby dah boleh buat tau. I pun taktahu sangat, tapi I banyak tanya orang, baca, banyak tengok sharing daripada therapists, and cuba la praktikkan sikit-sikit daripada situ. Semoga anak-anak kita semua membesar sihat, baik, bijak dan soleh/solehah. Aamiiin!”

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa