Kenapa aku rasa anak aku yang 2 tahun tu tak terkawal pula perangainya. Lain macam nakal!
Bertenang ibu-ibu. Usia 2 tahun adalah waktu di mana otak mereka sedang sangat pesat berkembang. Jadi mereka cuma berperilaku sesuai dengan kepesatan otak. Terlalu pesat sampai mereka tak tau nak halakan ke mana kemampuan kognitif otak mereka.
Ads
Bayangkan dengan tenaga banyak dan otak memaksa badan bergerak aktif untuk cuba macam-macam perkara baru. Tapi dalam masa yang sama otak masih belum ada kapasiti untuk kawal emosi. Kawalan impuls masih lemah.
Kerana itulah kita akan lihat anak 2 tahun ini sangat mudah tantrum. Nak buat sesuatu, tapi bila alami kesukaran, mereka tak dapat deal dengan perasaan kecewa.
Ads
Peluk anak. Bantu mereka kenal emosi dan deal dengan perasaan tersebut. Neocortex mereka juga sedang dalam proses nak membentuk sempurna.
Kalau mak ayah berjaya tangani mereka di fasa ini, lebih mudah juga otak logik mereka ini menangani bad feelings mereka di masa akan datang.
Di zaman moden yang dipenuhi cabaran dan pengaruh digital, mencari jalan terbaik untuk membina potensi anak bukanlah mudah. Namun, kisah sekumpulan anak kecil dari MMBC Youth Club dalam video terbitan saluran Bintang Kecil membuktikan bahawa dengan sokongan yang betul, impian anak boleh digilap sejak awal. Bowling mungkin kelihatan sekadar sukan biasa, tetapi bagi adik Dafy, Maaliki, Maaisy, Arif dan Fakhri — ia adalah pentas membina masa depan.
Setiap anak hebat lahir dari ibu bapa yang sanggup memberi peluang. Menurut Mohd Firdaus, ayah kepada Fakhri, minat anaknya bermula dari minat beliau sendiri:
“Awalnya saya yang mula bermain bowling dulu, masuk tournament, tapi saya terdetik — bukan saya je nak rasa pengalaman tu. Jadi saya bagi peluang anak saya main juga.”
Bagi Khairi, bapa kepada Maaisy dan Maaliki, pendedahan kepada bowling datang secara semula jadi:
“Kakak mereka dah mula bermain bowling, jadi mereka terdedah dengan suasana pusat bowling. Dari situ minat mereka mula tumbuh.”
Manakala Zally, ayah kepada Dafy, melihat permintaan anaknya sendiri sebagai pemula perjalanan ini:
“Saya pun main bowling juga. Tapi bila Dafy minta saya daftarkan dia masuk tournament, dari situ saya terus bawa ke MMBC Youth Academy.”
Kisah-kisah ini menggambarkan betapa pentingnya ibu bapa bukan sahaja menyokong, tetapi juga menjadi contoh awal dalam memupuk minat anak-anak.
Sukan bukan hanya melahirkan juara di gelanggang, tetapi juga membentuk disiplin, semangat berpasukan dan ketahanan emosi. Namun, melatih anak-anak bukanlah tugas mudah, seperti yang dikongsi oleh jurulatih mereka, Coach Dragon:
“Kalau nak kata senang, itu tipu. Mereka masih budak-budak, datang nak main. Tapi kita gunakan semangat bermain itu untuk improve mereka. Bila masa serius, kita kena serius.”
Antara cabaran terbesar, katanya, adalah mengurus emosi anak-anak:
“Kadang-kadang kalau kita tegas sikit, ada yang nak menangis. Tapi kalau terlalu lembut, susah nak bimbing. Jadi kita kena seimbangkan pendekatan kita.”
Bagi ibu bapa yang mahu anak mereka aktif dalam sukan sejak kecil, Coach Dragon ada pesanan penting:
“Saya sarankan mula seawal mungkin. Macam adik-adik ni, ada yang mula umur 5 tahun. Kalau anak dah larat angkat bola bowling, dah boleh mula. Lagi muda mereka mula, lagi cepat mereka bagus.”
Nasihat ini bukan hanya untuk mencipta atlet, tetapi juga membina asas kehidupan — fokus, kerja keras dan semangat ingin belajar.
Video ini adalah bukti bahawa kejayaan anak-anak bukan hadir dari tekanan, tetapi dari ruang dan dorongan yang diberi oleh insan paling dekat — ibu bapa. Bila anak diberi peluang mencuba, mereka bukan sahaja dapat kenal potensi diri, tapi juga membina keyakinan dan daya tahan. Kisah adik-adik ini membuktikan bahawa dengan sedikit kepercayaan, satu hobi kecil boleh menjadi pintu besar ke masa depan yang gemilang.
Dan seperti kata pepatah, “Di tangan ibu bapa terbentang masa depan anak-anak.” Maka jadilah cahaya dalam langit mereka, dan lihat bagaimana mereka bersinar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila merancang nak pergi bercuti, perkara yang mesti ada mestilah penginapan yang menyediakan kolam renang. Wajib ada jika tidak tentu percutian menjadi hambar. Selain hotel, kini terdapat homestay yang menyediakan kemudahan kolam.
Apa yang pasti homestay juga memiliki keunikkan yang tersendiri. Berikut kelebihan menginap di homestay
1.Murah
Secara purata harga yang tawarakan berpatutan antara harga bermula RM150 . Lebih menarik anda dapat membawa ahli keluarga yang ramai (bergantung kepada bilik )dan kos penginapan dapat dikongsi dengan ahli keluarga yang lain. Memang jimat!
Dekorasi yang unik dan sederhana. Umpana seakan berada di rumah sendiri. Ia akan membuatkan anda dan keluarga selesa semasa menginap di sini. Memang
tinggal di homestay memberikan pengalaman yang berbeza berbanding menginap di hotel
Bayangkan bangun pagi dapat menghirup udara segar. Rasa damai sangat! Kini banyak homestay yang menyediakan konsep percutian ala kampung dan kekeluargan. Percutian sebegini akan mencetuskan rasa tenang dan damai.
Selain anak-anak bermain air, ahli keluarga dapat mengeratkan silatulrahim melalui acara BBQ, sukaneka dan aktiviti keluargaan lain. Oleh itu, kebanyakkan yang menginap di homestay akan mengadakan family day dan sambutan hari jadi.
Sebagaimana hotel, homestay juga menyediakan kemudahan seperti bilik yang lengakap dengan penghawa dingin, TV, Internet dan perkhidmatan seperti catering, peti ais dan mandian pemanas air.
Ingin mencuba homestay untuk cuti-cuti bersama anak-anak. Berikut antara homestay di Malaysia yang anda boleh menginap bersama keluarga. Murah dan selesa!
1.RUMAHKEBUN, HULU LANGAT, SELANGOR
Tentu ahli keluarga anda teruja dapat melihat pemandangan menghijau pokok-pokok dan kolam renang yang menggunakan air yang disalirkan dari sungai. Wow tentu rasa segar dan sejuk!
Lokasi: Kg Sg Semungkis (Batu 14), 43100 Hulu Langat, Selangor, Malaysia
Facebook: RumahKebun
2.VILLA JDT, JOHOR
Bagi yang bercuti ke Johor, boleh singgah ke homestay ini. Memang rasa seakan berada di rumah. Paling best berdekatan dengan taman tema dan pusat membeli belah. Anak-anak memang seronok main air di kolam renang yang disediakan berdekatan dengan rumah penginapan.
Lokasi: Terletak di Taman Putri, Kulai, Johor berdekatan JPO, dan mudah nak ke Legoland, Forest City, Danga Bay dan Singapura.
Facebook: Villa JDT
3.HOMESTAY PENGKALAN BALAK MELAKA, MELAKA
Memurah harga homestay ini yang menyediakan konsep rumah kampung. Malah berdekatan dengan pantai dan pemandangan suasana kampung. Kolam renang pula berdekatan dengan rumah penginapan. Tidak perlu risau akan keselamatan anak-anak.
Lokasi terletak di Pengkalan Balak (62.15 mi), Kampong Masjid Tanah, Melaka, Malaysia 78300.
4.HOMESTAY KAMPUNG TOK LEMBUT, LANGKAWI
Rindu kampung halaman, suasana damai dan tenang dan ingian merasai pengalaman duduk kampung di rumah kayu, tepi bendang atau dekat dengan laut. Semuanya ada di homestay di sini. Paling best berdekatan dengan pantai chenang. Kolam renangnya memang terbaik! Petang-petang layan anak mandi kolam dengan angin sepoi-sepoi bahasa.
Facebook: Homestay Kampung Tok Lembut
5.ARISHAA HOMESTAY KELANTAN
Jika bercuti ke kelantan, jom menginap di homestay ini. Memang terasa berada di rumah sendiri. Biarpun dekorasi sederhana tetapi anda tetap selesa untuk membawa anak-anak bercuti di sini. Anak-anak boleh bermain di kolam renang dengan ditemani oleh ibu bapa.
Facebook: Arishaa Homestay Kelantan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Maksudnya aktiviti yang selarikan gerakan mata dan gerakan tangan atau kaki. Permainan tuju kasut, galah panjang adalah antara contoh permainan dulu yang aktifkan otak yang libatkan eye and hand coordination.
Apabila kita memandu, kita gunakan kemahiran eye and coordination untuk memandu. Anggaran jarak, ruang dan sebagainya yang libatkan spatial ability akan lebih baik pada anak yang dibiasakan dengan aktiviti sebegini.
Banyakkan Aktiviti Fizikal
Biarkan mereka berlari, melompat atau gunakan tangan untuk manipulasi objek. Main pasir dan bina bangunan dari pasir adalah antara contohnya.
Aktiviti sebegini akan sebabkan 4 neurohormon penting keluar iaitu serotonin, dopamin, endorfin dan norepinephrine. Kesemuanya penting untuk belajar. Norepinephrine membantu anak jadi lebih alert, kuatkan memori serta tingkatkan konsentrasi.
Apabila norepinephrine stabil anak mudah menjawab soalan, mudah ingat apa yang dipelajari atau lalui.
Minta mereka terangkan apa yang mereka mainkan. Soal mereka dengan soalan yang spesifik.
Contohnya ialah “Amin buat apa dengan 5 getah di tangan tu”
bukannya
“Amin buat apa tu?”
Di negara antara aktiviti yang dilakukan di sekolah ialah Show and Tell. Pelajar bawa sesuatu dari rumah dan terangkan kepada rakan lain di dalam kelas.
Di rumah ibubapa boleh lakukan perkara yang sama. Jadikan aktiviti ini sebagai rutin mingguan. Mulakan dengan ibubapa dahulu. Perkara penting yang perlu difahami anak buat apa yang ibubapa buat.
Apabila bawa anak ke kedai atau di dapur, buat aktiviti libatkan pengiraan. Tunjukkan ada berapa bawang contohnya. Buat kiraan bersama sama.
Kemudian minta anak buat kiraan sendiri. Boleh lakukan aktiviti campur dan tolak. Ini akan meransang sel otak libatkan pengiraan.
Semasa di dapur, lakukan aktiviti menghidu bau rempah, buah, sayur dan masakan sihat. Teknik ini akan merangsang olfactory cortex anak -pusat yang uruskan bau.
Dalam konteks psikologi, pendedahan awal begini akan sebabkan anak mudah terima dan selesa dengan makanan yang dimasak guna rempah ratus ini, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Apabila makanan sihat, buah atau sayuran dihidangkan mereka lebih mudah untuk makan. Ini dinamakan cognitive and behavioural priming.
Jadikan ruang ketika memandu sebagai ruang pembelajaran. Buat kuiz atau main permainan tertentu semasa dalam perjalanan dari satu tempat ke tempat lain.
Contohnya sekiranya kita mahu merangsang kebolehan anak menggunakan perkataan, menjadi kreatif dan aktifkan sembilan bahagian di otak, lakukan aktiviti storytelling. Caranya, kita mulakan cerita dahulu.
Jadi, dalam kita bermain bersama anak-anak, kita selitkan sedikit pembelajaran berasaskan lima perkara mudah ni buat anak-anak kita. Biarkan otaknya terangsang dan berfikir. Mudah!
Kredit: Dr Rizal Abu Bakar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!