Masuk 2 Tahun Anak Cepat Mengamuk. Jangan Marah Tapi Cepat-Cepatlah Peluk

Share

Kenapa aku rasa anak aku yang 2 tahun tu tak terkawal pula perangainya. Lain macam nakal!

Bertenang ibu-ibu. Usia 2 tahun adalah waktu di mana otak mereka sedang sangat pesat berkembang. Jadi mereka cuma berperilaku sesuai dengan kepesatan otak. Terlalu pesat sampai mereka tak tau nak halakan ke mana kemampuan kognitif otak mereka.

Bayangkan dengan tenaga banyak dan otak memaksa badan bergerak aktif untuk cuba macam-macam perkara baru. Tapi dalam masa yang sama otak masih belum ada kapasiti untuk kawal emosi. Kawalan impuls masih lemah.

Kerana itulah kita akan lihat anak 2 tahun ini sangat mudah tantrum. Nak buat sesuatu, tapi bila alami kesukaran, mereka tak dapat deal dengan perasaan kecewa.

Peluk anak. Bantu mereka kenal emosi dan deal dengan perasaan tersebut. Neocortex mereka juga sedang dalam proses nak membentuk sempurna.

Kalau mak ayah berjaya tangani mereka di fasa ini, lebih mudah juga otak logik mereka ini menangani bad feelings mereka di masa akan datang.

Sumber: Wawa Shauqi

 

Published by
Wan Amy