
Penyampai radio dan pelawak Jep Sepahtu memaklumkan kandungan isterinya, Sari Yanti yang dah masuk 3 bulan tak dapat diselamatkan apabila anak keduanya disahkan tidak bergerak semasa membuat pemeriksaan baru-baru ini.
View this post on InstagramA post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on
Menerusi entri di Instagramnya, Jep berkongsi kisah sedih itu kepada pengikutnya dan berharap orang ramai dapat mendoakan kesihatan isterinya.
“Minggu lepas abah bawa Eya teman mama pergi hospital nak tengok adik.
“Adik Eya dah nak masuk 3 bulan dah. Sekali masa check up haritu doktor bagitau adik Eya tak bergerak lagi dah.
“Doakan mama Eya selamat operation harini ya. @sariyanti @dariyainaraofficial,” kongsinya semalam.
Apabila mendapat khabar dukacita ini, rata-rata peminat berharap agar segalanya dipermudahkan dan mendoakan kesihatan Sari Yanti yang menjalani pembedahan dan dapat pulih dengan cepat.
Bukan setakat mendoakan kesihatan Sari Yanti kembali pulih tetapi ada yang turut memberi semangat pada Jep.
Mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya. Setiap yang Allah aturkan perjalanannya dah cantik. Pasti rezeki lebih baik Allah dah aturkan.
Jep dan Sari Yanti telah berkahwin pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan seorang anak bernama Dariya Inara.
Sumber: ig Jepsepahtu
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elakkan Bayi Umur 6 Bulan Ke Bawah Kena Cahaya Matahari Terutama Pukul 10am-4pm

Kulit bayi sentiasa sensitif dan perlu dijaga dengan rapi untuk mengelakkan masalah kulit seperti iritasi, kering, melecet atau ruam. Berikut adalah 5 tip yang anda boleh amalkan untuk mengekalkan kulit bayi anda dalam keadaan licin, lembut dan mulus.
Memikirkan semula waktu mandi
Bagi waktu mandi, anda perlu ingat bahawa:
– Anda tidak perlu menyabunkan seluruh badan bayi anda. Gunakan span mandi di sekitar kawasan lampin, mulut, paha dan pipi sudah mencukupi.
– Pilih pembersih cecair ringan iaitu sabun bebas bau dan pewarna. Jenis ini tidak akan mengeringkan kulit bayi atau menyakitkan mata.
– Elakkan sabun buku atau mandian buih.
– Pegang kepala anak anda.
– Periksa suhu air jika terlalu panas sehingga boleh membahayakan anak anda.
– Jangan sesekali meninggalkan anak anda semasa mandi. Ia boleh menyebabkan kemalangan yang tidak diingini.
Lindungi dari cahaya matahari
Jika anak anda kurang dari 6 bulan, anda harus cuba melindunginya dari cahaya matahari langsung seboleh mungkin terutamanya antara pukul 10 pagi dan 4 petang iaitu waktu di mana cahaya matahari paling kuat.
Apabila sudah melebihi 6 bulan dan anda perlu keluar di siang hari, anda perlu:
– Menutup kulit bayi anda menggunakan topi atau baju lengan panjang dan seluar panjang.
– Pakaikan mereka cermin mata hitam dengan perlindungan ultraviolet (UV).
– Gunakan pelindung matahari ke atas kawasan kecil yang mungkin susah untuk dilindungi dengan baju seperti muka dan tangan. Jangan biarkan pelindung matahari bersentuhan dengan mata. Gunakan semula setiap 2 jam atau selepas bayi membuang air kencing.
Sila berhati-hati dengan pakaian bayi anda
Untuk mengelakkan alahan dan ruam, anda harus hanya menggunakan sabun basuh baju yang bebas daripada bau dan pewarna. Jangan lupa untuk basuh baju, sarung tilam dan selimut anak anda secara berkala dan berasingan dari pakaian ahli keluarga yang lain.
Pelembap
Kulit anda perlu dalam keadaan lembap, begitu juga kulit anak anda. Berbanding menggunakan losyen, anda patut fikirkan tentang krim atau salap pelembap bebas pewangi kerana losyen biasa lebih berkemungkinan untuk merengsa kulit bayi yang sensitif. Anda boleh menyapu krim atau salap tersebut selepas memandikan anak anda untuk mengekalkan kelembutan serta kelicinan kulitnya. Jangan lakukannya dengan kerap. 2 kali sehari mungkin sudah mencukupi jika kulit anak anda agak kering, cuaca sejuk dan kering atau jika anak anda mengalami ekzema.
Melegakan kawasan yang sensitif
Kulit di kawasan lampin kebiasaannya basah dan cenderung kepada alahan. Anda boleh melegakan kawasan sensitif ini dengan beberapa tip berikut:
– Tukar lampin dengan kerap.
– Gunakan kain lap atau tisu basah bebas alkohol dan wangian untuk memastikan kawasan terbabit bersih.
– Biarkan anak anda bebas lampin apabila boleh.
– Gunakan salap atau krim pelindung seperti jeli petroleum sebelum meletakkan lampin baru.
Sumber: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doktor Terangkan Indius Bukan Untuk Kandungan Overdue Sahaja, 5 Lagi Sebab Lain Yang Ibu Perlu Tahu

Isi Kandungan
ToggleProses kelahiran secara indius bukan sering dikaitkan dengan kandungan terlebih tempoh jangkaan bersalin. Tapi tahukah mama ada lagi sebab-sebab lain yang menjadi faktor kenapa indius perlu dilakukan.
Kelahiran secara indius adalah salah satu jalan yang boleh diambil bagi mengatasi komplikasi yang berlaku. Menurut Dr Siti Esah Bahari, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan KPJ Selangor Specialist Hospital, indius ialah proses memulakan proses bersalin dengan menggunakan ubat-ubatan dan cara mekanikal.
Ia tidak dilakukan sewenang-wenangnya. Indius adalah salah satu pilihan bagi doktor yang sudah mengambil kira tempoh menunggu memberikan risiko yang tinggi kepada ibu dan bayi berbanding risiko indius.
BAGAIMANA INDIUS DILAKUKAN
Menurut Dr Siti Esah, proses indius dilakukan dengan dua cara yang berlainan bergantung pada keadaan pangkal rahim atau ripening of the cervix. Dua cara indius akan ditentukan sama ada indius yang menggunakan ubat-ubatan atau alat-alatan.
Ubat-ubatan
Pemilihan jenis ubat-ubatan ditentukan berdasarkan keadaan semasa pangkal rahim.
-Prostaglandin ialah sejenis hormon yang dimasukkan menerusi vagina semasa pangkal rahim masih ketat (bukaan 0sm) dan tebal. Ia bertujuan untuk melembutkan serviks dan memulakan kontraksi.
-Oxytocin/ pitocin diberikan dalam bentuk cecair intravena apabila serviks sudah lembut dan ketuban boleh dipecahkan.
Alatan
Sweepe & strecth (S&S)
Ia adalah satu prosedur yang memisahkan kantung ketuban bayi daripada serviks menggunakan jari tangan. Tindakan ini akan membantu perembesan hormon prostaglandin semula jadi dari tubuh anda yang bakal menggalakkan bukaan serviks.
Amni hook
Apabila bahagian serviks sudah terbuka, doktor akan memecahkan membran kantung ketuban dengan menggunakan amni hook untuk memecahkan selaput rahim dan akan dibantu oleh pitocin yang dialirkan melalui intravena.
Foley balloon cathether
Foley balloon cathether pula ialah sejenis alat yang mempunyai belon di hujungnya. Alat ini dimasukkan ke dalam pangkal rahim untuk merangsang perembesan hormon prostaglandin semula jadi yang akan membuka serviks untuk melancarkan proses kelahiran.
6 SITUASI YANG MEMERLUKAN INDIUS
#1: Kandungan melepasi tarikh jangkaan (Overdue )
Ia melibatkan kehamilan melebihi tarikh jangkaan bersalin. Selalunya melebihi 41 minggu. Ia dilakukan untuk mengelakkan bayi lemas. Overdue boleh menyebabkan uri tidak berfungsi dengan baik dan kemungkinan bayi sudah membuang air besar.
#2: Pecah air ketuban
Indius akan dimulakan sebagai langkah untuk mempercepatkan kelahiran dalam masa 24 jam. Hal ini sangat mustahak untuk mengelakkan berlakunya jangkitan kepada bayi dan ibu. Jika usia kehamilan kurang daripada 34 minggu, indius tidak dilakukan sebaliknya ibu dan bayi diberikan ubat-ubatan untuk meneruskan kehamilan. Antaranya ialah ubat untuk mematangkan paru-paru bayi.
#3: Ibu berpenyakit
Penyakit seperti praeklampsia, memerlukan indius awal bergantung pada tahap keseriusan. Selain praeklampsia, diabetes dan kegagalan buah pinggang juga adalah antara penyakit yang memerlukan kelahiran secara indius.
#4: Keadaan abnormal bayi
Bayi dalam kandungan yang mengalami pertumbuhan terencat, kurang pergerakan atau air ketuban yang semakin kurang memerlukan indius.
#5: Pendarahan
Ibu mengalami pendarahan atau antepartum haemorrhage yang serius atau teruk.
#6 Logistik
Permintaan daripada pasangan disebabkan oleh pelbagai sebab untuk kemudahan si ibu seperti pasangan akan keluar negara, mahu bayi lahir pada tarikh tertentu dan sebagainya.
Kelahiran secara indius lebih menyakitkan daripada kelahiran yang tercetus secara spontan. Ia akan berlaku secara mengejut dan tidak berperingkat. Antaranya ialah kekerapan, ketegangan dan ritma meningkat dengan pantas.
Berbeza dengan kelahiran semula jadi. Dengan ini, proses kelahiran akan lebih pendek. Anda perlu tahu dan menjangkakan keadaan ini serta bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk menghadapinya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mahu Bentuk Badan Kembali Asal? Amalkan Strategi Ini Saat Makan. Mudah Dan Cepat Langsing!

Dengan menjaga pola diet yang sihat, usaha untuk menurunkan berat badan akan berhasil. Berikut ialah strategi yang perlu diatur saat makan.
- Kurangkan makan. Cuba usahakan makan dua kali sehari. Puasa! Makan sahur jam 5.00 pagi dan berbuka jam 7.00 petang. Jika tidak berpuasa, boleh cuba sarapan lewat sedikit (brunch) iaitu pada jam 10.00 hingga 11.00 pagi. Manakala makan petang jam 4.00 hingga 5.00 petang. Untuk snek malam, cukup minum segelas susu. Bagaimanapun, pada yang tidak berpuasa, minumlah air masak sebanyak mungkin sepanjang hari.
- Makan sayur dan buah dahulu sebelum nasi atau ikan. Perut anda akan cepat kenyang dan kebarangkalian untuk menambah hidangan akan kurang.
- Usah makan terlalu kenyang. Kunyah makanan sehingga hancur kerana makanan yang hancur akan membuatkan perut anda lebih kenyang.
- Buang air dengan lancar. Elakkan daripada masalah sembelit. Banyakkan makan buah betik, pisang, mangga atau nanas jika anda kurang buang air besar.
- Berjalan 10 kilometer sehari. Jika tidak mampu atau tidak ada masa, eloklah bersenam di rumah atau gim, joging, berenang atau berbasikal.
- Elakkan snek dan makanan ringan. Jika lapar ambillah kekacang yang kurang garam, buah segar atau kering seperti kurma dan aprikot.
- Usah fikirkan sangat tentang berat hingga membuatkan anda berasa terdesak atau stres. Stres boleh mengundang padah. Anda mungkin akan berasa lapar yang luar biasa sedangkan anda sebenarnya tidak lapar. Jadi, cuba relaks dan buat kerja seperti biasa. Biarlah berat badan anda turun secara semula jadi.
- Sebuah kajian di University of Adelaide, Australia, mendapati wanita membakar lemak tubuhnya 30% lebih banyak ketika masa ovulasi (jika kitaran haid anda 28 hari, dikira bermula dari hari ke-13 atau ke-14 setelah hari pertama haid) hingga dua hari sebelum haid. Pada masa itu, peluang anda untuk menurunkan berat badan lebih besar berbanding masa lainnya. Manfaatkan masa itu dengan berolahraga agar proses pembakaran lemak lebih maksimum.
- Minum air masak atau mineral. Elakkan minuman berkarbonat atau air bergula yang sangat tinggi kalori – 200 kal.
- Bagi penggemar teh, minumlah teh hijau tanpa gula. Menurut The American Journal of Clinical Nutrition 1999, kafein dalam teh hijau mampu meningkatkan metabolisme tubuh sebanyak empat peratus, jika ekstrak teh hijau diminum tiga kali sehari.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI