Pejam celik, pejam celik dah lebih 3 bulan kehadiran Adam Fateh Lee dalam hidup Adam Corrie dan isterinya. Rasa masih baru lagi berita kelahiran si comel Fateh ni.
Sejak masuk 3 bulan macam-macam Fateh dah dapat perkara baru yang buatkan Adam Corrie dan Fazema rasa teruja.
Melalui perkembangan yang dikongsikan oleh abah dan maknya, Fateh dah mula pandai membebel dan main air liur. Lepas ni makin berserilah rumah bila Fateh dah makin pandai.
Ada yang menyatakan selama 10 tahun abah dan mak Fateh tunggu, inilah pengalaman yang sangat dinantikan mereka.
Malah ramai juga yang memuji cara Adam Corrie yang sentiasa dekat dengan Fateh. Mana taknya sibuk penggambaran sekalipun, masa dengan Fateh sentiasa dimanfaatkan.
Rajin melayan dan bercakap dengan Fateh antara yang dipraktikkan oleh Adam Corrie sejak anaknya lahir. Ini antara rangsangan awal yang paling baik untuk perkembangan si kecil.