Bayi akan menyusu sepenuhnya dengan susu ibu (bagi ibu yang mampu) sepanjang tempoh tumbesarannya selama enam bulan. Selepas itu, dia akan diperkenalkan dengan makanan lain seperti puri dan bubur. Keperluan nutrisi bayi kini tidak hanya bergantung kepada susu ibu, tetapi juga makanan yang lain.
Artikel Menarik: [Dah Besar Dia Tak Peluk Cium Dah. Ayah Ni Kongsi Cara Buat Anak Rasa ‘Dekat’ Dengan Kita!]
Ada bayi yang menunjukkan selera yang baik sekali memakan puri buah dan bubur yang disediakan sehingga jadi kurang kerap menyusu. Ini menyebabkan ada sesetengah ibu mungkin mengalami bengkak payudara dan susu ibu perahan (EBM) yang dibekalkan untuk bayi sewaktu ibu bekerja juga tidak habis.
Artikel Menarik: [Sakit Belakang Selepas Caesar Adakah Disebabkan Oleh Bius?]
APABILA BAYI MEMBESAR DAN MULA DIPERKENALKAN MAKANAN TAMBAHAN PADA UMUR ENAM BULAN, PENGHASILAN SUSU IBU AKAN BERPADANAN DENGAN PERMINTAAN/PENGAMBILAN BAYI KETIKA ITU.
Keperluan nutrisi bayi pada peringkat umur ini boleh dilengkapkan dengan pemakanan keluarga. Ini merupakan proses semula jadi. Apabila bayi mengambil lebih makanan maka tidak hairanlah sekiranya permintaan untuk susu juga mungkin berkurangan. Ini secara langsung akan mempengaruhi penghasilan susu juga.
Kajian terkini menunjukkan pengambilan susu ibu tidak berubah mengikut umur atau berat badan bayi antara usia satu hingga enam bulan. Selepas enam bulan, pengambilan susu ibu akan berterusan pada amaun yang sama. Bergantung kepada pengambilan makanan pejal, bayi akan secara beransur-ansur kurang menyusu susu ibu.
JANGAN HENTIKAN SUSU IBU
Kadang kala, di antara enam bulan hingga satu tahun (memandangkan makanan pejal diperkenalkan dan perlahan-lahan meningkat) pengambilan susu oleh bayi akan mula menurun tetapi susu ibu seharusnya terus diberi kerana ia membekalkan majoriti zat pemakanan bayi sepanjang tahun pertamanya.
Oleh sebab terdapat perubahan besar dalam amaun makanan pejal yang diambil bayi sepanjang enam bulan kedua, amaun susu ibu yang diambil juga akan berbeza-beza.
Artikel Menarik: [“Kita Nak Pergi Bulan Ke?”. Satu Flight Tergelak Dengar Soalan ‘Luar Kotak’ Adik Ni!]
ELAK OVERFEEDING
Perlu diingat bahawa amaun susu ibu yang bayi ambil pada waktu tertentu akan berbeza sama seperti amaun makanan dan minuman yang diambil oleh orang dewasa sepanjang hari. Ketahuilah, bayi mungkin tidak minum amaun yang sama di setiap sesi penyusuan. Jadi, perhatikan petunjuk bayi berbanding hanya menggalakkan dia menghabiskan susu ibu perahan.
Jika bayi ketara mengambil lebih daripada purata amaun, pertimbangkan kemungkinan bayi diberi terlalu banyak susu ibu perahan (over feeding) sepanjang dia tidak berada bersama ibunya (semasa ibunya bekerja). Sebagai contoh, cara pemberian susu perahan dengan menggunakan botol yang salah atau puting yang alirannya terlalu laju boleh menyebabkan masalah over feeding.
Jika susu ibu perahan berlebihan, ibu bolehlah mencampurkannya ke dalam bubur nasi atau makanan yang dimakan oleh bayi. Bagi mengatasi masalah bengkak payudara selepas anak mula makanan pejal, bolehlah memerah susu sekadar untuk melegakan bengkak payudara sahaja. Ini kerana apabila payudara tidak dikosongkan sepenuhnya, ia akan berupaya untuk meregulasikan penghasilan susu secara semulajadi.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/