Memasuki trimester kedua kehamilan dengan usia kandungan mencecah 6 bulan, pelakon Elfira Loy mengakui diri gerun memikirkan detik kelahiran anak sulungnya nanti.
Elfira Loy juga turut berkongsi tentang pemeriksaan antenatal yang dilakukannya di klinik swasta.
“Cuma buat masa sekarang, saya ada lakukan check up di klinik swasta. Kalau ditanya di hospital swasta mana untuk bersalin annti, saya tak pilih lagi sebab takut,” kata Elfira yang mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019.
Pelakon ini juga turut memberitahu belum ada sebarang persediaan dilakukan. “Tak ada persediaan memandangkan kandungan saya baru nak masuk enam bulan,” kata Elfira.
Dalam teruja menyambut orang baru dalam keluarga, Elfira masih mahu mengekalkan kesederhanaan. Katanya bersederhana itu lebih baik.
“Buat masa ini kami belum membeli sebarang keperluan anak yang bakal lahir dan tidak akan ada majlis pengumuman jantina akan dilakukan. Biarlah ia jadi kejutan,” terang Elfira tentang debaran menyambut anak sulung.
Aktres ini turut menyatakan yang dia mengidamkan anak perempuan manakala suaminya pula mengidamkan anak lelaki.
Selain itu, ibu hamil ini teruja untuk menyandang tugas sebagai seorang ibu.
“Orang kata macam-macam bila ada anak nanti. Namun saya tak bimbangkan sangat bab itu. Saya lebih teruja sebab pengalaman itu yang buat kita rasa lebih seronok,” kata El.
Menjadi ibu kali pertama dan pelakon ini turut berkongsi ada rasa gerun apabila memikirkan situasi kelahiran yang bakal dihadapi nanti.
“Kalau lakukan kaedah pembedahan, perasaan tersebut tidaklah rasa takut sangat. Cuma rasa takut terjadi sebabnya saya mahu bersalin cara normal kalau boleh.
“Akan tetapi, ada yang kata ada cara untuk kurangkan kesakitan waktu bersalin, itu yang buat saya lebih berdebar. Tak boleh nak bayangkan,” kata Elfira.
Sumber: MH
Artikel berkaitan: “Tak Sangka Rezeki Secepat Ini” Elfira Kongsi Dia Hamil, Suami Pula Terlebih Rajin Masuk Dapur