Kadang macam tak percaya ada perkara mistik di sekeliling kita. Hakikatnya bagi yang pernah mengalaminya akan mengakui wujud benda tersebut.
Seperti yang dikongsikan oleh pengamal perubatan Islam di Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin ini mengenai kehilangan bayi secara tiba-tiba dalam kandungan ketika usia kehamilan pesakitnya 9 bulan.
Dua minggu lepas, pesakit saya datang dari selatan tanah air. Sebelum ini beliau datang untuk ikhtir hamil. Izin Allah selepas rawatan beliau di sahkan hamil. Kini Kandungan Beliau sudah masuk 9bulan.
Sepatutnya beliau sudah cukup due untuk bersalin. Malam sebelum tu beliau mimpi seorang nenek Tua sambut beliau bersalin melahirkan anak. Esok pagi beliau bangun dari tidur perut beliau menjadi kempis..
Beliau berasa takut terus pergi buat Scan untuk melihat kandungan beliau…Ternyata baby yang di kandung sudah tiada lagi???.
Kehilangan dalam sekelip mata…Doktor sendiri terkejut bagaimana kandungan boleh hilang..Lepas jumpa doktor beliau terus berjumpa saya di Melaka..Jumpa saya terus saya ruqyah beliau…Selepas rawatan perut beliau menjadi besar semula…Beliau terus pergi klinik semula…Tetapi ternyata hampa..Baby yang di kandung terus hilang juga?
Ya Allah sedih sangat-sangat…Menitis air mata suaminya ketika peluk saya. Hilang ghaib begitu sahaja. Bayangkanlah 9 bulan di kandungnya,hari-hari terasa baby menendang, bergerak dalam perut, bila scan sebelum ini semuanya normal ok. Katanya hilang dalam sekelip mata, baju semua dah beli.
Sedih sampai tak mampu di luahkan dengan kata-kata. Apa yang mampu saya katakan, hanya mampu memberi kata-kata semangat pada mereka berdua dan bantu sedaya mana yang mampu.
Ya Allah kau tabahkanlah hati pasangan ini…
Ya Allah kau berikanlah mereka Cahaya mata yang pertama buat mereka…
Cahaya mata yang soleh dan solehah Aamiin Ya Allah…
Tanda-tanda Gangguan Makhluk Halus adalah seperti di bawah???
1)Mimpi bermain dengan budak kecil,menyusukan budak kecil,dukung budak kecil..
2)Mimpi tumpah darah,mimpi bersalin darah keluar banyak
3)Mimpi Jatuh tempat tinggi..
4)Mimpi Tempat kotor busuk…
5)Mimpi bintang berbisa ,seperti Ular,jengking ,ular lipan,harimau,buaya
6)Mimpi bersetubuh dengan Orang lain..
7)Mimpi orang Tua,nenek Tua
8)Mimpi pergi rumah lama,rumah usang
9)Mimpi di kejar oleh orang yang tak di kenali..
10)Mimpi Tsunami ,banjir ,,gempa Bumi…
11)Mimpi Orang Meninggal
12)Mimpi terbang
Bila anda mimpi seperti di atas,anda pasti akan mengalami:
13)Kerap sakit bahu ,belikat tengkuk kerap rasa berat dan lenguh
14)Kerap sedawa kembung perut..
15)Kerap sakit kepala
16)Cepat stress dan emosi cepat terganggu cepat marah terutama pada orang yang hampir dengan kita Suami/Isteri/anak2/kawan rapat/
17)Rambut banyak gugur..
18)Kerap berdebar gelisah tanpa sebab..
19)Susah Tidur malam gelisah..
20)Siang pula terutama waktu tengahari kerap megantuk di tempat kerja
21)Kerap sakit pinggang terutama waktu haid
22)Kerap sakit Tapak kaki menyuncuk2 bila pijak lantai bila bagun tidur..
23)Kerap tersentak waktu tidur
24)Masuk asar ,maghrib ke atas badan nak demam bila pergi hospital tiada demam..
25)Senggugut yang kuat,bila pergi hospital semua normal ,bila datang haid sakit sampai tak boleh bangun..
26)Kerap nampak kelibat bayangan hitam di dalam rumah
27)Kerap terbau busuk di dalam rumah
28)Tiada nafsu pada pasangan Suami/Isteri..Bila jauh rindu ,bila dekat tiada nafsu,Bila isteri datang haid perasaan nak bersama rasa kuat..Bila datang wakti subur hilang perasaan nak bersama..
29)Bila bersama,tak jumpa cari jalan ,nafsu terhenti tiba2 bila sedang bersama,bau busuk hanyir keluar dari kemaluan,emosi jadi panas tiba2 bila sedang bersama…
Di atas adalah tanda-tanda yang kerap berlaku pada pesakit saya yang terutama yang mengalami gangguan makhluk halus…Tanda-tanda di atas adalah perkongsian dari pesakit saya sendiri. So jika anda banyak mengalami tanda-tanda seperti di atas nasihat saya dapatkan rawatan islam berhampiran. Terutama waktu datang Haid bagi wanita, Jika banyak tanda-tanda di atas janganlah biarkan ok…
Apa yang saya share bedasarkan pengalaman saya sendiri, rata-rata yang datang ikhtiar hamil banyak mengalami tanda-tanda di atas.
Jika anda percaya dan banyak mengalami tanda di atas nasihat saya segeralah dapatkan rawatan islam berhampiran ya…
Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI