Bila dah duduk di rumah ni, anak asyik mengadu lapar aje. Sekejap-sekejap minta nak makan kan? Kalau kita stock up makanan di dapur, sekejap dah ‘lesap’. Tak dinafikan, bila duduk di rumah ni memang nak mengunyah selalu. Bukan anak-anak saja, kita yang dewasa ni pun sama.
Artikel Menarik: [Kasihan! Muka Merah, Menangis Nak ‘Meneran’. Buat Urutan Mudah Ni Kalau Bayi Sembelit]
Sejak musim pandemik ni, kebanyakan mommies semakin kreatif dalam menghasilkan pelbagai menu istimewa untuk keluarga. Dari dalgona, ke donat sambal dan beriani kambing, memang banyak! Ada juga yang improvise resipi atau makanan sedia ada untuk jadi lebih enak.
Sama juga dengan ibu ini. Menerusi akaun Tiktok, st15ruz berkongsi caranya menjadikan roti ban berinti lebih sedap untuk dimakan. Caranya pun mudah tak perlu bersusah-susah di dapur. Hanya perlukan roti ban berinti yang digemari dan air fryer sahaja.
Artikel Menarik: [Melompat-Lompat Tepuk Dada, Rupanya Tercekik! Tindakan Pantas Ini Selamatkan Nyawa Anaknya]
Melalui video yang dikongsikan, roti ban berinti dimasukkan ke dalam air fryer selama 3-4 minit sahaja dengan suhu 160 darjah selsius. Hasilnya, roti ban berinti tadi menjadi rangup pada permukaan luar dan intinya pula mencair.
Nak cuba buat? Boleh tengok video ini;
@st15ruzSelamat mencuba. Resepi ringkas anak2. ##diy ##cafe ##airfryerrecipes♬ Permission to Dance – BTS
Dan inilah hasilnya!
@st15ruzReply to @extremegamer077 sorry lambat reply, yang mana nak tengok kejadian selepas kita masukkan dalam ##airfryer ##cafe ##diy ##airfryerrecipes♬ original sound – peyushhh
Warga maya yang menonton video ini juga berkongsi pengalaman buat roti ban macam ni;
Kalau ada mommies yang belum tahu tentang cara ni, bolehlah cuba buat. Nampak tempting inti cair dalam roti ban tu. Selalu makan sejuk je, kalau dipanaskan macam ni makin berseleralah anak-anak makan kan?
[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/small-kitchen-appliances/khind-35l-air-fryer-20089043?utm_source=pama&utm_medium=referral&utm_campaign=POC” style=”flat” background=”#ef4e2d” size=”6″]KHIND 3.5L AIR FRYER[/su_button]
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)