Masuk Barang Dalam Mulut, Respon Bila Dipanggil & Merangkak. Penting Supaya Anak Tak Lewat Perkembangan

Share

Tumbesaran dan perkembangan bayi dan kanak-kanak merupakan perkara yang penting bagi ibu bapa. Ibu bapa yang peka tentang fasa tumbesaran dan perkembangan anak mereka dari dilahirkan sehingga dewasa dapat membantu dalam perkembangan fizikal, kognitif, bahasa, sosial, moral dan personaliti.

Menurut Terapis Cara Kerja, Liyana Raya, 3 perkembangan yang wajib ada pada setiap bayi untuk memastikan tiada kelewatan perkembangan yang ketara di kemudian hari amat perlu diberi perhatian oleh ibu bapa.

  1. Memasukkan benda (YANG SELAMAT & DALAM PANTAUAN) sejak berusia 3 bulan dan tamat pada usia paling lewat 2 tahun:

Ini adalah proses perkembangan yang sangat kritikal. Baby kena masukkan barang dalam mulutnya sebagai satu proses eksplorasi. Fasa ini digelar sebagai ‘Explorative Phase’.

Ketika fasa ini bermula, segala benda baby nak masukkan dalam mulut. Penting pada waktu ini untuk berikan peralatan yang selamat untuk dimasukkan ke dalam mulut seperti:

  • soft toys yang bersaiz besar
  • benda yang tidak tajam
  • benda yang boleh digigit dan dikunyah (teether)

Semakin meningkat usia, iaitu di usia lebih kurang 6 bulan ke atas, sudah boleh ajarkan fungsi barang seperti menekan objek, mengetuk objek, bermain dengan objek berbunyi supaya mereka belajar mengeksplorasi peralatan yang ada bunyi untuk tahu ‘cause&effect’ pada sesuatu barang. Bermainlah bersama bayi dan tunjukkan fungsi objek yang dia sedang pegang itu.

Biasanya, proses memasukkan benda ke dalam mulut ni akan tamat ketika baby berusia lebih kurang 16 ke 18 bulan. Tetapi jika berlanjutan sehingga ke usia 2 tahun pun masih nak masuk benda dalam mulut, kena pantau tahap percakapan bayi di peringkat mana. Maksudnya di usia 2 tahun, sepatutnya bayi sudah boleh menggabung dua patah perkataan dalam satu ayat. Tetapi jika tiada, maka anda haruslah berjumpa dengan jurupulih pertuturan(speech therapist) atau jurupulih carakerja (occupational therapist)

Namun demikian, jika baby tidak memasukkan barang dalam mulutnya, apa yang perlu anda buat adalah:

  • bagi jari anda untuk baby hisap
  • urut di sekitar mulutnya dalam bentuk bulatan seperti buat facial massage
  • semasa bagi soft toys yang besar, bantu baby untuk pegang soft toys tersebut dan masukkan dalam mulutnya.

Inilah yang dinamakan ‘bagi rangsangan’ pada baby ya

  1. Memberi respon pada nama,’baa chak!’ dan sebarang bentuk interaksi sosial orang lain kepada baby

Dari usia 0-3 bulan lagi, baby sepatutnya sudah boleh respon dengan senyuman anda walaupun penglihatannya masih kabur. Waktu tu jika anda bercakap dengannya,dia akan seolah-olah ‘menegur’ anda dan berbual dengan bahasanya sendiri. Sebab itulah penting sangat bercakap dengan baby walaupun baru kenal dunia!

Saya ulang… PENTING UNTUK BERCAKAP DENGAN BAYI ANDA!

Dalam usia 4-6 bulan, baby sepatutnya dah boleh respon dengan suara yang dia dah familiar—-> of course la ibu dan ayahnya atau orang yang menjaganya. Penting bagi baby untuk respon dengan suara yang familiar sebab dari situ kita tau dia alert dengan persekitarannya. Masuk je usia 6 bulan, jangan terkejut ya kalau saya katakan baby sepatutnya dah tahu namanya sendiri dan boleh respon apabila namanya dipanggil! Waktu ni la pentingnya nak main ‘baa chak!’ dengannya. Ajarkan lagu-lagu tradisional ‘cak cekur udang gamit’,main geletek badannya, main agah-agah (taktau la kalau ada parents yang masih tak tahu maksud agah ni) .

Usia 6-10 bulan, bayi sepatutnya dah boleh tiru perbuatan ‘greetings’ contohnya ‘bye bye’, salam, cium/sayang,’flying kiss’ dan sebagainya.

Barulah mudah di usia 10-12 bulan nak bentuk dia supaya mudah ikut arahan rigkas dari kita!

**Red alert bagi baby yang tak boleh lagi respon dengan apa yang saya tulis ni ATAU baby mengalami ‘regression’ & ‘stagnant phase’, di mana pada awal usia dia boleh buat semua ni tapi tak menunjukkan ada progress dari satu tahap ke tahap yang lain**

Ada sedikit kerisauan terhadap perkara ini kerana terdapat pelbagai kemungkinan untuk perkara ini. Maka saya sarankan mohon bawa jumpa doktor atau therapist utk pengesahan dan rangsangan awal. Jangan pandang mudah akan hal yg anda rasakan remeh seperti ini kerana respon dengan interaksi sosial seperti ini adalah satu komponen perkembangan terpenting yang wajib ada pada anak anda.

  1. MERANGKAK

Saya agak hairan kenapa zaman skrg ni kita berlumba lumba nak anak jalan cepat sedangkan setiap proses perkembangan fizikal tu anak kena lalui dan kalau boleh biarlah lama,dalam 2 bulan ke atas lamanya seorang baby itu melalui satu-satu proses perkembangan fizikal. Terutamanya merangkak.

Merangkak menguatkan otot yang utama diperlukan untuk ‘duduk diam’ ketika menulis—-> iaitu otot bahu, belakang dan dada serta memberikan koordinasi pergerakan yang cantik untuk anak apabila besar nanti supaya ada otot-otot utama yang tahu fungsi utama mereka tanpa terganggu dengan otot-otot lain yang takde fungsi dlm sesuatu pergerakan—->fuhhh ayat! Boleh faham ke tak ni?

Seperti contoh saya ambil menulis la.

Ketika menulis, otot jari dan pergelangan tangan sahaja yang wajib bergerak ketika menulis. Tapi otot bahu, siku dan belakang badan tak boleh buat pergerakan dah masa menulis sebab fungsi otot bahu,siku dan belakang ni penting untuk ‘duduk diam’ supaya proses menulis tu tak terganggu.

Dlm banyak kes yang saya jumpa skrg ni,kebanyakan anak menulis sambil mengangkat siku dan bahu la… menulis tu kadang tekan kuat sangat sampai lenguh tangan… ada sesetengah anak sampai tak reti nak duduk diam masa menulis! Haaaaa ni kebanyakannya disebabkan oleh gadget jugak dan banyak belajar dalam keadaan nak anak duduk ajeeeee(ni cerita lainlah)! Tapi yang saya selalu jumpa dalam kebanyakan kes adalah: kebanyakan dari anak-anak ini tidak merangkak semasa kecil dan ada masanya anak-anak ini merangkak terlalu sekejap—-> tak sampai 2 bulan pun kadang tu……. sebab otot utama yang patut duduk diam tu tak dikuatkan semasa proses merangkak.

Jadi,apa nak buat?

Bagilah merangkak balik walaupun dah besar. Mana yang dah besar sikit yang dah masuk sekolah tu, hantar je pergi gym suruh buat push up,angkat dumbell dan angkat berat—-> sungguh! Tak percaya cuba buat.

Jadi, penting ke tak penting tiga komponen perkembangan ni utk anak anda! PENTING! Saya siap bagi developmental milestone nya lagi dan huraikan serba sedikit pasal aktiviti yg boleh dilakukan. Tak payah cakap la pasal aktiviti ni simple sangat,dah kalau yg simple dan penting mcm ni tak boleh buat,ingat boleh ke nak buat aktiviti yg lagi besar????

Alert dengan perkembangan anak anda. Ini bukan benda remeh.

Sumber: Liyana Raya

Published by
Wan Amy