Pelakon Fizo Omar dan isterinya, Fazeera Nazri Azrai sekali lagi menjadi perhatian di media sosial selepas video mereka mula tular.
Menerusi perkongsian tersebut, Fizo dan isteri dilihat mencuba kereta sport mewah jenis McLaren milik pengasas Hannan Medi Spa & Hair Salon, Dr Hannan Yusof.
“Ibu mengandung 8 bulan hampir terlekat dalam kereta McLaren.
“Kisah benar tapi sekadar hiburan sahaja. Selamat berhujung minggu semua!,” tulisnya.
Video berdurasi lebih satu minit itu memaparkan Fazeera meminta izin kepada Dr Hannan untuk duduk dibahagian kerusi pemandu kenderaan terbabit.
Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah, aksi Fazeera yang kelihatan meminta tolong untuk keluar dari kereta sport tersebut membuatkan rata-rata warganet terhibur.
Malah, melihat kepada kesukaran yang dialaminya itu, Fazeera sempat memberitahu suaminya adalah lebih senang dan mudah untuknya jika menaiki kereta Myvi berbanding kereta mewah seperti yang dimiliki Dr Hannan.
Hati ibu mana yang tak sedih, kehilangan kedua-dua anak serentak apatah lagi anak bongsunya masih menyusu badan.
Mimi Doleng, 28, mengakui malam pertama tanpa anak membuatnya sukar melelapkan mata dan terkenangkan dua beradik itu.
Mimi adalah ibu kepada dua beradik termasuk bayi perempuan yang meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah kedai di Bandar Seri Iskandar, Bota,Khamis.
Dalam kejadian pada 4.30 pagi itu, Muhammad Fahmi, 6, dan adiknya, Nur Fahmia berusia enam bulan terperangkap di bilik tidur mereka di tingkat dua premis berkenaan.
Mimi berkata, dia sangat merindui dua anaknya dan meminta suami membawanya ke rumah kedai untuk mengambil barang anak sebagai pengubat rindu.
“Saya ajak suami ke sana untuk cari barang anak yang masih elok, kami cuba cari baju raya mereka tapi tak jumpa, kami dapat mengambil bantal busuk Muhammad dan lampin serta cekak kepala Mia, inilah pengubat rindu kami.
“Bantal ini memang bantal kesayangan Muhammad dan mesti ada kalau dia nak tidur. Tapi kami tak lama di situ, kira-kira 30 minit… rasa sebak berada di situ teringatkan mereka,” katanya.
Mimi ditemui di rumah mentuanya di Taman Tasek Putra, Tronoh pada lawatan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah yang diketuai Timbalan Ketua Polisnya, Deputi Superintendan Mohd Uzir Ismail.
Lawatan itu sebagai tanda sokongan polis kepada keluarga mangsa dan mereka turut mengadakan tahlil ringkas buat arwah Muhammad Fahmi dan Nur Fahmia.
Alami bengkak susu selepas pemergian anak
Menurut Mimi, dia reda dengan tragedi yang meragut nyawa kedua-dua anaknya, namun ia mengambil masa untuk menerima hakikat itu.
“Susah nak terima kerana anak pergi sekali gus, mereka saja anak kami dan sentiasa ada dengan kami setiap masa dan Mia juga masih menyusu lagi tetapi saya perlu menguatkan diri dan tabah,” katanya mengalami bengkak susu selepas kejadian itu.
Isteri asyik panggil nama Mia dan Muhammad
Sementara, Mohd Fazlan Nizam Mohamed Hamidi, 37, berkata, dia juga terpaksa menguatkan diri untuk menjejakkan kaki ke tingkat atas premis kerana masih terngiang-ngiang suara anak sulung menjerit memanggilnya pada hari kejadian.
“Saya tiada kekuatan mahu naik tingkat atas tapi paksa diri juga kerana kasihan pada isteri yang mengajak ke sana untuk mengambil barang anak.
“Isteri juga masih bersedih dan beberapa kali memanggil nama Mia… Muhammad dalam tidurnya. Masih terbayang memori kami, tempat mereka bermain dan tidur, malah masih terdengar suara anak panggil abah tetapi kami perlu tabahkan diri namun kemeriahan suasana raya memang tiada,” katanya sambil memberitahu anak sulungnya suka makan sate terutama pada Aidilfitri.
Katanya, semua pekerjanya juga tinggal sehelai sepinggang kerana bilik tidur mereka juga berada di tingkat atas dan mereka kini ditumpangkan di rumah pekerja sebuah lagi kedai makan.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak dan isteri adalah tanggungjawab suami. Senang hati kedua-duanya maka makin murahlah rezeki suami, bak air sungai mengalir deras.
Tidak dinafikan tugas seorang suami memang berat. Menyediakan keperluan hidup dan semampunya untuk insan-insan yang tersayang di bawah tanggungannya. Namun percayalah, apabila segalanya dilunaskan dengan baik, Allah akan membuka pintu rezeki seluas-luasnya.
Perkongsian daripada seorang bapa ini boleh dijadikan pengajaran. Saat awal bakal bergelar ayah dan suami, sedikit pengorbanan telah dilakukan dengan menunda bayaran ansuran kereta tetapi dia diberikan rezeki tak disangka-sangka iaitu bayaran ansuran 3 bulan ke depan!
Benarlah apa yang dikatakan, para suami hakikatnya ‘menumpang’ rezeki isteri dan anak-anak. Ini perkongsian beliau;
Tak ramai suami yang sedar…
Hidup kita jadi senang sebab kita menumpang rezeki isteri dan anak-anak…
Benda ni terjadi kat diri sendiri, kisah benar. Waktu isteri nak bersalin anak sulung, saya skip ansuran kereta sebulan sebab duit tu nak guna untuk bayaran bil hospital, keperluan berpantang, duit org mengurut dan bli barang2 utk anak…bulan kedua, saya call bank tanya berapa saya perlu bayar sbb sya dah miss 1 bulan punya payment…bank kata, akaun pinjaman saya dah ada advance 3 bulan, dibayar melalui CDM di Selangor…
Saya cakap, saya takde adik beradik atau kawan yang tggal di Selangor dan sya tak plak suruh sapa2 di Selangor bayar…pegawai tu ckp, dibayar secara deposit ke akaun pinjaman saya, dan dia kata sukar nk trace sapa yg buat pembayaran sbb byr di mesin…
REZEKI ISTERI
Saya keluarkan sebulan nilai pinjaman ansuran kereta utk kegunaan isteri bersalin, berpantang, Allah s.w.t balas 3 kali ganda nilai tu dr unknown hamba-Nya…smpai skrg saya masih xtahu, siapa yg bankin duit tu dlm akaun pinjaman sya dan xde org pun yg dtg tuntut kt bank jika dia tersilap bankin…
Itu rezeki isteri…
REZEKI ANAK
Manakala rezeki anak-anak plak, masa anak sulung, dapat tukar keje dengan kenaikan gaji 400. Anak kedua, kenaikan gaji 550 dan anak ketiga, kenaikan gaji 800. Benda yang kita tidak disangka, kita cuma usaha dan tawakal. Kemudian Allah bagi…
Saya tak cari kerja masa tu, tapi kerja yang cari saya. Satu-satu perkara yang boleh dikatakan ‘ajaib’ terjadi kat saya.
Daripada pening memikirkan macam mana nak hidup dengan gaji yg sama tp bilangan anak semakin bertambah, namun Allah s.w.t menjawabnya dgn cara yg lain…DIA bagi rezeki kpd saya utk setiap anak yg dilahirkan…
Bila dah dimurahkan rezeki mcm ni, bila dah dipermudahkan urusan mcm ni, maka kena pulangkan atau ‘membayar’ semula kpd mereka…guna apa yg Allah dh bg kat kita tu, kpd isteri dan anak2 sbb tanpa mereka, mgkin kita takkan ada apa yg kita dah ada hari ini…
Nota kaki : Mgkin ada jgak kisah2 ‘ajaib’ yg lain yg terjadi pd suami2 diluar sana asbab baik terhadap isteri dan anak2…
Dato Seri Aliff Syukri telah memuatnaik gambar anak ketiganya Ibraheem Adham memakai baju kesukaan Baem. Menerusi posting tersebut, beliau tertanya-tanya adakah anak-anak yang lain juga mempunyai perangai yang sama dengan anaknya.
Anak korang mcm ni tak?? 100helai baju abah beli .. knp @baem_adham nak juga pakai baju ni gi mana2..sedih abah org komen “kenapa bapak kaya anak pakai baju sama jee”
Rata-rata berpendapat memang kanak-kanak suka memakai pakaian yang sama terutama baju kegemaran mereka. Ramai juga netizen yang berkongsi cerita anak-anak mereka turut mempunyai perangai yang sama seperti Baem.
Buat julung-julung kalinya, Pa&Ma membawakan Edutainment Fest Simpan SSPN 2024 yang telah berlangsung pada 24 & 25 Ogos lalu di Datum Jelatek Shopping Centre, Kuala Lumpur yang diinspirasikan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).