Tempoh kehamilan merupakan saat yang amat penting bagi setiap ibu yang sedang mengandung. Atas sebab itu ibu harus mengamalkan makanan awal kehamilan yang sihat supaya perkembangan ibu dan bayi berada dalam keadaan yang terbaik.
Makanan awal kehamilan ini bukan menyalurkan nutrisi kepada bayi dalam kandungan sahaja, tetapi turut memberikan tenaga dan nutrien kepada ibu.
Jadi apakah makanan awal kehamilan yang perlu diambil dalam diet pemakanan seharian? Ikuti artikel ini.
Makanan awal kehamilan yang bagus untuk ibu
Produk tenusu
Ketika hamil, ibu perlu mengambil lebih protein dan kalsium untuk memenuhi keperluan tumbesaran fetus.
Produk tenusu merupakan sumber makanan terbaik semasa kehamilan yang mengandungi kalsium dan membekalkan khasiat yang tinggi iaitu fosforus, pelbagai jenis vitamin B, magnesium dan zink.
Yogurt antara produk tenusu yang memberikan banyak manfaat dan mengandungi lebih banyak kalsium berbanding produk tenusu yang lain. Sesetengah yogurt turut mengandungi beberapa jenis bakteria probiotik, yang menyokong kesihatan sistem pencernaan.
Makan telur
Telur merupakan sumber terbaik bagi protein, ia adalah bahagian penting dalam diet pemakanan ketika hamil. Asid amino yang menghasilkan protein merupakan blok bangunan sel dalam badan anda dan bayi.
Telur turut mengandungi banyak vitamin dan mineral, termasuklah kolin (choline) yang berfungsi membantu perkembangan otak dan saraf tulang belakang bayi.
Bahkan, ia juga dapat mencegah kecacatan tiub neural yang menyebabkan keabnormalan pada otak dan tulang belakang bayi.
Ubi keledek
Kaya dengan beta-kerotin iaitu sebatian yang akan bertukar kepada vitamin A di dalam badan. Vitamin A penting untuk pertumbuhan bagi kebanyakan sel dan tisu sihat.
Ubi keledek juga mengandungi serat – yang membuatkan perut lebih kenyang, mengurangkan kenaikan gula dalam darah dan mempertingkatkan kesihatan sistem pencernaan.
Oat
Makanan yang kaya dengan serat, vitamin B, zat besi dan pelbagai mineral. Bersama dengan karbohidrat kompleks lain, serat yang terkandung di dalam oat dapat membantu mencegah masalah sembelit.
Brokoli dan sayuran berdaun hijau
Selain mengandungi nutrien penting untuk kesihatan ketika hamil, brokoli dan sayuran berdaun hijau, seperti bayam turut kaya dengan serat, pelbagai jenis vitamin, zat besi, kalium dan antioksidan yang membantu mencegah penyakit.
Sayuran hijau ini dapat membantu badan anda menyerap zat besi daripada makanan yang dimakan. Serat yang tinggi dapat mencegah sembelit yang merupakan masalah utama wanita hamil.
Salmon
Asid lemak omega-3 adalah penting untuk perkembangan sihat bagi tumbesaran otak dan mata janin serta dapat membantu meningkatkan mood ibu sewaktu mengandung.
Salmon adalah pilihan makanan rendah merkuri yang digalakkan pengambilannya setiap minggu dalam jumlah 8 ke 12 auns.
Daging merah
Daging lembu dan ayam adalah sumber terbaik untuk kandungan protein berkualiti tinggi. Daging lembu kaya dengan zat besi, kolin dan vitamin B iaitu nutrisi yang diperlukan dalam jumlah yang tinggi ketika tempoh kehamilan.
Zat besi adalah mineral penting yang digunakan oleh sel darah merah sebagai hemoglobin. Di mana ia penting untuk pengedaran oksigen kepada sel di seluruh badan.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Indahnya rasa bila pertama kali merasa kaki tangan kecil bayi dalam kandungan menendang-menendang. Mia Ahmad juga tidak terkecuali sedang melalui momen-momen kehamilan yang indah.
Aktres Mia yang kini sedang hamil 33 minggu berkongsi tentangnya di Instagram. Dia yang telah berkahwin dengan penjaga gol bola sepak pasukan JDT iaitu Izham Tarmizi Roslan, 26, pada 13 Januari 2017 sebelum ini pernah mengalami keguguran pada kehamilan pertama.
Pelakon Hati Perempuan itu juga hamil lagi sebulan selepas keguguran itu dan kini sedang berada di trimester ketiga. Kini Mia hanya menunggu beberapa minggu lagi untuk menemui anak sulung yang sedang dikandungnya.
Video rakaman pergerakan pada perut Mia dimuat naik ke Instagram dengan kapsyen berikut;
My baby is kicking a lot now, especially at night.
Para follower memberikan pelbagai reaksi dan komen. Ramai juga yang berjenaka yang mengatakan bayi sedang aktif seolah-olah bermain bola seperti ayahnya. Ada juga di kalangan ibu-ibu yang memberikan komen tentang kehamilan dan tendangan bayi.
Keluarga Dr. Sheikh Muszaphar sering menjadi tumpuan serta inspirasi kepada ramai orang kerana menyebarkan banyak perkara positif yang dapat mendidik ibu ayah baharu. Bukan saja cara didikan Dr. Sheikh Muszaphar dan isteri menjadi rujukan tetapi anak-anaknya juga boleh menjadi contoh kerana bijak dalam pelajaran dan aktif dalam kokurikulum.
Dr. Sheikh Muszaphar dan keluarga akan menerima ahli baharu tak lama lagi. Kehamilan kali ini bukanlah kembar, tetapi warganet tetap teruja untuk mengetahui perkembangan baru serta jantina anak ketujuh mereka.
Melalui akaun instagram Dr. Sheikh Muszaphar, beliau berkongsi sebuah video yang menunjukkan isterinya sedang memuat ujian imbasan untuk mengetahui jantina bayi. Ketika posting ini dibuat adalah sekitar bulan Februari ketika usia kandungan Dr. Halina 18 minggu.
“Anak-anak perempuan kami nak ikut untuk melihat jantina bayi. Sekarang, Dr. Halina hamil 18 minggu dan semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.”
Menurut angkasawan negara yang pertama ini lagi, anak-anaknya ada pilihan jantina untuk adik baharu ini.
“Bella nak adik perempuan, Tasha mahukan adik lelaki. Adam pun nak adik perempuan, Noah mahukan adik lelaki. Dengan anak-anak yang sudah 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan, kami tak kisah apa jantina sekalipun. Yang penting sihat.”
Antara komen yang ada;
Mereka sekeluarga sangat teruja untuk mengetahui jantina bayi dan memilih untuk merahsikan tentang hal itu terlebih dahulu. Rata-rata meneka jantina bayi adalah perempuan tetapi ada juga yang mengatakan bahawa ia lelaki.
Didoakan agar perjalanan kehamilan Dr. Halina dipermudahkan sehingga tiba saat melahirkan. Tak sabar sebenarnya nak tahu jantina bayi pasangan ini, tetapi asalkan sihat sudah mencukupi. Tahniah sekali lagi kepada keluarga Dr. Sheikh Muszaphar!