Sekitar usia bayi 6 bulan ke atas, bila asyik merengek, menangis mungkin petanda awal dia nak tumbuh gigi. Keadaan ini disebabkan rasa tidak selesa pada gusi. Ibu ayah tak perlu rasa nak stres sangat kerana ia adalah normal.
Cuma untuk melegakan keadaan ketidakselesaan itu, Dr Iqbal Rosali berikan tip untuk ibu ayah lakukan jika anak mula nak keluar gigi susu yang pertama.
3 hari anak saya ni demam bila nak tumbuh gigi ni. Agak lewat juga sebenarnya. Dah nak masuk 1 tahun umurnya baru nak keluar.
Gigi susu pertama akan mula tumbuh lebih kurang umur baby 6 bulan. Tanda-tanda yang biasa dapat dilihat bila gigi nak keluar (teething) ini ialah:
1. Anak kuat merengek, disebabkan sakit dan tidak selesa.
2. Suka menggigit. Tindakan si anak untuk kurangkan sakit pada gusinya.
3. Air liur meleleh. Baby tak tutup mulut sebab tak selesa gigi nak keluar.
4. Demam dalam sesetengah kes.
Persoalannya, perlu ke ubat tahan sakit seperti dalam bentuk gel, untuk masalah teething?Bergantung. Sakit ini bergantung pada masing-masing. Ada baby kuat, ada baby tak tahan. Kalau hendak guna, adalah lebih baik dapatkan nasihat doktor dulu.
Ini beberapa tips untuk atasi sakit teething pada anak kita:
Ads
1. Urutkan gusi anak kita pada tempat gigi nak tumbuh. Gunakan kain bersih yang dilembapkan dengan air sejuk, kemudian urut-urut di sekitar gusi.
2. Gunakan teether. Banyak dijual. Tips gunakan teether, masukkan dalam peti sejuk beku (freezer) dulu. Sudah jadi ais, baru bagi anak gigit.
3. Bagi kain bersih untuk dia gigit.
4. Lapkan juga air liur yang meleleh. Kalau dibiarkan nanti boleh menjadi ruam.
Ads
5. Sabar. Anak mungkin akan kuat menggigit ketika menyusu badan. Ini memang menguji kesabaran.
6. Bawa anak ke klinik sekiranya mengalami demam.
7. Sebarang ubat-ubatan, perlulah dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu lebih-lebih lagi untuk baby yang berumur kurang daripada 2 tahun.
Ads
Bila anak dah mula tumbuh gigi, datang satu lagi tanggungjawab, iaitu kita nak pastikan gigi susu itu dijaga dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aqeef Anaqi, anak kepada Amyra Rosli & Ammar Bahrin telah photoshoot dengan Pa&Ma. Happy baby rupanya Anaqi ye.
Untuk mendapatkan shot yang diingini, mummy, Amyra telah menghubungi Amar semata-mata nak tarik perhatian Anaqi untuk fokus kepada kamera. Apabila mendengar suara Amar, Aanaqi tercari-cari daddy nya.
Ini adalah photoshoot Anaqi yang pertama tanpa mummy dan daddy dalam frame yang sama.Team Pa&Ma masing-masing telah mengagah Anaqi dengan pelbagai cara. Termasuk menggunakan lagu kanak-kanak, lagu Happy Birthday serta memanggil nama kucing kesayangan Anaqi iaitu Lohu.
Walau pun baru 10 bulan, si kecil ini sporting dan tak banyak ragam sepanjang photoshoot.
Perasan tak raut wajah bayi akan berubah-ubah seiring perkembangan usianya. Sekali tengok macam muka isteri, lepas tu ada iras wajah suami. Keadaan ini dianggap perkara biasa dan ia berlaku hingga usia anak 1-2 tahun.
Bagaimanapun, mama papa tak perlu nak risau pun. Apa yang penting, anak kita membesar dengan sihat pun satu anugerah yang tak ternilai.
Menerusi perkongsian foto bayi sulung pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel baru-baru ini telah menarik perhatian ramai. Ini kerana bayi perempuan berusia tujuh bulan itu, Nur Khawla Soleha sekali tengok memang copy paste wajah Ernie.
Senyuman kedua-dua beranak itu memang sama. Namun raut wajah Khawla ada juga iras daddynya. Kiranya ambil sikit muka ibu dan daddy!
Ernie yang berkongsi gambar bersama anaknya menerima pelbagai pujian dan rata-ratanya geram melihat gelagat Khawla yang dah pandai tengok kamera dan senyum.
Sementara itu, menerusi posting lain Ernie Zakri, dia juga ada memuat naik gambar Syamel masa kecil dan gambar terkini Khawla.
“Muka macam ibu dia😍😍tapi bila tengok hidung macam daddy”
Rata-rata peminatnya turut berkongsi rasa teruja melihat wajah Khawla yang comel, malah sudah pandai tersenyum.
Sebelum ini, Ernie, 26, berkahwin dengan Syamel, 28, mendirikan rumah tangga pada 26 Mac tahun lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor. Pada 22.02.2022 Ernie Zakri selamat melahirkan bayi perempuannya.
Kredit: IG Ernie Zakri
Nak buat persiapan kehadiran ‘orang baru’ kena reaady mental dan fizikal. Jom kumpul ilmu di Bengkel Pa&Ma To Be: Belajar Sampai Terer!
Apabila dilanda demam, ada segelintir ibu menyusu mengambil keputusan untuk tidak menyusukan bayi sedangkan tindakan itu salah! Perbetulkan ia dan terus susukan bayi demi kesihatannya juga.
Sebagai manusia, kita kadang kala diserang demam apabila suhu badan meningkat melebihi 37.5 °C. Ramai yang keliru dan risau apabila demam kerana bimbang ia membawa kemudaratan kepada bayi jika dia terus disusukan. Ketahuilah, ramai pakar perubatan menegaskan penyusuan susu ibu harus diteruskan walaupun anda demam!
Apabila demam biasa dan hanya mengalami selesema, sakit tekak dan batuk, anda sangat digalakkan untuk terus menyusukan bayi kerana ia tidak memberi kesan kepada anak yang disusukan itu. Doktor berpendapat bahawa menyekat penyusuan susu ibu sewaktu diri mengalami demam biasa boleh menyebabkan bayi mudah jatuh sakit dan demam kerana dia tidak mendapat perlindungan daripada susu ibu.
Jadi, apa lagi! Terus susukan anak anda kerana susu ibu memberikan perlindungan kepadanya daripada kuman-kuman yang telah mengakibatkan anda demam. Hal ini kerana susu ibu kaya dengan nutrien dan antibodi melawan kuman.
Ketahui juga bahawa apabila anda demam, terdapat reaksi imunologi iaitu pembentukan antibodi yang dipercepatkan dengan suhu tinggi yang dialami. Dengannya, antibodi dapat disalurkan menerusi susu ibu. Antara reaksi imunologi yang berlaku ialah:
Meningkatkan pergerakan leukocytes.
Menggalakkan sel darah putih memusnahkan kuman.
Mengurangkan kesan toksin.
Memperbanyakkan sel-sel antibodi (T-cells).
Jaga kebersihan diri
Dalam pada itu, anda sangat digalakkan untuk menjaga kebersihan diri bagi mengelakkan bayi dijangkiti. Antara amalan yang boleh dilakukan ialah mencuci tangan sekerap mungkin dan mengelakkan batuk atau bersin secara langsung ke muka bayi.
Sementara itu, semasa mendapatkan rawatan, anda perlu memberitahu doktor bahawa sedang menyusukan anak. Hal ini penting supaya doktor berkenaan dapat membekalkan ubat-ubat yang selamat untuk penyusuan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.