Masuk Usia 6 Bulan, Air Liur Bayi Meleleh, Urut Gusinya & Bagi Gigit ‘Teether’ Sejuk

Share

Sekitar usia bayi 6 bulan ke atas, bila asyik merengek, menangis mungkin petanda awal dia nak tumbuh gigi. Keadaan ini disebabkan rasa tidak selesa pada gusi. Ibu ayah tak perlu rasa nak stres sangat kerana ia adalah normal.

Cuma untuk melegakan keadaan ketidakselesaan itu, Dr Iqbal Rosali berikan tip untuk ibu ayah lakukan jika anak mula nak keluar gigi susu yang pertama.

3 hari anak saya ni demam bila nak tumbuh gigi ni. Agak lewat juga sebenarnya. Dah nak masuk 1 tahun umurnya baru nak keluar.

Gigi susu pertama akan mula tumbuh lebih kurang umur baby 6 bulan. Tanda-tanda yang biasa dapat dilihat bila gigi nak keluar (teething) ini ialah:

1. Anak kuat merengek, disebabkan sakit dan tidak selesa.
2. Suka menggigit. Tindakan si anak untuk kurangkan sakit pada gusinya.
3. Air liur meleleh. Baby tak tutup mulut sebab tak selesa gigi nak keluar.
4. Demam dalam sesetengah kes.

ARTIKEL BERKAITAN [Gigi Susu Anak Belum Goyang, Dah Keluar Gigi Kekal, Ini Sepatutnya Ibu Ayah Perlu Buat!]

Persoalannya, perlu ke ubat tahan sakit seperti dalam bentuk gel, untuk masalah teething?Bergantung. Sakit ini bergantung pada masing-masing. Ada baby kuat, ada baby tak tahan. Kalau hendak guna, adalah lebih baik dapatkan nasihat doktor dulu.

Ini beberapa tips untuk atasi sakit teething pada anak kita:

1. Urutkan gusi anak kita pada tempat gigi nak tumbuh. Gunakan kain bersih yang dilembapkan dengan air sejuk, kemudian urut-urut di sekitar gusi.

2. Gunakan teether. Banyak dijual. Tips gunakan teether, masukkan dalam peti sejuk beku (freezer) dulu. Sudah jadi ais, baru bagi anak gigit.

3. Bagi kain bersih untuk dia gigit.

4. Lapkan juga air liur yang meleleh. Kalau dibiarkan nanti boleh menjadi ruam.

5. Sabar. Anak mungkin akan kuat menggigit ketika menyusu badan. Ini memang menguji kesabaran.

6. Bawa anak ke klinik sekiranya mengalami demam.

7. Sebarang ubat-ubatan, perlulah dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu lebih-lebih lagi untuk baby yang berumur kurang daripada 2 tahun.

Bila anak dah mula tumbuh gigi, datang satu lagi tanggungjawab, iaitu kita nak pastikan gigi susu itu dijaga dengan baik.

Kredit: Dr Iqbal Rosali

Mama jom rileks jap, klik link ni!

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Published by
Wan Amy