Pada asalnya tidak berniat untuk membuat tabungan anak, tetapi selepas beberapa ketika mengumpul timbul rasa untuk menyimpan duit buat anak mereka. Pasangan Raizuan Ibrahim dan Nurisha Anis Rosdi mula mengumpul not RM5 dan RM20 sejak tiga tahun yang lalu sebelum kelahiran anak lelaki mereka.
“Ketika itu matlamatnya berbeza. Kami fikirkan untuk kegunaan kami untuk bercuti dan sebagainya. Bila isteri disahkan hamil, terus terfikir untuk buat tabungan anak. Kebetulan waktu itu duit dah semakin banyak dan ditambah dengan pemberian orang untuk dia, jadi kami teruskan mengumpul duit itu, ” terang Raizuan apabila ditanyakan tentang permulaan mereka menabung untuk Muhammad Al-Fayyadh.
Pilih Not Duit Yang Jarang Digunakan
Menjawab persoalan mengapa not RM5 dan RM20 yang dijadikan pilihan, kata mereka kerana duit ini jarang digunakan. “Kalau berbelanja, kami banyak gunakan RM1 dan RM10, bila tengok selalunya berbaki not RM5 dan RM20 ni, itu yang menyebabkan kami selesa mengumpulnya. Kami kumpul bersama-sama. Tak ada tetapkan pun siapa yang simpan RM5 dan siapa kumpul RM20. Sama-sama simpan,” kata Raizuan lagi.
Tambah Anis pula, mereka berdua memilih nilai wang tersebut kerana ia sederhana dan tidak terlalu terbeban untuk mengumpulnya. Mereka akan masukkan duit-duit ini dalam dua tabung berbeza dan bila tiba hujung bulan akan dikira untuk melihat jumlahnya.
Ads
Pupuk Sikap Disiplin
Mereka berdua konsisten dan disiplin membuat tabungan ini apabila melihatkan jumlah simpanan yang banyak. Semakin lama, semakin banyak. “Itulah yang menjadi penguat semangat kami untuk terus konsisten buat simpanan. Tak pernah terfikir pun untuk ambil dan gunakan wang itu. Kami komited untuk kumpul lebih banyak lagi,” cerita Raizuan.
Selama tiga tahun simpanan mereka berdua, not RM5 dapat dikumpul melebihi RM4000. Duit not RM20 pula berjaya dikumpul lebih kurang RM2000 dalam tempoh setahun. Apabila wang yang disimpan sudah mulai banyak, tidaklah disimpan bawah katil atau di celahan almari baju. Raizuan dan Anis akan masukkan wang tersebut dalam akaun Tabung Haji.
Ads
Bersaing Sesama Sendiri
“Biarpun ini simpanan bersama, tapi kami selalu bersaing. Siapa yang berjaya kumpul lebih banyak wang untuk bulan itu. Rasa nak menang tu buat kami komited untuk menyimpan,” cerita Raizuan lagi. Menurut Anis pula, untuk membuat simpanan harus ada target dan matlamat yang jelas. Kena ada disiplin dan asingkan wang itu sebelum dimasukkan ke dalam tabung khas.
“Nak habiskan duit tu cepat. Nak mengumpul tu yang makan masa. Sebab itulah kita kena berdisiplin dan jangan mengelat. Kita dan pasangan kena saling menyokong dan kuat semangat. Maklumlah bila hampir hujung bulan tu, tengok pula duit bertimbun dalam tabung. Perasaan untuk ‘mengambil’ hak anak itulah yang perlu kita elakkan. Sekali dah ambil, nanti kita akan terbiasa,” kata Anis apabila diajukan soalan bagaiman mereka begitu komited dengan simpanan begini.
Tidak Terlalu ‘Tekan’ Diri Sendiri
Kata pasangan ini, mereka tidak mahu terlalu membebankan diri. Bergantung kepada keberadaan wang, jika ada maka akan disimpan. Tetapi seandainya pada hari itu not duit untuk kedua-dua nilai itu tidak ada, maka tiadalah simpanan. Esok pula mereka akan gantikan.
“Sekarang ni anak kami dan berumur setahun lebih. Usaha menabung ni akan kami teruskan. Mana tahu suatu hari nanti kami mampu buat simpanan dengan nilai not yang lebih besar pula. Rasanya untuk jumlah simpanan RM5 tu lebih dari yang kami beritahu tadi. Sebab waktu itu kami memang bersungguh-sungguh membuat tabungan,” kata Raizuan.
Berkongsi harapan mereka berdua, Raizuan dan Anis memberitahu yang mereka berharap tabungan untuk anak mereka akan jadi lebih banyak untuk kegunaannya di masa hadapan. Juga menyimpan hasrat untuk mengumpul not nilai yang lain pula. “Jika ada anak yang seterusnya pun, kami akan teruskan cara tabungan begini. Harapan kami agar masa depan Fayyadh selesa dan mudah ketika dia dewasa nanti,” akhiri Raizuan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak saya suka menconteng dinding di taskanya. Sebelum ini dia pernah menconteng dinding rumah dan apabila dimarahi oleh ayahnya dia tidak lagi buat kesalahan tersebut. Tapi gurunya ada mengadu dia suka menconteng dinding di taska, walaupun di tegur oleh guru dia tetap tidak endahkan dan buat seolah-olah tak dengar apa yang dilarang. Bagaimana cara untuk saya pastikan anak saya tak lagi menconteng dinding di taska kerana perbuatan tersebut bagi saya salah.
Elaina, Klang
Saya anggarkan anak Puan Elaina berada di dalam lingkungan 5 tahun ke bawah kerana situasi yang diberikan adalah di Taska. Untuk situasi ini, kita perlu kenal pasti terlebih dahulu tingkah laku menconteng ini dengan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.
Untuk awal kanak-kanak, menconteng adalah salah satu aktiviti untuk perkembangan fizikal secara menyeluruh. Ia memerlukan penguasaan otot besar dan kecil yang membabitkan kemahiran motor kasar dan halus. Jika otot besar tidak dikuasai dengan baik, maka ia memberi kesan langsung kepada otot kecil – kanak-kanak sukar dan lambat untuk menulis.
Tambahan pula, menconteng di dinding lagi banyak kebaikan berbanding menconteng di atas buku atau di bawah untuk kanak-kanak awal. Kebaikannya seperti menguatkan otot bahu dan tangan seperti yang saya katakan tadi, berupaya di dalam midline crossing, genggaman alatan menulis yang lebih baik, ruang fleksibiliti menulis yang lebih luas, menguatkan otot leher dan pergerakan tangan, kreativiti, koordinasi bilateral yang lebih baik, memahami ruang (spatial awareness) dan sebagainya.
Jika kita menghalang aktiviti diteruskan oleh kanak-kanak, maknanya kita menghalang perkembangan mereka berkembang dengan lebih baik. Ini adalah di peringkat mereka melalui proses perkembangan mengikut umur mereka. Maka, kenapa kita perlu haling benda yang memberi manfaat kepada tumbesaran anak-anak?
Saya faham, mungkin Puan Elaina dan guru gusarkan ialah kanak-kanak bebas menconteng di mana-mana dinding yang ada. Antara yang kita boleh lakukan untuk menggalakkan kanak-kanak menconteng ialah
– Memberi ruang yang khusus untuk mereka menconteng. Ruang ini boleh dilekatkan seperti kertas mahjong, cat yang senang dipadam, papat hitam (cat papat hitam yang khas) untuk menconteng.
– Sentiasa galakkan mereka jika menconteng itu sebagai satu luahan ekpsresi diri.
– Wujudkan komunikasi dua hala seperti bertanyakan tentang apa yang diconteng, tanya tentang bentuk, symbol dan sebagainya
– Jangan lupa untuk sentiasa memuji anak. Contengan dari pandangan mereka berbeza dengan orang dewasa. Semuanya bermakna.
– Letak peraturan jika kanak-kanak menconteng di luar kawasan yang tidak boleh diconteng, jangan marah-marah ya.
– Bersihkan sama-sama ruang contengan yang ada untuk mewujudkan rasa tanggungjawab.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Situasi bayi tersedak susu adalah satu situasi yang menakutkan dan merisaukan ibu bapa atau penjaga. Dalam keadaan bayi tersedak susu, biasanya keadaan bayi dah kebiruan atau tercungap-cungap.
Keadaan ini berlaku apabila susu masuk ke dalam saluran pernafasan dan seterusnya ke dalam paru-paru menyebabkan masalah pernafasan dan juga boleh menyebabkan bayi meninggal tanpa disedari ibu bapa.
Bagi memastikan keadaan ini selamat pada bayi, ibu bapa atau penjaga kena alert dan jika boleh pada waktu malam ‘korbankan’ sedikit masa tidur untuk pastikan anak-anak benar-benar selesa dan sendawa bila siap menyusu.
Jangan biarkan anak menyusu hingga tertidur sendiri tanpa pengawasan kita kerana risiko tersedak susu boleh berlaku.
Perkongsian pengalaman dari seorang ibu, Puan Marzi Hassan yang baru berlaku baru-baru ini semasa anaknya Dhia Puteri Mahsuri berusia 1 tahun 8 bulan boleh dijadikan peringatan buat semua ibu bapa.
Pengalaman anak tersedak susu. Jam 3 pagi, Ammy dikejutkan dengan bunyi seperti sudu terjatuh di atas simen. Mungkin ia satu mimpi kerana dapur dan bilik tidur jaraknya agak jauh. Lagipun pintu bilik tertutup rapat. Kalau fikir logik tidak mungkin kedengarannya jelas seolah-olah berada di hujung telinga.
Seperti biasa bila terkejut daripada tidur, perkara pertama yang Ammy perhatikan adalah Mahsuri… Allahu rabbi… Kelihatan Mahsuri seperti terbatuk-batuk dan nafasnya laju… Tangan dan kakinya sejuk… Tiba-tiba Ammy teringat yang dia baru lepas menyusu (brestfeeding) dan mungkin Ammy tertidur sehingga tidak tahu bila masa dia berhenti.
Ammy segera mengangkat Mahsuri dan memangkunya di bahu, suami Ammy pun turut sama membantu menepuk-nepuk dan mengosok-gosok belakang Mahsuri. Tiba-tiba…. Burpppp…. Mahsuri sendawa diikuti dengan muntah susu yang berketul-ketul.
Tersedak susu rupanya anak Ammy. Bila sahaja muntah itu keluar, suhu badan Mahsuri mendadak naik. Tidak lagi sejuk seperti sebelumnya. Sebelum ini Ammy selalu dengar tentang bayi tersedak susu serta risikonya. Kali ini terjadi pada Ammy sendiri. Allahu Akbar, terima kasih Ya Allah kerana lindungi anak Ammy dan mengejutkan Ammy dari tidur. Satu pengajaran buat Ammy.
Selepas ini Ammy akan berhati-hati dan pastikan…
Temani anak menyusu walau bagaimana penatnya seharian bekerja.
Jangan tidur sebelum anak habis menyusu.
Pastikan anak dalam keadaan selesa, susu yg diminum atau makanan yang dimakan telah dihadam sebelum mereka tidur.
Pastikan situasi anak nyaman sebelum kita melelapkan mata, tidak kira lah anak kita masih bayi ataupun telah dewasa. Sesungguhnya bagi kita sebagai seorang ibu, walaupun anak kita sudah punyai keluarga sendiri dan pandai jaga diri, namun mereka masih anak-anak kecil dimata kita. Masih perlukan kasih sayang kita, perhatian kita dan yang lebih penting doa restu daripada kita. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi anak-anak kita.
Sumber: Marzi Hassan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bulan Ramadan yang bakal tiba tidak berapa hari sahaja lagi ini pastinya membuatkan kita teruja. Namun jangan dilupakan amalan sihat untuk anak-anak dan keluarga.
Bagi mengekalkan tenaga jangan dilupakan amalan minum Air Nabeez yang menjadi minuman detok kesukaan Nabi kita SAW. Baik untuk tenaga sepanjang hari. Macam mana nak buat Air Nabeez ini?
Jom cuba!
Setiap hari makan 7 biji kurma, biji jangan buang. Rendam dalam air, minima 6jam/semalaman, Lepas tue minum.
Sangat bagus utk pulihkan tenaga. Khasiat dia juga sama mcm kita mkn kurma.
Atau boleh juga guna 3/5/7biji kurma, termasuk isi dan biji. Rendam semalaman & minum. Khasiat dia sama macam kita kunyah kurma tue.
Ini minuman kegemaran Nabi kita.💛 Rendaman kurma ini dipanggil Air Nabeez atau bahasa moden infused water.
Air nabeez adalah minuman sunnah yang mempunyai banyak khasiat. Rugi kalau tak pernah buat atau tak nak buat.
Ia adalah minuman berakali, * Membantu membuang asid dari perut, * Melancarkan sistem pencernaan badan, * Menyingkirkan toksin dari badan.
Dalam erti kata lain as a DETOX! Air Detox nie dari zaman Nabi dah buat tau sebenarnya… hehe
Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh biji kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Kredit : Nurul Hanis Isman
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai ibu mungkin sudah biasa dengar nama asid folik, tapi tak semua tahu betapa power-nya vitamin ni, lagi-lagi bila tengah merancang atau sedang hamil.