
Salimah Habibi, peserta Akademi Fantasia musim keempat kini sedang berpantang anak keduanya. Comel dan semangat betul bayi keduanya, baru berusia 31 hari tapi beratnya dah cecah 5.3kg!

Bayi perempuannya yang bernama Syarifah Nur Asmaa’ Syed Abdul Kadir Aljoofre dilahirkan pada 11 Ogos 2018 dengan berat 3.2 kg pada usia kandungan 37 minggu.
Terbaru, Salima memuat naik fotonya bersama Asmaa’ dengan kapsyen berikut;
MasyaAllah anakkkkk… td bawa pg cucuk… bile timbang beratnya dah 5.3kg… umur bru 31 hari… kuhhhhhhh semangat….patutlah naik rebeh bahu mommy…alhamdulillah sihat ank dara mommy…
Our 1st selfie???
Salimah yang merupakan isteri kepada Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre mempunyai anak pertama yang bernama Syed Ahmad Rayyan yang berusia tiga tahun.

Kecomelan Asmaa’ menarik perhatian netizen. Masing-masing geram kepadanya;

Sumber: Instagram Salima Habibi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak Semestinya Induce Harini Terus Bersalin, Ada Yang Terpaksa 2 Kali Induce

Bersalin induce atau proses bersalin secara paksa adalah untuk membolehkan kontraksi rahim terjadi sebelum kelahiran semula jadi berlaku.
Proses bersalin secara induce ini mungkin akan disarankan oleh doktor atau pengamal perubatan disebabkan oleh faktor tertentu, sama ada melibatkan perubatan atau bukan perubatan.

Tetapi adakah ia selamat atau terdapat risiko yang boleh berlaku? Bagaimana pula dengan persediaan jika perlu menjalani prosedur ini?
Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Kenapa perlu bersalin secara induce?
Selalunya proses bersalin secara induce ini akan disarankan jika wujud kebimbangan mengenai kesihatan ibu mahupun bayi dalam kandungan. Di samping itu, faktor lain yang mungkin memerlukan proses bersalin secara paksaan ini adalah jika jarak tempat tinggal anda jauh dari hospital.
Maka pemilihan bersalin induce adalah wajar untuk mengawal masa bersalin dan tempoh kelahiran bayi.
Perkara lain mungkin melibatkan:
- Telah melepasi tarikh jangkaan bersalin (EDD)
- Menghidap diabetes gestasi
- Chorioamnionitis – jangkitan pada rahim
- Tumbesaran bayi terhenti
- Oligohydramnios – cecair ketuban sedikit atau bocor
- Halangan atau gangguan plasenta
- Air ketuban pecah tetapi tidak berlaku kontraksi
- Sejarah proses bersalin cepat dan pantas
Bagi wanita berbadan dua dengan isu kesihatan tertentu tidak boleh disyorkan untuk melakukan proses bersalin secara induce ini.
Kaedah untuk bersalin induce
Untuk prosedur bersalin secara paksa ini, terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan. Cuma perlu diingatkan adalah kaedah yang mungkin sesuai dengan seseorang individu lain, mungkin tidak berkesan untuk anda.
Antara kaedah yang boleh digunakan dalam proses bersalin secara induce adalah:
- Amniotomi atau memecahkan air ketuban. Doktor akan mencucuk lubang kecil pada kantung ketuban. Ia sekali gus menyebabkan kontraksi lebih kuat
- Pitocin atau disebut oxytocin, yang merupakan hormon untuk mempercepatkan proses bersalin. Kaedah ini menggunakan intravena (IV) pada lengan
- Cervical ripening. Dilakukan dengan pengambilan ubat secara oral atau dimasukkan ke dalam faraj (analog prostaglandin) untuk meregang, melembutkan dan mengembangkan serviks
- Kaedah bersalin induce menggunakan kateter (catheter) atau belon yang berfungsi untuk menjarakkan kantung dengan rahim. Ia akan merangsang hormon dan mencetuskan kontraksi
- Menarik selaput (stripping membrane). Untuk kaedah ini doktor akan menggunakan jari yang telah dipakaikan sarung tangan bagi memisahkan kantung nipis pada ketuban daripada dinding rahim
Dari masa ke masa, bergantung kepada keadaan, doktor mungkin akan menggunakan lebih daripada 1 kaedah untuk proses bersalin secara paksa ini.
Berapa lama proses bersalin induce?
Secara amnya, ia adalah berbeza mengikut individu. Sekiranya serviks anda lembut dan matang, ia hanya memerlukan dorongan lembut untuk berlakunya kontraksi. Jika tidak, ia boleh mengambil masa beberapa jam sehingga beberapa hari sebelum berlakunya kelahiran bayi.
Dalam sesetengah kes, proses induce tidak berfungsi seperti diharapkan dan kaedah yang sama perlu diulang.
Risiko yang boleh terjadi dalam proses bersalin induce
Antara risiko proses bersalin secara induce, adalah:
- Boleh mengalami kontraksi lebih kuat, menyakitkan dan kerap
- Berdepan peningkatan risiko kemurungan selepas bersalin
- Prosedur induce gagal dan perlu menjalani kaedah kelahiran caesarean
- Wujud risiko jangkitan pada ibu dan bayi
- Masalah rahim pecah. Ini terutamanya bagi wanita yang pernah menjalani pembedahan czer atau pembedahan rahim lain
- Kontraksi yang terlalu banyak boleh menyebabkan perubahan pada kadar degupan jantung bayi
- Risiko kematian janin
Persediaan diri
Biasanya prosedur ini akan dilakukan di hospital atau pusat bersalin, di mana anda dan bayi boleh dipantau oleh doktor. Pun begitu, ada beberapa persiapan yang ibu perlu lakukan sebelum menjalani proses bersalin secara induce.
1. Bertanyakan soalan
Jika terdapat sebarang keraguan atau kebimbangan, jangan ragu untuk bertanya. Ia pastinya akan membantu anda untuk lebih tenang selepas mengetahui perkara yang boleh dijangkakan. Anda mungkin ingin mengetahui kaedah yang akan dipilih, risikonya dan rancangan doktor jika kontraksi tidak berlaku seperti diharapkan.
Antara beberapa soalan lain yang boleh ditanya:
- Sebab perlu melakukan induce
- Keadaan serviks
- Kedudukan bayi
- Bolehkah anda bergerak selepas prosedur induce?
- Adakah ia menyakitkan dan pilihan yang anda ada untuk mengurangkan rasa sakit?
2. Keselesaan diri
Persiapan untuk keselesaan diri akan bergantung kepada prosedur yang dipilih. Anda mungkin tidak dapat bergerak banyak sekiranya diberikan Pitocin melalui IV.
Antara perkara yang boleh membantu meringankan rasa sakit adalah:
- Sokongan daripada pasangan, rakan atau ahli keluarga
- Kekal terhidrat
- Mengubah posisi kedudukan, seperti bergerak dari sisi ke sisi, berjalan, squatting atau berdiri
- Ciptakan persekitaran yang menyelesakan seperti mendengar alunan muzik
- Mandi – bergantung kepada kemampuan anda bergerak dan fasiliti
- Teknik pernafasan mendalam
Bersalin induce? Terima dengan terbuka
Mungkin proses bersalin secara induce bukanlah apa yang anda jangkakan. Tetapi tiada salahnya untuk anda bersikap terbuka dan menerimanya. Ini kerana perkara yang paling penting adalah keadaan diri anda dan bayi selamat dilahirkan. Dalam kebanyakan kes, prosedur bersalin secara paksa ini berjaya membawa kepada kelahiran normal.

Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apakah Penyebab Anda Tidak Patut Menyusukan Anak Dengan Susu Badan?

Umum mengetahui bahawa menyusukan anak dengan susu badan mempunyai pelbagai manfaatnya yang tersendiri. Namun begitu, ada sesetengah wanita yang tidak disarankan untuk melakukannya atas dasar kesihatan atau kondisi yang lain. Artikel ini akan mengupas lebih lanjut mengenai beberapa penyebab utama anda tidak patut menyusukan anak dengan susu badan.

Anda sedang mengambil ubat-ubatan yang tertentu
Terdapat ubat-ubatan tertentu yang berbahaya kepada anak anda di mana mereka akan mendapatkan mudaratnya melalui penyusuan susu badan. Antara ubat-ubatan tersebut adalah:
- Ubat HIV/AIDS
- Ubat perancangan keluarga yang mengandungi estrogen
- Ubat kemoterapi
- Ubat yang disalahgunakan
- Ubat migrain
- Ubat penenang
- Ubat tidur
Jika anda sedang mengambil ubat-ubatan tersebut, anda disarankan untuk berhenti menyusukan anak dengan susu badan. Selain itu, ibu yang sedang melakukan radioterapi juga disarankan untuk tidak melakukannya kerana ia akan mendatangkan mudarat kepada bayi.
Anda sedang menderita penyakit yang tertentu
Pelbagai jenis penyakit mampu merebak melalui penyusuan susu badan, antaranya:
- Infeksi Human Immunodeficiency Virus (HIV)
- Infeksi Human T-cell Lymphotropic Virus (jenis 1 dan jenis 2)
- Tuberkulosis (TB) yang tidak dirawat
Jika anda dijangkiti flu, anda juga patut berhenti menyusukan anak dengan susu badan dan kuarantinkan diri anda sendiri kerana anak anda yang masih bayi sangat mudah terjangkiti. Oleh itu, sentiasa pastikan tiada individu berpenyakit berada dekat dengan anak anda.
Kondisi kesihatan yang lain
Ibu yang menghidapi kondisi kesihatan yang kronik tidak dinasihatkan untuk menyusukan anak dengan susu badan. Jika anda masih mahu melakukannya, langkah berjaga-jaga yang ekstra perlu diambil untuk menjamin kesihatan anda dan juga bayi.
- Ibu yang menghidap diabetes perlu makan dalam kuantiti yang banyak agar tahap gula dalam badan mereka tidak jatuh mendadak.
- Ibu yang kurang berat badan terutamanya yang mengalami kondisi tiroid atau perut perlu tingkatkan pengambilan kalori untuk menjamin kesihatan mereka sendiri.
- Ibu yang pernah melakukan pembedahan payudara akan mengalami kesukaran untuk menyusukan anak dengan susu badan.
- Ibu yang mempunyai sejarah pengambilan bahan berbahaya seperti dadah tidak disarankan untuk menyusukan anak dengan susu badan.
Bayi yang mengalami masalah galactosemia iaitu keadaan badan bayi tidak dapat memproses galactose gula juga tidak disarankan untuk menyusu badan. Ini kerana galactose tersebut berisiko untuk terkumpul lalu meracuni bayi. Akibatnya, bayi ini akan mengalami gangguan hati serta kelainan upaya untuk belajar dan membesar.
Setiap individu mempunyai situasi yang berbeza. Oleh itu, panduan ini hanyalah sekadar pedoman dan bantuan pakar perubatan adalah jaminan yang terbaik buat anda dan bayi. Rawat kondisi kesihatan anda terlebih dahulu sekiranya ada sebelum memutuskan untuk menyusukan anak dengan susu badan.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Step Bancuh Susu, Tuang Air Masak, Kemudian Air Panas. Baru Anak Dapat Khasiatnya!

Susu ibu diakui makanan terbaik untuk anak kecil, namun tidak semua ibu mampu atau berpeluang untuk menyusukan anak atas sebab-sebab tersendiri.
Disebabkan itu ada yang menggantikan dengan susu formula untuk memastikan si manja dapat khasiat secukupnya untuk membesar dengan sihat.
Tetapi dalam membancuh susu formula si bayi, ramai ibu bapa melakukan perkara salah sehingga menyebabkan zat dan nutrisinya susu berkenaan hilang di mana mereka akan mula membancuh susu dengan air panas dahulu.

Bagaimana anda membancuh susu formula?
Selalunya cara di bawah ini kan..
1) Masukkan susu formula yang disukat dalam botol.
2) Tuang air panas.
3) Selebihnya tuang air masak yang sejuk.
4) Goncang sehingga sebati
5) Rasa suhu sebelum diberi minum.

Sebenarnya langkah-langkah di atas adalah salah!
Kenapa?
✔️✔️ Ini kerana air panas dengan suhu lebih 70 darjah Celsius jika dicampur dengan susu formula akan mematikan nutrisi-nutrisi yang ada dalam susu tersebut.
✔️✔️ Malah air yang terlampau panas juga akan bertindak balas dengan botol susu jika botol bukan bebas BPA yang mana pengewapan yang berlaku mungkin akan membebaskan bahan kimia (material botol susu) itu.
✔️✔️ Adalah sangat merugikan jika anak yang diberi minum susu formula apatah lagi yang mahal tapi tidak mendapat apa-apa khasiat. Oleh itu ada baiknya kita membaca dahulu langkah-langkah penyediaan susu formula seperti yang terdapat pada label kemasan agar nutrisi-nutrisi dapat diserap dengan elok.

Oleh itu di sini kami titipkan langkah-langkah yang betul untuk penyediaan susu si manja iaitu:-
1) Tuangkan dahulu air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu anak.
2) Kemudian tuangkan sedikit demi sedikit air panas sehingga air dalam keadaan suhu suam. Contoh sukatan: 4oz air masak, 1oz air panas untuk susu 5oz.

3) Tambah susu formula mengikut sukatan yang telah diberikan pada tin dengan menggunakan sudu yang dibekalkan.
4) Tutup botol dan goncangkan sehingga larut dan sebati.
5) Uji suhu dengan menuang botol dan biarkan sedikit susu jatuh ke atas pergelangan tangan anda di sebelah dalam. Ia seharusnya terasa suam, bukan panas.
Kredit : Klinik Dr Asmah
Untuk dapatkan info lanjut mengenai e-WORKSHOP ini, klik http://www.wasap.my/60139974978/EworkShopPAMATINISPA

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


