Ibu bapa mana yang tidak risau bila mana anaknya lambat bercakap malah tidak langsung mengeluarkan ayat bermakna. Bagi penyanyi, Tasha Manshahar kerisauannya akhirnya berbaloi bila mana anak sulungnya, Muammar kini lancar berkata-kata.
Menurut kata Tasha, di ketika usianya satu tahun lebih, anak sulungnya itu langsung tidak mengeluarkan patah perkataan dan ini amat merisaukannya dan suaminya, Raqib Majib.
Menerusi Instagramnya, Tasha berkongsi kisahnya.
“There was one time I sangat risau sebab Muammar belum sebut apa-apa perkataan. Kalau ikut guideline, Muammar kira lambat jugak bercakap.
“Pernah masa pergi check up 1y6m, doktor tanya perkataan apa je dia dah sebut. I kata, “takde”. Sebab memang takde.
“Dia buat bunyi, tapi takde perkataan bermakna. Apa maksud perkataan bermakna? Contoh anak sebut “mama” dan mama tu memang dia tujukan untuk ibu dia.
“Bukan semua benda mamamamamama. Tu tak dikira perkataan bermakna. Contoh lain, susu. Contoh dia sebut “shu” walaupun pelat, tapi dia sebut bila dia nak susu.
“Dan kita faham perkataan “shu” tu dia maksudkan susu. Tu dikira perkataan bermakna. Faham kan? Generally, 1y6m anak dah mula sebut beberapa perkataan bermakna. Tapi Muammar langsung takde masa tu,”katanya berkongsi.
Malah menurut kata Tasha lagi, di ketika itu dia benar-benar risau malah pernah terfikir untuk merujuk kepada ahli terapi. Pun begitu hatinya kuat untuk terus memberi masa buat anak kecilnya itu menunjukkan perkembangan dirinya bila sampai masanya nanti.
“Lagi pulak doktor tanya if kitorang nak dia buatkan referral letter ke therapist. As first time mom, tipulah kalau tak risau. Tapi at the same time, tak adil untuk Muammar kalau I in denial.
“For me, if kita betul sayang anak kita, kita patut bagi peluang untuk dia dapatkan bantuan kalau dia memang perlukan. Itu hak dia.
“So I discuss dengan Raqib, then we decided untuk bagi masa sampai dia 2 tahun. Jadi dalam tempoh ni kitorang try macam-macam (I share dalam comment section),”kongsinya.
Namun kata Tasha dia amat lega bila mana akhirnya pada usia dua tahun anaknya mula menampakkan perkembangan positif dan kini semakin lancar berkata-kata. Malah kata Tasha, Muaamar kini sudah boleh menggabungkan dua hingga tiga patah perkataan yang cukup membuatkan dirinya begitu berbangga dengan pencapaian anaknya itu.
“Alhamdulillah, masa umur 2 tahun dah mula ada perkataan bermakna. Kitorang continue lagi usaha, and seingat I masa dia nak masuk 2y6m, dia dah boleh gabung 2 – 3 perkataan. Lambat sikit kan?
“Tapi ada progress Alhamdulillah. Ni dah nak masuk 3 tahun Jun 2022, masyaAllah tabarakAllah, dah boleh buat ayat lengkap, dah boleh buat kawan borak, dah pandai nyanyi.
“Ahamdulillah what makes me feel like sharing this is because yesterday I belikan dia nugget, sambil buka box nugget tu dia cakap,
“Asheh mami beyi naget” (terima kasih mommy beli nugget)
And this morning before Raqib left to work, Muammar tgh main toys baru dia, tiba-tiba dia cakap,
“Asheh dedi beyi ball” (terima kasih dedi beli ball).
“Banyak ayat lain dia dah cakap tapi ayat atas ni sangat random terus I teringat masa I risau dia lambat cakap dulu.
“Setiap anak progress dia berbeza-beza. Don’t compare. Tapi as parents, do our best to help them, appreciate them sebab sesungguhnya anak-anak ni lah yang ajarkan kita banyak perkara ♥️ Semoga anak-anak kita sentiasa dalam lindungan Allah,”kongsinya lagi.
Semoga Muaamar terus sihat membesar dan menunjukkan potensi dirinya bersama adiknya.
Menarik: Muka Ni Tahan Ja Tak Mau Garu, Dekat Nak Bersalin, MUA Bellaz Alami Alahan Teruk
Hanya RM20, ada banyak hadiah istimewa. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/belajar-sampai-terror/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI