Video anak pasangan selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae yang sudah pandai menunjukkan minat untuk bersolat menyentuh hati orang ramai.
Tambah mengharukan bila mana aksi Maryam yang begitu terharu dengan Rina yang pandai menyebut ‘allahuakhbar’ dan menunjukkan aksi untuk bersolat.
Video yang dikongsikan di Instagram dan Tiktok itu meraih perhatian ramai malah memuji didikan Ryzal buat isteri dan anaknya.
“Belum 2 tahun lagi dah pandai nak solat ya,” tulisnya menerusi kapsyen.
Ads
Menerusi video yang dikongsikan, Rina yang memakai songkok bapanya terus menyebut ‘allahuakhbar’ sambil mengangkat kedua tangannya untuk bertakbir.
Bukan hanya sekali, bahkan Rina turut menyebutnya berkali-kali sehingga membuatkan Maryam terus terharu.
Ads
Aksi comel Rina itu sudah semestinya mendapat pujian ramai malah turut memuji cara didikan Ryzal buat Maryam dan anaknya.
Anak lelaki atau perempuan biasakan mereka melakukan kerja-kerja di rumah. Buang tanggapan dan jangan anggap kerja rumah hanya anak perempuan saja yang bertanggungjawab. Sebenarnya satu bonus buat ibu ayah jika mempunyai anak cemerlang dalam pelajaran dan ringan tulang membantu buat kerja rumah.
Percayalah didikan dan suasana positif di rumah itu akan membuahkan hasil yang baik pada anak-anak dan mereka lebih memahami erti hidup sehinggalah dewasa kelak.
Seperti anak lelaki kepada pasangan Siti Fauziah Masnan, 35, dan Haniffa Jhonasrol, 36, mampu melakukan kerja-kerja rumah termasuk memasak walaupun masih bersekolah rendah.
Menurusi video yang dikongsikan, anak sulungnya Hafiy Altamis Haniffa, 11, bukan hanya tidak kekok menjaga adik yang baru berusia 44 hari, malah dia turut menguruskan segala keperluan Fauziah termasuk memasak hidangan berpantang.
Kebolehannya itu meraih lebih 2.7 juta tontonan dan menerima hampir 100,000 tanda suka.
Ajar berdikari sejak usia 5 tahun
Bercerita tentang anaknya itu, ujar Fauziah, dia terpaksa mengajar anak-anaknya berdikari sejak dari usia lima tahun.
“Saya cakap kat mereka kenapa saya ajar buat kerja rumah dan sebagainya sebab saya nak mereka belajar hidup berdikari.
“Sebab kami tak tahu apa yang akan berlaku kepada kami berdua akan datang, takut tak sempat tengok mereka membesar jadi perlu berdikari. Ke mana pun dia pergi, dia boleh jaga adik-adik… itu matlamat saya.
“Tapi saya didik mereka sangat tegas dan saya juga sangat garang. Anak-anak memang takut dengan saya.
“Hafiy ni saya panggil abang… dari umur dia tujuh tahun saya dah ajar masak nasi dan goreng telur dadar.
“Umur lapan tahun saya dah ajar dia masak nasi goreng. Sekarang dia dah master bab masak, kalau saya sibuk dia yang akan masak untuk adik-adik,” ujar ibu kepada lima cahaya mata itu.
Anak-anak banyak bantu masa berpantang
Dia yang juga ahli perniagaan memberitahu, sepanjang tempoh berpantang bulan lepas, anak sulungnya yang paling banyak membantu di samping anak keduanya yang berusia lapan tahun.
“Saya bersalin czer… pergerakan terbatas dan berpantang sendiri di rumah, suami yang jaga. Minggu pertama mak mertua datang, dalam masa sama suami dah mula sibuk kerja.
“Jadi masa cuti sekolah sekejap tu, ayah dia pesan dekat anak-anak untuk jangan bagi mommy stress dan sama-sama kemas rumah.
“Bila ayah dia masak, mereka akan tolong sediakan bahan dan memasak. Sebab seawal usia lima tahun memang saya dah ajar anak-anak buat kerja rumah, jadi mereka tak kekok,” jelasnya.
Matang dari usia
Menurutnya lagi, minggu kedua berpantang, dia dan bayi baru lahir diuruskan sepenuhnya oleh Hafiy dan anak keduanya.
“Masa berpantang dah masuk minggu kedua tu, suami dah start sibuk… saya tinggal dengan anak-anak dekat rumah jadi Hafiy yang masak sepenuhnya.
“Saya minta anak bujang saya masak yang simple macam ayam kukus halia. Ni mudah sebab dia boleh tinggal je masa kukus. Kadang-kadang dia masak sup ayam.
“Hafiy akan dibantu oleh adik perempuan dia sebab adik dia pun dah diajar masak nasi sejak umur tujuh tahun.
“Bila dia tengok abang dia masak, jadi dia pun nak buat. Masa saya dalam pantang ni, adik dia akan basuh dan sidai baju.
“Abang pula akan masak dan kemas rumah, memang saya dah ajar mereka bahagi-bahagi tugas,” katanya sambil memuji sikap Hafiy yang ringan tulang dan tidak pernah merungut letih.
Bercerita lanjut, kata anak kelahiran Selayang itu, dia bertegas dengan anak-anaknya kerana anak ketiganya adalah anak istimewa yang menghidap william sindrom.
“Masa tu saya tak mampu nak ada pembantu rumah jadi saya ajar anak-anak saya yang sulung dan kedua tu buat kerja rumah supaya kalau berlaku apa-apa dekat saya dan suami, mereka boleh jaga adik-adik terutama yang istimewa ni.
“Sejak itu saya ajar mereka buat kerja rumah sebab anak istimewa saya,” katanya yang sentiasa menitik beratkan soal keselamatan dan kebajikan anaknya.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Shera Aiyob, pengacara Pa&Ma TV musim ketiga berkongsi cerita di isntagramnya apabila anak beliau, Nadi Anaqi sendiri yang meminta untuk tidur berasingan. Beliau turut berkongsi, sebelum ini sudah mencuba untuk meletakkan tempat tidur anaknya secara berasingan, tapi Anaqi sendiri yang menolak.
Beliau yang mendirikan rumahtangga bersama Zahiril Adzim, pelakon dan juga mengacara bersamanya dalam Pa&Ma musim ketiga di Astro Prima & Maya HD, setiap selasa dikurniakan seorang anak lelaki, Nadi Anaqi (6 tahun lebih).
Hari ini dalam sejarah (hidup kami).
Anak Mommy minta tidur katil sendiri. Macam mimpi. Selalu kita suruh bukan main taknak lagi. Tapi katil je sendiri, bilik tetap sekali. Heh.
Biarlah.
Pelan-pelan.
Percubaan mengasingkan ni dari awal lagi dah dibuat tapi tak menjadi. Nak paksa tak sampai hati. Biarlah kami sempit berhimpit janji happy.
Dan sekarang bila dia minta sendiri, Mommy pula emosi. Apahal??
Ramai yang mengalami situasi yang sama, bila nak asingkan anak terasa emosi. Ada juga Netizen berpendapat, mungkin itu ruang untu Shera dan Zahiril memberikan Anaqi adik baru memandangkan Anaqi hampir memasuk umur 7 tahun.
Anak sumber kekuatan seorang wanita. Atas alasan ini sahaja, seorang wanita yang bergelar ibu itu mampu ketepikan apa yang hati dia nak, apa yang perasaan dia rasa dan apa yang diri dia perlukan.
Dia sedih tak apa, janji anak-anak gembira. Dia menangis tak apa, janji anak-anak ketawa. Bila fikir soal anak je, letak bab anak je, terus dah tak fikir dah soal lain dan bab lain. Ini keutamaan, ini yang perlu didahulukan, ini yang lebih penting daripada perkara-perkara lain.
Seorang ibu itu boleh berlakon, berpura-pura dan jadi macam-macam depan anak asalkan anak tu tak terkesan dan tak tahu akan apa yang dilaluinya.
Dia lebih sanggup untuk berjuang memberikan kebahagiaan kepada anak daripada kebahagiaan dirinya. Dia lebih sanggup untuk bertungkus lumus memberikan kesenangan kepada anak daripada kesenangan dirinya.
Meskipun dia sendiri yang terkorban dalam mencapai tujuannya. Menderita mana pun hidup dia, sesukar mana pun hidup dia, dia perlu terus kekal berdiri untuk anak-anaknya.
Dia tak boleh lemah, dia juga tak boleh rebah. Anak-anak perlukan dia. Hanya dengan melihat senyuman dan mendengar gelak tawa anak-anak sahaja dah cukup untuk “membalas” apa yang dia telah buat untuk mereka.
Di situlah munculnya kekuatan luar biasa seorang wanita yang bergelar ibu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kerjasama strategik antara RichWorks dan Astro bukan sekadar kolaborasi biasa lantaran bakal membuka lebih banyak peluang, akses kepada ilmu, inspirasi, dan bimbingan yang selama ini mungkin sukar dicapai.