Masalah bengkak susu di awal kelahiran sememangnya satu pengalaman yang cukup memeritkan. Ditambah pula dengan tiada pengalaman, masalah bengkak susu menjadi igauan ngeri bagi ibu yang baru bersalin.
Penyanyi, Wany Hasrita yang kini sedang berpantang selepas melahirkan anak sulungnya pada 8 Julai mengakui turut berdepan hal yang sama di hari ketiga kelahiran bayinya.
Menerusi Insta Storynya, Wany Hasrita berkongsi pengalaman itu ketika menjawab pelbagai pertanyaan pengikutnya di Instagram.
“Semualah kita mesej tanya nak kena buat apa. Sebenarnya try banyak benda, buat cold compression la, urut la, direct breastfeed la malam tu, semua tak jalan,” kongsi Wany menjawab pertanyaan peminatnya.
Selepas semuanya tidak berhasil, Wany lantas mendapatkan nasihat kenalan terdekatnya yang membantu melakukan teknik perahan tangan atau marmet. Barulah masalahnya kembali reda.
Ads
“Esok pagi kak @hayattmarni datang memang kena marmet juga picit keluarkan. Lepas tu baru lega.
“Ada yang cakap kalau bengkak kena pump keluarkan susu, ada yang cakap jangan pump haha entahlah.
“Kalau saya, marmet adalah jalan yang paling sesuai,” kongsinya lagi.
Ads
Terdahulu, Wany Hasrita selamat menimang cahaya mata sulungnya pada 8 Julai lalu. Anak perempuan kesayangan Wany dan suami itu diberikan nama, Aisyah Al-Iman.
Biasanya ramai ibu-ibu bila dah ada anak, bab kesihatan tak berapa dititikberatkan. Maklumlah dari celik mata sampai nak tidur, kerja rumah tak pernah habis. Tambah pula nak bagi perhatian pada anak-anak kecil lagi. Itu belum dikira ibu bekerja yang keluar rumah pagi-pagi, sampai rumah dah lewat petang.
Sebab itu orang kata pengorbanan ibu tak boleh digantikan dengan hadiah. Ibu sanggup buat apa saja asalkan orang yang dia sayang mendapat perhatian. Sehingga bab kesihatan diri, ibu buat acuh tak acuh.
Seperti kisah seorang ibu Ina Usor, di Group Kami Suri Rumah, beliau berkongsi pengalamannya yang bagaikan mati hidup semula selepas koma akibat mengalami sakit kepala teruk.
Sakit kepala teruk, pengsan dan muntah
Menurut Puan Ina, ibu kepada tujuh cahaya mata, sebelum ini hanya ingatkan sakit kepala biasa sahaja namun tak sangka ia hampir meragut nyawa dan anak-anak mungkin kehilangan seorang ibu.
Kejadian sebelum bulan Ramadan. Subhanallah bagai mati hidup semula. Allah bagi peluang kehidupan kedua. Koma seminggu, duduk dalam ICU 3 minggu. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Jangan main-main kalau anda mengalami sakit kepala yang teruk. Sebenarnya saya pun tak tahu ada penyakit brain aneurysm. Itu pun bila sakit kepala yang teruk, tiba-tiba pengsan dan muntah.
Maknanya pembuluh darah dalam kepala dah pecah. Alhamdullilah, pada Ramadan ke-2 dah dapat kembali bersama keluarga. Masa di ICU, selalu mohon agar dapat bersama anak-anak dan suami di bulan Ramadan. Akhirnya Allah makbulkan juga.
Bayi 7 bulan tak kenal wajah ibu
Cuma yang sedihnya apabila keluar dari hospital anak yang berusia 7 bulan tak kenal wajah saya. Menangis dia tengok saya. Mungkin kerana dengan rambut botak, mata sebelah kanan masih bengkak.
Syukur alhamudlillah, sekarang bila dah mula pulih, si kecil dah mau ikut saya. Doakan semoga saya sembuh seperti sediakala ya semua. Bila anak-anak selalu cakap nak ibu cantik dan boleh berjalan macam dulu-dulu, hati rasa sayu sangat.
Moga Allah terus beri keajaiban dan mengurniakan kesihatan berpanjangan untuk melihat anak membesar di depan mata. InsyaAllah!
Selalu sangat anak-anak cirit birit, malah kali ini lebih kerap. Selain pemakanan yang tidak serasi, salah satu punca yang mak ayah perlu tahu adalah cara kita mencuci perkakasan di rumah termasuklah botol susu dan sebagainya.
Punca utama pastinya wujud kuman dan bakteria yang berada di span pencuci pinggan di rumah. Sebaiknya gunakanlah span khas untuk kesemua peralatan anak ini. Malah paling utama, jaga dan bersihkanlah span ini sentiasa agar kuman-kuman yang terdapat padanya dapat dikurangkan.
Perkongsian Public Health Malaysia ini mak ayah perlu ketahui untuk mengelakkan masalah cirit birit disebabkan jangkitan kuman pada span.
Anda gunakan span untuk bersihkan pinggan, mangkuk, cawan, botol susu baby, periuk, sudu garfu, dan bermacam-macam lagi perkakas dapur.
Tahukah anda? Pelbagai jenis kuman bakteria, Acinetobacter, Moraxella, Chryseobacterium, dan kulat melekat di span dapur rumah anda.
Anda mungkin berpendapat, sabun pinggan anda boleh bunuh kuman-kuman tersebut. Namun kajian-kajian telah menunjukkan kuman masih wujud walaupun ianya direndam dalam sabun pinggan dan boleh jadi lebih kotor berbanding keadaan di dalam tandas anda.
Span adalah SYURGA bagi kuman. Anda dan keluarga anda juga berisiko untuk mendapat cirit birit jika tidak bernasib baik.
Tahukah anda, span di rumah anda perlu ditukar setiap tiga minggu sekali?
Jom ikuti tips membersihkan span di bawah:
✅ Rebus 5 minit atau,
✅ Microwave. Letak dalam air + bleach selama 2 minit atau,
✅ Beli span baru. 3 minggu sekali wajib tukar. Lebih afdal, seminggu sekali tukar atau bila dah berbau busuk, mana-mana lebih awal.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika anak mengadu penglihatan kabur sewaktu menonton televisyen, anda boleh melakukan ujian mata sendiri di rumah.
Bagaimana caranya? Ketahuinya dalam perkongsian artikel ini.
Anak mengadu penglihatan kabur?
Sekiranya si kecil mengadu mereka tidak dapat melihat dengan jelas atau penglihatan kabur sewaktu membaca buku, anda sebenarnya boleh melakukan beberapa ujian mata asas di rumah.
Eh, biar betul boleh dibuat di rumah?
Ya, tiada masalah untuk melakukan ujian penglihatan di rumah.
Cuma perlu diingatkan bahawa ujian mata tersebut bukanlah pengganti pemeriksaan perubatan mata lengkap oleh pakar oftalmologi.
Ini kerana menguji kadar penglihatan di rumah tidak akan setepat ujian yang dilakukan oleh pakar mata.
Pun begitu, ujian di rumah dapat membantu mengetahui masalah mata yang memerlukan perhatian pakar.
Banyak masalah berkaitan mata boleh dirawat dan dipulihkan jika dikesan dan diubati pada peringkat awal. Sebab itu, pemeriksaan mata secara perubatan adalah penting untuk dilakukan, okay?
Persiapan untuk ujian mata anak di rumah
Ini bermakna, kalau anda mahu, pemeriksaan mata boleh dilakukan di rumah. Tetapi sudah tentu terdapat persediaan yang perlu anda lakukan terlebih dahulu.
Barang yang diperlukan untuk ujian penglihatan:
-Sesuatu untuk menutup mata, seperti cawan kertas atau tisu muka
-Pita pelekat atau pin untuk menggantungkan carta ujian di dinding
-Pen atau pensil untuk mencatatkan hasil ujian
-Pita ukuran atau pembaris
-Lampu suluh
-Bilik berlampu dengan kepanjangan sekurang-kurangnya 10 kaki
Carta ujian yang betul (anda boleh memuat turun carta daripada laman web tertentu)
ujian mata di rumah
Menyediakan tempat ujian penglihatan
Semasa memuat turun carta untuk dicetak, pastikan carta yang dipilih adalah untuk kanak-kanak
Untuk mencetak, pastikan huruf terbesar pada bahagian atas carta dengan saiz ketinggian lebih kurang 1 inci (23 milimeter)
Ukur jarak 10 kaki daripada dinding tanpa tingkap dan letakkan kerusi pada jarak ini
Lekatkan atau pinkan carta pada dinding kosong, separas dengan mata anak semasa mereka duduk di atas kerusi
Melakukan ujian mata anak
Umumnya, ujian penglihatan yang dilakukan ini sesuai untuk anak berusia 3 tahun dan ke atas kerana mereka sudah boleh memahami arahan yang diberikan.
Pada permulaannya, jelaskan kepada anak bahawa kalian akan bermain ‘permainan menunjuk’ (pointing game). Dengan menggunakan kad latihan huruf E, ajar anak untuk fokus pada huruf E yang ditunjukkan.
Gerakan kad tersebut kepada 4 arah berbeza, iaitu atas, bawah, kanan dan kiri.
Jarak kad latihan yang dipegang boleh berada sedekat yang dimahukan anak sehingga mereka dapat menunjukkan keempat arah tanpa bantuan.
Kemudian persiapkan anak untuk menjalani ujian mata dengan cara di bawah:
Dudukkan anak di atas kerusi yang diletakkan pada jarak 10 kaki daripada dinding yang ditampal dengan carta
Tutupkan sebelah mata anak dengan penutup tanpa memberikan tekanan. Anda mungkin memerlukan bantuan individu lain untuk membantu memegang penutup mata pada anak
Sekiranya anak memakai cermin mata, biarkan mereka memakainya semasa ujian
Jika carta kelihatan terlalu gelap untuk dilihat dengan jelas, gunakan lampu suluh untuk menerangi huruf ketika penglihatan berlangsung
Halakan lampu suluh pada setiap huruf bermula dengan huruf terbesar. Minta anak sebutkan huruf yang ditunjukkan itu
Catatkan bilangan garis terkecil huruf yang dapat dibaca dan dilihat oleh anak dengan betul
Ulang ujian mata ini pada mata sebelah lagi untuk mengenal pasti masalah penglihatan kabur anak
Seandainya anak letih, mungkin ujian ini boleh dilakukan pada masa yang lain
Ujian kepada anak yang lebih besar
Minta anak yang akan diuji untuk duduk di atas kerusi yang jaraknya 10 kaki dari carta.
Pastikan carta selaras dengan matanya
Pastikan anak menutup sebelah mata tanpa memberikan tekanan. Sekiranya mereka menggunakan cermin mata untuk penglihatan jarak jauh, ia harus dipakai semasa ujian mata
Halakan lampu suluh pada setiap baris carta, sementara anak yang diuji membaca huruf dengan kuat. Terus ke baris bawah atau sehingga hurufnya terlalu sukar untuk dilihat oleh anak
Tuliskan bilangan garis terkecil yang dilihat dan dibaca dengan betul
Sekarang ulangi ujian dengan mata sebelah yang ditutup dan catat hasilnya
Memahami hasil keputusan
Menurut American Academy of Ophthalmology, makna kepada hasil keputusan ujian akan berbeza-beza mengikut usia anak anda.
-Kanak-kanak di bawah umur 3 tahun harus dapat melihat garis carta 20/40
-Kanak-kanak berumur 3 dan 4 tahun harus melihat garis 20/30
-Kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas seharusnya dapat membaca baris 20/20 carta
masalah mata
Anda boleh mengetahui baris mana yang dapat dibaca oleh anak anda menggunakan label di sisi carta ujian.
Sekiranya anda mendapati bahawa keputusan anak anda tidak normal untuk usianya, buat janji temu dengan doktor mata pediatrik, atau pakar oftalmologi.
Menguji mata anak anda di rumah adalah cara yang baik untuk mengukur penglihatannya, tetapi ia tidak boleh menggantikan pemeriksaan oleh pakar oftalmologi.
Pakar oftalmologi pediatrik bukan sahaja akan menguji penglihatan anak anda, tetapi juga kesihatan mata si kecil.
Ini terutamanya jika mereka mengadu penglihatan kabur ketika belajar atau menonton televisyen.
Kredit: Hello Health
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.