“Masyallah Menggelupur Kejap” Hari Ke-3 Kena Bengkak Susu, Wany Hasrita Kongsi Cerita!

Share

Masalah bengkak susu di awal kelahiran sememangnya satu pengalaman yang cukup memeritkan. Ditambah pula dengan tiada pengalaman, masalah bengkak susu menjadi igauan ngeri bagi ibu yang baru bersalin.

Penyanyi, Wany Hasrita yang kini sedang berpantang selepas melahirkan anak sulungnya pada 8 Julai mengakui turut berdepan hal yang sama di hari ketiga kelahiran bayinya.

Menerusi Insta Storynya, Wany Hasrita berkongsi pengalaman itu ketika menjawab pelbagai pertanyaan pengikutnya di Instagram.

“Hari ke-3 saya kena bengkak susu. Masyallah menggelupur kejap. Hahaha.

“Semualah kita mesej tanya nak kena buat apa. Sebenarnya try banyak benda, buat cold compression la, urut la, direct breastfeed la malam tu, semua tak jalan,” kongsi Wany menjawab pertanyaan peminatnya.

Selepas semuanya tidak berhasil, Wany lantas mendapatkan nasihat kenalan terdekatnya yang membantu melakukan teknik perahan tangan atau marmet. Barulah masalahnya kembali reda.

“Esok pagi kak @hayattmarni datang memang kena marmet juga picit keluarkan. Lepas tu baru lega.

“Ada yang cakap kalau bengkak kena pump keluarkan susu, ada yang cakap jangan pump haha entahlah.

“Kalau saya, marmet adalah jalan yang paling sesuai,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Wany Hasrita selamat menimang cahaya mata sulungnya pada 8 Julai lalu. Anak perempuan kesayangan Wany dan suami itu diberikan nama, Aisyah Al-Iman.

Menarik:  Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!

Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM