Mat Dan Junior! Itu nama timangan yang diberikan peminat kepada anak lelaki personaliti televisyen dan pengacara rancangan Haramain Backpackers, Mat Dan.
Berkongsi kegembiraannya setelah pertama kali bergelar bapa, menerusi instagram dia telah berkongsikan dengan peminat, isterinya telah selamat menimang anak lelaki sulung pada 5 Mei lalu.
Mat Dan atau nama Islamnya, Kareef Daniel Abdullah juga telah memuat naik foto bayi dengan kapsyen yang cukup mengambarkan dia sangat bersyukur dengan kehadiran permata sulungnya..
“Alhamdulillah, pada 5 Mei lalu, jam 6.43 petang, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami.
Ads
“Kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan sihat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga,” tulis Mat Dan diruangan kapsyen.
Malah diruangan komennya juga, semua peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik untuk baby boy Mat Dan supaya membesar menjadi anak yang soleh dan sihat.
Ads
Ads
Paling lucu ada juga yang memuji anak Mat Dan dengan menggelarkan ‘Anak Smart Macam Abah’.
Sebelum ini, Mat Dan dan isterinya, Nadifa Adnan diijabkabulkan pada 12 Mac tahun lalu di Bukit Chendering, Kuala Terengganu.
Sumber: instagram Mat Dan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mula kenali orang sekeliling dan sudah pandai merajuk, itulah perkembangan si kecil Jebat Jayden Ahmad, membuatkan si ibu mula rindu keletahnya semasa kecil dulu.
Anak sulung kepada Noor Nabila & pelakon Sharnaz Ahmad dan merupakan anak saudara kepada Neelofa ini bakal mencecah 8 bulan 30 April ini.
Nabila memuatnaik foto Jebat semasa bayi turut menyatakan kerinduan ketika anaknya itu masih bayi & betapa cepatnya masa berlalu. Jebaat juga dikatakan mula mengenali orang , sudah pandai menunjukkan emosi merajuk serta menegur orang disekeliling.
Para peminat turut mengakui perasaan ibu ini yang rindukan anak sewaktu kecilnya. Malah ibu saudaranya, Atisha meminta Jebat tidak terlalu cepat membesar, kerana mahu melihat Jebat membesar.
Ibu bapa sekarang ramai yang semakin prihatin dan ‘advance’ dalam bab hendak merangsang anak masing-masing supaya cepat pandai. Tetapi perlu diingat ia bukan satu perlumbaan untuk membandingkan anak siapa paling pandai dan cepat belajar kerana setiap anak mempunyai tahap pencapaian yang berbeza antara satu sama lain.
Selain dari itu, papa mama juga perlu tahu apa cara rangsangan yang betul perlu dibuat mengikut usia anak. Tak semestinya kena terus ajar bayi kenal huruf ABC seawal usianya. Sebaiknya papa dan mama dahulu yang kena belajar cara betul merangsang bayi mengikut garis panduan mereka yang pakar dalam bidang perkembangan kanak-kanak.
Perkongsian Puan Ruby Atika, Ahli Terapis Pertuturan Bahasa yang berpengalaman luas dalam bidang linguistik, psikologi, perkembangan bahasa dan neuropsycholinguistik untuk bayi dan kanak-kanak patut dijadikan sebagai garis panduan berguna dalam membesarkan si manja anda.
Lagi sebulan saja lagi anak saya, Muhammad Amru Iyyadh genap 12 bulan. Kini dia 11 bulan.
Anda boleh biarkan anak membesar secara fitrahnya kanak-kanak sihat yang lain. Sememangnya kanak-kanak belajar secara spontan berdasarkan rangsangan persekitarannya.
Saya pula, selalu ajar anak orang. Takkan saya tak ajar anak sendiri pula kan?
Maka saya nak share sikit apa yang selalu saya buat dengan baby 11 bulan yang bulat ni.
1) Saya ajar tiru isyarat mudah seperti tepuk tangan, bye bye, cekur udang gamit, habis, aum cak.
2) Saya galakkan tumpuan bersama dan interaksi dua hala.
Contoh: Saya ikut suara dia. Bila dia sebut “nanana” saya pun sebut “nanana”.
Contoh: Saya pejam celik mata, pandang dia dan tunggu. Bila dia pula pejam celik, saya puji dan seterusnya giliran saya pula pejam celik.
3) Saya ajar dia tunjuk dengan jari telunjuk. Tunjuk apa saja. “Tu….bulan.” Kemudian dia tiru tunjuk apa yang saya tunjuk. Sebelum ni jika saya tunjuk, dia melihat jari saya. Bukan pada benda yang saya maksudkan. Sekarang dia dah faham.
4) Saya ajar dia kenal anggota badan. Tapi sekali ajar hanya sebut 1 bahagian saja. Contohnya kalau hari ni ajar “hidung”, maka semuanya cerita pasal hidung. Dia juga kena tunjuk dengan jari telunjuk ke arah hidung abangnya atau hidung saya.
5) Saya ajar main benda ikut fungsi seperti telefon di telinga, cawan untuk minum, sudu untuk suap makan, bola untuk baling, kereta untuk tolak dan sebagainya.
6) Saya sebut segala apa yang saya buat, “Ummi buka pintu, ummi pakai kasut, Iyyadh ikut ummi, jom!”.
7) Saya sebut segala apa yang dia sedang lihat, pegang dan lakukan.
8) Disebabkan dia dah boleh berjalan, saya ajar dia cari abang-abang dia yang menyorok. Tapi kalau saya yang menyorok, dia masih menangis ingat saya nak tinggalkan dia….
9) Saya letak benda dalam plastik, kotak tisu lama atau balang kuih, dan biar dia sibuk fikir nak keluarkan benda tu.
Banyak lagi sebenarnya. Ni yang saya terfikir buat masa ni. Saya yakin anda juga ada mengajar anak anda dengan cara masing-masing.
Saya tak ajar ABC 123 hinggalah anak saya cecah usia 4 tahun.
Saya juga tak ajar anak tengok tv walaupun program pendidikan.
Saya tak beli mainan mahal untuk anak saya. Mainan mahal saya belikan untuk kelas terapi saya saja.
Jika anak anda telah berusia 2 tahun dan masih tidak bercakap seperti rakan sebaya, bawalah jumpa speech therapist terdekat.
Penyanyi Fynn Jamal menasihati kepada semua yang ingin mengambil anak angkat supaya pertimbangkan dua perkara ini terlebih dahulu lebih daripada rupa paras. Kebanyakkan mereka yang berhubung dengan penyanyi tersebut untuk tujuan pengambilan anak angkat lebih merisaukan tentang rupa paras.
Terdahulu Fynn telah mengambil seorang anak angkat lelaki yang diberi nama Bakti Arjuna Fitri dan kemudian beliau mengambil seorang lagi anak angkat iaitu Sakti Kencana Fitri. Kedua-dua anak ini diambil oleh Fynn tanpa memikirkan tentang rupa paras kerana niatnya ingin menjaga dua anugerah ini sebaik mungkin. Ikuti perkongsian beliau di instagramnya.
aku risau bila baca dm hendakkan anak angkat tapi meletakkan special request jenis materi.
“kalau boleh nak mak yg lawa sikit, kak” “saya cari yg putih, kak” “kalau boleh mak dia kurus ye” “anak2 dia yang lain comel2 tak?”
haih.
Ye. aku faham. risau kalau kaler dia lain dari kita. risau dia tiba2 kemek sedangkan kita suami isteri macam ada pembaris kat pangkal hidung. takut org tau dia bukan anak kita.
But that is the point KENAPA bin binti tak boleh tukar, kan..? sbb mmg TAKKAN sampai mati boleh diganti bin bintinya.
Dia MEMANG bukan anak yg lahir dari darah kita. But that does not make them any less of your own.
Susukan. itu nombor satu benda yg patut dirisaukan. jgn tunggu baby ada. the moment mmg dah decide nak ambil anak angkat— start producing milk. bekukan. kalau kau dtg pada aku dan tunjuk mmg dah ada stok susu beku— mmg aku kasi VIP lane.
Percayalah. الله tgk effort. susu badan seorang mak angkat adalah bukti kau dah standby mental physical. izinkan aku menjadi laluan utk الله sampaikan rezeki anak utk kau.
Next case terus aku pass. parents yg dah submit utk masuk senarai aku tuari majoriti dah standby duit bersalin biomom. for that— good job! kalau biomom nak— senang. kalau dia xnak— kau belilah stroller paling mahal dalam asia tenggara. korang juga yg bahagia. kan?
Adoption is a choice. betul. pilihan kau utk yg terbaik UNTUK anak. bukan utk kau. anak2 ni bukan boleh pilih2 dalam katalog. paling2 yg ada pun pilihan jantina. itu aku faham. ye la. in case xde susu— kita boleh pilih mengikut adik beradik siapa yg ada susu (utk penggantian ibu susuan).
So please. worry about these two (susuan / kos) MORE than you put your mind into cantik tidak hitam tidak pandai tidak budak itu.
Stop obsessing with looks. julaybeeb sahabat rasulullah dikategorikan sbg yg hodoh dijanjikan syurga. kita lawa2 macam puteri mahkota pun, bau firdaus belum tentu lagi.
Juna tak hensem mana. kulit dia eczema. dedek tak lawa mana. kulit dia hitam lebam. they both look good sbb mummy is good with camera.
BUT. keduanya menyejukkan hati kalian— PURELY sbb kalian kasih sama mereka. so stop wanting surface. when you love, you embrace.