Mat Dan Junior! Itu nama timangan yang diberikan peminat kepada anak lelaki personaliti televisyen dan pengacara rancangan Haramain Backpackers, Mat Dan.
Berkongsi kegembiraannya setelah pertama kali bergelar bapa, menerusi instagram dia telah berkongsikan dengan peminat, isterinya telah selamat menimang anak lelaki sulung pada 5 Mei lalu.
Mat Dan atau nama Islamnya, Kareef Daniel Abdullah juga telah memuat naik foto bayi dengan kapsyen yang cukup mengambarkan dia sangat bersyukur dengan kehadiran permata sulungnya..
“Alhamdulillah, pada 5 Mei lalu, jam 6.43 petang, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami.
IKLAN
“Kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan sihat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga,” tulis Mat Dan diruangan kapsyen.
Malah diruangan komennya juga, semua peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik untuk baby boy Mat Dan supaya membesar menjadi anak yang soleh dan sihat.
IKLAN
IKLAN
Paling lucu ada juga yang memuji anak Mat Dan dengan menggelarkan ‘Anak Smart Macam Abah’.
Sebelum ini, Mat Dan dan isterinya, Nadifa Adnan diijabkabulkan pada 12 Mac tahun lalu di Bukit Chendering, Kuala Terengganu.
Sumber: instagram Mat Dan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Untuk pengetahuan ibu, teknik urutan yang betul boleh meningkatkan kesihatan bayi dan membantu tumbesaran. Malah mengurut bayi dengan lembut akan membuatkannya berasa lebih tenang.
Jika diikutkan mengurut bayi bukanlah sesuatu yang pelik kerana telah ramai ibu bapa mengamalkannya. Mengurut bayi adalah aktiviti yang menyenangkan dan membuatkan pasangan dapat memanfaatkan masa mereka bersama anak.
Sambil mengurut dengan lembut anda boleh bercakap dengan bayi. Nak lagi menyeronokkan boleh menyanyi dengannya. Anda boleh lihat reaksinya dengan senyuman, ketawa atau keletahnya.
Bayi memerlukan ungkapan kasih sayang daripada ibubapanya. Salah satu cara untuk melahirkan kasih sayang tersebut adalah dengan mengurut bayi. Dengan cara mengurut yang tepat, bayi anda akan mendapat banyak manfaatnya.
Kebaikan Mengurut Bayi
Kasih Sayang
Bayi akan rasa satu sentuhan kasih sayang daripada ibu atau ayahnya ketika diurut. Kasih sayang merupakan perkara yang penting untuk perkembangan dan tumbesaran bayi. Sentuhan lembut dari tangan dan jari ibu dan ayahnya membuatkan fizikal dan emosinya lebih stabil.
Bantu Tumbesaran
Proses tumbesaran bayi akan menjadi lebih baik dengan cara mengurut bayi. Malahan bagi bayi pramatang, proses urutan sangat bagus dan mempercepatkan pertambahan berat badan berbanding bayi yang tidak diurut.
Kesihatan bayi lebih baik
Bayi yang diurut biasanya perjalanan darah lebih lancar, proses penghadaman baik selain memperbaiki pernafasan bayi. Malahan dengan mengurut juga boleh meningkatkan sistem antibodi bayi.
Lebih tenang
Bukan sahaja bayi lebih tenang, ia membuatkan tidur bayi anda lebih lama kerana keselesaan yang diperoleh selepas urutan. Di samping itu, mengurut bayi juga sangat bagus untuk menguatkan otot sepanjang tempoh tumbesarannya.
Peringatan buat ibu ayah, mengurut bayi boleh dimulakan di bahagian telapak kaki kemudian barulah ke belakang, dada, perut, lengan dan muka bayi. Jika bayi menangis segera hentikan urutan. Boleh jadi bayi berasa tidak selesa kerana lapar, ingin didukung ataupun nak tidur.
Sumber: www.wom.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Paniknya bila bayi tersedak susu. Bahayanya boleh sebabkan jangkitan paru-paru. Apa puncanya?
Keadaan bayi tercungap-cungap dan badannya bertukar menjadi biru, ini adalah petanda dia sedang tersedak susu. Ia berlaku apabila bayi tidak dapat menghisap puting dan menelan susu dengan baik. Keadaan ini menyebabkan bayi tersedak susu yang diminum.
BERISIKO JANGKITAN PARU-PARU
Antara risiko yang berlaku ialah jangkitan pada paru-paru atau pneumonia kerana semasa tersedak susu yang diminum boleh memasuki salur pernafasan bayi. Masalah ini berkait rapat dengan perkembangan kemahiran bayi menghisap bayi.
Kemahiran menghisap bayi satu kemahiran yang wujud sejak lahir dan mencapai tahap matang secara berperingkat sehinggalah bayi berumur dua tahun. Perkembangan kemahiran ini bergantung kepada perkembangan neurologi bayi serta pembelajaran melalui pengalaman.
KEMAHIRAN MENGHISAP
Bayi yang baru dilahirkan hanya boleh menghisap dan menelan cecair kerana perkembangan kemahiran menghisap masih belum cekap. Bayi boleh disusukan dengan baik dan selamat dengan adanya kombinasi tindak balas refleks yang membantu mereka mengesan, menghisap dan menelan susu.
Bayi akan menunjukkan refleks gag (seakan-akan ingin termuntah) apabila objek seperti sudu, makanan pepejal diletakkan jauh ke dalam mulut. Refleks ini membantu mencegah bayi daripada menelan makanan atau objek yang boleh menyebabkan bayi tercekik atau tersedak.
JANGAN CAMPUR SUSU BAYI DENGAN BIJIRIN
Disebabkan kewujudan reflex ini, bayi hanya boleh diberikan jenis makanan selain cecair selepas mencapai usia 6 bulan. Oleh itu, tindakan ibu bapa mencampurkan bijirin ke dalam susu formula bayi dan diberikan menerusi botol susu di mana lubang putingnya dibesarkan membahayakan dan boleh menyebabkan bayi mudah tersedak. Ia cecair likat yang mungkin sukar untuk ditelan bayi kecil.
Tambahan pula, sistem penghadaman bayi masih belum matang untuk memproses makanan pejal. Tunggu sehingga bayi mencecah usia enam bulan sebelum memberikan mereka makanan pejal/ pelenngkap.
BAYI BERISIKO UNTUK MENGALAMI TERSEDAK MAKANAN & MINUMAN
Bagi mama dan papa yag mempunyai bayi yang berisiko tersedak susu ini diharapkan berhati-hati. Ia boleh terjadi kepada bayi dan kanak-kanak yang mengalami keabnormalan pada struktur oral, saluran penelanan dan pernafasan seperti klef bibir lelangit, mengalami kelewatan perkembangan global, menghadapi masalah neurologi seperti Cerebral Palsy atau Down Syndrome serta masalah perubatan yang kompleks iaitu masalah jantung kongenital, paru-paru dan ginjal. Sentiasa pantau anak semasa menyusu untuk mengelakkan bayi tersedak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pertama kali bergelar ibu, pasti banyak perkara menjadi pengalaman ‘kali pertama’ buat anda. Pengalaman yang paling mencabar tentu sekali ketika nak tidurkan si kecil. Bukan mudah jika tiada ilmu yang cukup.
Salah satu cara untuk mententeramkan bayi adalah dengan menggunakan bedung dan juga memasang white noise. Ini yang disarankan oleh Puan Uswatub Hasanah, Konsultan Tangisan dan Tidur Bayi.
BEDUNG & WHITE NOISE= GABUNGAN MELETUP UNTUK NEW BORN🔥
Manusia dah dengar white noise sejak dalam perut. BUNYI RAHIM IALAH WHITE NOISE PERTAMA SEMUA MANUSIA. Siapa cipta white noise pertama kita ni?
ALLAH. TUHAN.
White noise ialah CAMPURAN bunyi pelbagai frequency dalam julat yang dapat di dengari manusia (audible frequency, 20-20000 Hz) dengan AMPLITUD (kekuatan bunyi/saiz gelombang) yang SAMA.
Perkataan ‘white’ di guna sempena mengambil idea bahawa cahaya putih yang kita nampak juga sebenarnya terdiri daripada CAMPURAN pelbagai warna: merah + jingga + kuning + hijau + biru + indigo + violet (ungu) = JADI PUTIH.
So, bila bunyi: jantung ibu ➕ peredaran darah ibu ➕ cecair badan ibu ➕ air ketuban ➕ pergerakan organ ibu ➕ pergerakan otot dan tisu ibu ➕ bunyi dari luar = bergabung cipta bunyi yang harmoni= white noise
ASAL CIRI white noise ada 3:
☑️ Monotone berulang (I tone bunyi saja yang berulang-ulang)
☑️ Low pitch (tak nyaring/tak bingit)
☑️ Humming (berdengung) kerana rahim tempat yang tertutup (terkedap)
Bunyi white noise itu APA-APA bunyi dengan 3 ciri di atas. Misalnya: hujan, ombak, sungai, bunyi vacuum cleaner, pengering rambut, enjin kenderaan, pemotong rumput, mesin fotostat, akuarium, air pancur dan lain-lain.
Kerana bayi telah hidup dengan white noise rahim selama 9 bulan, tak hairanlah baby manusia cari white noise untuk lena setelah lahir.
Pasang white noise bukan hanya sebab bayi dah hidup dengan white noise rahim sepanjang 9 bulan, tapi juga kerana bunyi statik dan berulang-ulang dari white noise beri kesan rileks/pukau (hypnotize) kepada otak manusia yang ‘busy’
➡ Itulah kerja white noise!
MENENGGELAMKAN bunyi sekeliling supaya manusia dapat kekal lena tanpa mudah rasa terganggu. Bedung pula buat bayi rasa hangat dan bagai di peluk seperti mana pelukan ibu dan balutan dinging rahim selama 9 bulan. Lebih penting, bedung minimumkan reflex terkejut-terkejut (MORO reflex) bayi kecil.
Bedung &white noise kurang berkesan untuk bayi anda? Cuba guna serentak bersama buaian.
Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN DAN TIDUR BAYI.
DBL INSTITUTE
THB EDU ASSC
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART EDUCATION
BIG LITTLE FEELINGS
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!