Mat Dan Junior! Itu nama timangan yang diberikan peminat kepada anak lelaki personaliti televisyen dan pengacara rancangan Haramain Backpackers, Mat Dan.
Berkongsi kegembiraannya setelah pertama kali bergelar bapa, menerusi instagram dia telah berkongsikan dengan peminat, isterinya telah selamat menimang anak lelaki sulung pada 5 Mei lalu.
Mat Dan atau nama Islamnya, Kareef Daniel Abdullah juga telah memuat naik foto bayi dengan kapsyen yang cukup mengambarkan dia sangat bersyukur dengan kehadiran permata sulungnya..
“Alhamdulillah, pada 5 Mei lalu, jam 6.43 petang, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami.
“Kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan sihat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga,” tulis Mat Dan diruangan kapsyen.
Malah diruangan komennya juga, semua peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik untuk baby boy Mat Dan supaya membesar menjadi anak yang soleh dan sihat.
Paling lucu ada juga yang memuji anak Mat Dan dengan menggelarkan ‘Anak Smart Macam Abah’.
Sebelum ini, Mat Dan dan isterinya, Nadifa Adnan diijabkabulkan pada 12 Mac tahun lalu di Bukit Chendering, Kuala Terengganu.
Sumber: instagram Mat Dan