Baru-baru ini tular video yang dimuat naik di TikTok Takara mengenai pakaian yang bertemakan Busana Pahlawan dikenakan pada seorang bayi.

Mat Kilau Junior Ke Ni? Jurufoto Tempah Baju Khas Demi Foto Impian Ibu Ayah

Video yang meraih hampir 1 juta jumlah tontonan ini telah mendapat pujian netizen yang teruja melihat seorang bayi dipakaikan keris dan tengkolok mini mengikut tema Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, sebuah filem baharu arahan Syamsul Yusof.

Mat Kilau Junior Ke Ni? Jurufoto Tempah Baju Khas Demi Foto Impian Ibu Ayah

Menurut Mohammad Zainin Zamanhuri, 35, atau lebih dikenali sebagai Takara Sakana, photoshoot sudah dilakukan pada bulan Mac yang lalu.  Dia yang bertugas sebagai jurufoto bayi atau newborn photoshoot menjelaskan bahawa client memang mengimpikan konsep pahlawan melayu untuk photoshoot bayinya.

Mat Kilau Junior Ke Ni? Jurufoto Tempah Baju Khas Demi Foto Impian Ibu Ayah

“Mengenai busana pahlawan itu, ia sudah digunakan pada Mac lalu semasa photoshoot di Kedah. Sekarang trending cerita Mat Kilau, kebetulan ada client saya yang berkenan prop tersebut. Lagu saya cari muzik awal serunai silat dan saya cantumkan dengan lagu Datuk M. Nasir dengan lagu Mentera Semerah Padi. Tak sangka boleh viral,”

Ads

Mat Kilau Junior Ke Ni? Jurufoto Tempah Baju Khas Demi Foto Impian Ibu Ayah

“Pakaian bayi ini istimewa sikit sebab saiz kecil. Jadi saya terpaksa buat tempahan khas. Begitu juga dengan props. Kebanyakannya saya akan tempah dari luar seperti set baju dan prop-prop kecil, ada juga dari Malaysia seperti busana pahlawan yang direka khas.

Menjadikan aktiviti mengambil gambar sebagai kerjaya, Takara Sakana berkongsi mengenai tugasnya sebagai seorang jurufoto bayi.

Mat Kilau Junior Ke Ni? Jurufoto Tempah Baju Khas Demi Foto Impian Ibu Ayah

Ads

Takara mengambil beberapa langkah bagi memastikan kerjanya menjadi mudah dan proses mengambil gambar bayi berjalan lancar. Apatah lagi bapa kepada tiga cahaya mata ini melakukannya secara bersendirian tanpa bantuan orang lain dalam menjayakan penghasilan gambar.

Mat Kilau Junior Ke Ni? Jurufoto Tempah Baju Khas Demi Foto Impian Ibu Ayah

“Baby menangis itu biasa dalam erti kata lain kena sidai. Jadi saya akan pastikan sebelum photoshoot baby sihat dan tak meragam. Kalau semasa photoshoot baby menangis saya akan cuba pujuk sendiri dahulu, jika tidak boleh baru minta tolong ibu bayi.

Ads

“Lagipun hanya saya seorang sahaja yang pergi ke rumah client. Saya yang handle bayi dan saya jugalah photographer. Di negara kita pun jarang jumpa photographer lelaki ambil gambar bayi,” katanya.

Kredit: newbornbytakara, mstaronlineofficial

Mat Kilau Junior Ke Ni? Jurufoto Tempah Baju Khas Demi Foto Impian Ibu Ayah

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI