Genap dua tahun pemergian arwah Siti Sarah, penyampai radio, Shuib berkongsi kisah anak bongsunya, Ayash Affan yang menangis ketika tidur.
Akui Shuib menerusi laporan Mstar, dia dan anak-anaknya tidak pernah melupakan ibu mereka apa lagi anak bongsunya, Ayash yang tidak pernah mendapatkan kasih sayang seorang ibu.
“Mata Ayash tutup ketika tidur tetapi air matanya mengalir. Kejadian itu berlaku malam tadi. Mungkin dia merindui arwah ibunya.
“Arwah Siti Sarah sentiasa dalam hati saya dan anak-anak. Sudah menjadi rutin kami untuk menitipkan doa buat arwah setiap hari sebelum tidur.
“Selepas solat Isyak, malam Selasa lalu, saya bertanya Talita esok (9 haribulan) hari apa dan dia terus beritahu mengenai genap dua tahun pemergian arwah ibunya,” katanya.
Ujar bapa kepada empat cahaya mata ini lagi, dia paling bersyukur kerana hadirnya Watie untuk anak-anaknya menumpang kasih.
“Apa yang penting, perkembangan kesihatan mental anak-anak yang semakin membesar baik dan positif dengan kehadiran Watie dalam hidup kami sekeluarga.
“Malah, anak saya, Matin juga sangat rapat dan melekat dengan Watie sampai saya pula berasa seperti dipinggirkan,” jelasnya.
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!