Hati merasa tidak cukup kuat kala melihat kasih sayang seorang anak pada ayahnya yang telah tiada. Siapapun pasti meruntun hati kala melihat video yang dikongsikan oleh isteri arwah Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali ini.
Melalui perkongsian Hidayah di Instagramnya, sayu hati melihat anak arwah Abam Bocey, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey yang menyebut nama ayahnya sebaik melihat ayahnya muncul di kaca televisyen.
Biarpun belum sempat mengenal dan bermanja bersama ayah pada tempoh yang lama, namun si kecil Hamzah mampu mengenal ayahnya.
Menerusi video yang dikongsikan itu, sebaik melihat wajah ayahnya, Hamzah terus menyebut ‘ayah’.
“Siapa tu Hamzah?,” tanya ibunya sebaik arwah Abam muncul di kaca televisyen.
“Ayahhh yeahhhh,” jawapan ringkas dan jelas dari Hamzah yang menggambarkan kerinduan seorang anak kecil.
Kata Hidayah menerusi kapsyennya, dia dan anak kecilnya itu tidak pernah sekali-kali melupakan insan yang cukup disayangi mereka sekeluarga. Malah doa sentiasa mengiringi untuk arwah Abam tersayang.
“Hamzah tak pernah lupa Ayah, sentiasa doakan Ayah.
Ads
“1 tahun 4 bulan, Syed Umar Mokhtar #kitabaikramaisayang #al_fatihahsuamiku #1tahun4bulan,” kongsinya lagi menerusi Instagram.
Pada usia Hamzah baru menginjak sembilan bulan ketika itu, arwah Abam pergi meninggalkan kedua-duanya selepas mengalami demam panas. Waktu yang singkat dan kekurangan kasih sayang tidak pernah membuatkan si kecil Hamzah melupakan ayahnya yang tersayang.
Meninjau di ruangan kapsyen, rata-rata wargamaya dapat merasakan kerinduan Hamzah pada ayahnya dan turut sayu hati melihat Hamzah.
“Allah nampak mata dia macam berkaca tengok ayahnya di tv, kuatnya kamu sayang..moga jadi anak yang baik ye Hamzah”
“Tengok muka Hamzah dah tahu rindu sangat kat ayah dia..Allah. Semoga jadi anak yang soleh dan jaga ibu mu nak..al-fatihah (dibaca) untuk arwah Abam”
Ads
“Allah, sedihnya. Moga jadi anak soleh ye hamzah”
Kini di usianya satu tahun empat bulan, Hamzah dilihat semakin bijak dan cukup aktif bermain. Ada sahaja aksi dan gelagatnya yang dikongsikan oleh ibunya di Instagram.
Selain sudah mengenal ABC dan Alif Ba Ta, anak kecil ini juga cukup aktif bermain bersama ibunya. Ada sahaja aktiviti yang dicipta ibunya untuk memahirkan Hamzah. Malah menerusi perkongsian Hidayah di Instagram, anak kecil itu amat gemar melukis.
Semoga Hamzah terus menjadi anak yang sihat dan bijak serta menjadi pelindung dan pendamping setia buat ibunya apabila besar kelak.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @hidayah_abam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kematian yang menghidupkan. Tular baru-baru ini kisah sedih pemergian seorang ibu yang sedang sarat hamil anak ke-5.
Noor Aizura Zulkifli, 40, seorang Arkitek, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka (CREaTE). Arwah telah kembali ke rahmatullah pada 24 Oktober 2022 (Isnin) lalu.
Pemergian secara mengejut dan sedang sarat mengandung meruntun hati banyak pihak. Kisah kematian Noor Aizura yang tular di media sosial turut dicemburui netizen kerana kebaikannya.
Ramai rakan dan kenalan berkongsi kebaikan yang sering dilakukan oleh arwah yang pergi bersama bayi dalam kandungannya.
Seorang pengguna Facebook Syaziella Norazaha yang juga sahabat arwah meninggalkan komen di posting pengguna Facebook yang berkongsi kisah kebaikan Aizura. Arwah Aizura yang pernah bertugas di JKR Pahang merupakan ketua kepada Syaziella Norazaha.
Dalam komennya, Syaziella mendoakan agar segala kebaikan yang dilakukan oleh Aizura dikurniakan balasan pahala daripada Allah SWT.
Katanya lagi sepanjang bekerja di bawah seliaan Aizura, arwah tidak pernah marah-marah. Bahkan arwah juga telah menghadiahkan breast pump kepadanya untuk digunakan bagi mengepam stok susu ibu ketika berada di pejabat.
Kenangan terakhir yang sempat dirakamkan ketika arwah datang menziarah rakan-rakan sekerja di JKR Pahang akan menjadi memori paling berharga kepada semua sahabat yang pernah mengenalinya.
Perjumpaan terakhir. Arwah datang ziarah rakan-rakan JKR Pahang. Selama jadi bos, arwah tak pernah marah-marah. Thank you kak Zura hadiahkan breast pump. Semoga ada pahala mengalir untuk kak Zura. InsyaAllah. Aaminn.
Foto: Syaziella Norazaha
Selepas Tiada, Kebaikannya Disebut-Sebut
Ramai yang tidak pernah mengenali arwah sebelum ini atau sekadar menjadi sahabat di media sosial turut terkesan dengan pemergian arwah Aizura.
Entah apa amalan arwah sehinggakan pemergiannya disebut-sebut bahkan menjadi tular. Salah seorang kenalan di Facebook arwah berkongsi kebaikan dilakukan arwah sepanjang hidupnya menerusi maklumat diperolehi daripada adiknya yang merupakan rakan sekerja wanita itu.
Menurutnya arwah Aizura merupakan seorang yang selalu solat di awal waktu dan bila masuk waktu solat, dia akan segera mengerjakan kewajipan tersebut.
Selain daripada itu arwah juga tidak suka membuang masa bercakap perkara tidak berfaedah ketika sedang bekerja. Biasanya bila rakan-rakan sekerja berkumpul dan berbual, arwah hanya akan senyum dan diam sahaja.
Selain bab menjaga solat awal waktu, Aizura juga sangat menjaga soal auratnya sebagai muslimah. Arwah juga jenis yang memakai pakaian bersaiz besar dan menutup aurat.
Menurut perkongsian Siti Aminah lagi, arwah Aizura juga seorang yang pelembut dan baik dengan kawan-kawan serta anak-anaknya.
“Arwah juga penyayang dengan anak-anak, kadang arwah akan bawa anak-anak ke ofis kalau anak tak kesekolah. Sebab tu adik saya rapat dgn anak-anaknya. Pada hari kematian, dia sempat masak dulu untuk anaknya sebelum ke hospital.”
Menurut cerita Siti Aminah, arwah berpindah ke JKR CREaTE di Melaka kerana hendak tinggal berhampiran dengan suami dan dua lagi anak yang dijaga suaminya di Johor.
Sebelum ini arwah kerja di Kuantan. Betapa besarnya sabar seorang isteri yang PJJ dengan suami selama 10 tahun.
Sebenarnya ada banyak lagi tersimpan kebaikan arwah yang diketahui oleh kenalan rapatnya tetapi kini semuanya menjadi memori dan sejarah serta pengajaran buat yang masih hidup.
“Satu yang saya paling tersentuh ialah solat di awal waktu, kerana ada hadis yang sebut itulah amalan yang paling dicintai Allah.
Saya tidak kenal arwah, cuma sebagai sahabat di FB. Sengaja saya tulis supaya jadi peringatan buat diri saya dan sahabat2 pembaca, untuk terus beramal yang sebaik mungkin hingga akhir hayat,” demikian kongsi Siti Aminah dalam tulisan postingnya.
Kalau anak berjaga malam itu sesuatu yang biasa dihadapi oleh semua ibu bapa yang baru menerima cahaya mata. Kadang-kadang tak larat nak melayan si kecil pada waktu malam.
Menerusi posting di facebook Encik Ahmad Syakir Amran, beliau telah berkongsi tip bagaimana anaknya dari seawal umur sebulan tak pernah meragam pada waktu malam.
Kawan-kawan yang baru dapat baby & bakal dapat baby korang boleh cuba tips ni In Sha Allah berkesan & tido malam korang tak terganggu;
1. sebelum tido malam tuka pampers baby siap2 bg dia selesa
2. lebih kan 1oz susu sebelum tido, contoh kalo selalu baby minum 3oz buat 4oz sblum tido
3. kalo baby bagun menagis malam biarkn dulu dia menangis 5-10 minit baru bagi susu jgn biasakn bila menangis terus bagi susu sbb nk tuka mind set baby, yg ni perit ckit tp kene kental, tgk mcm kesian, try seminggu
ALHAMDULILLAH DARI UMUR RAIESYA 1 BULAN SAMPAI LAH SEKARANG DIA TAK PERNAH BAGUN MALAM,
Tips ni ak belajar dari Consultant Paediatric Dr.Tan Eng Kian dari salam hospital shah alam masa ak check up anak ak Raiesya, apa2 hal korang bole rujuk dia bnyk lg tips2 berguna korang boleh belajar dr dia, ok good luck!
Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor berkongsi pengalaman baru yang baru dipelajarinya setelah bergelar ibu kepada cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal.
Menurutnya, dia sanggup menuntut ilmu dan masuk kelas melatih tidur bayi sendiri untuk melatih Bilal tidur sendiri seawal usia 5 bulan.
“Harini first day Muhammad Bilal Sleep train, ni bilal sedang nesting for about 15 mins. Sebelum saya letak dalam basinet ni, dah bagi susu, gelapkan bilik dan bonding session 15 min jugak.”
Tambahnya lagi, ilmu sleep training sangat berguna dan boleh membantu bayi tidur sendiri.
“Gigih tau ummi bilal ambil class, actually ilmu sleep training ni sangatlah berguna”
“Dari nesting lagi Ummi Bilal asyik menyorok tak nak bagi dia nampak kita.
“Masa ni Bilal dah tutup mata tapi masih gosok-gosok muka to fall asleep,”
Neelofa juga berharap agar anaknya boleh tidur dengan sendiri tanpa kehadiranya kelak.
“Allah mudahkan sleep train untuk hari pertama, moga esok dan seterusnya lebih mudah. Moga anak soleh ni boleh dilatih menjadi independent sleeper dan membesar dengan baik.”
Perkongsian Neelofa turut menarik perhatian pengikutnya bertanya tentang waktu tidur Bilal.
“Alhamdulillah, dia akan tidur paling lewat 7.30 malam sampai lah subuh.. Tapi akan mintak susu dua ke tiga kali sepanjang 7 malam ke 7 pagi tu. Tapi mata tutup, mulut je bukak minum susu,” jelasnya.
‘Sleep train’ atau latihan tidur sendiri untuk bayi banyak kelebihannya. Bagi yang baru bergelar ibu, boleh cuba mempraktikkan kaedah ini yang pasti menguntungkan si kecil dan anda.
Mendedahkan kaedah itu kepada anak-anak yang masih kecil sebenarnya membantu mereka untuk mendapatkan tidur yang baik dan teratur.
Oleh itu, alangkah baiknya jika para ibu mengambil perhatian mengenai latihan tidur untuk anak masing-masing. Berikut kelebihannya yang perlu diketahui:
1. Latihan tidur membantu melatih bayi untuk tidur dengan sendiri.
2. Bayi tidak memerlukan sebarang alatan atau perhatian seseorang untuk tidur.
3. Anak dan ibu akan dapat tidur mencukupi.
4. Pendedahan kepada latihan tidur sendiri sewaktu usia bayi membuatkan mereka terbiasa dengan rutin tidur harian. Ia akan membantu mereka mendapat tidur yang mencukupi walaupun sudah meningkat remaja.
5. Ibu-ibu mempunyai lebih banyak masa untuk melakukan apa sahaja kerja rumah tanpa gangguan.
6. Terdapat kajian mengatakan ibu yang mendapat tidur yang cukup, kurang berhadapan dengan masalah kemurungan.
7. ‘Sleep train’ juga akan melatih anak-anak berdikari dan membantu mereka mengawal diri sendiri.
8. Tidur memberi manfaat kepada perkembangan otak dan fizikal bayi. Ia juga membantu otak membesar dengan matang dan menguatkan ingatan.
9. Membantu perkembangan tubuh bayi yang sihat. Kanak-kanak tidak mendapat tidur yang cukup berkemungkinan mengalami obesiti. Oleh itu, tidur mencukupi akan melindungi daripada penyakit dan akan meningkatkan sistem imun.
10. Bayi yang tidur cukup akan berkelakuan lebih menyenangkan,
Justeru, pendedahan latihan tidur kepada anak-anak perlu didedahkan dengan lebih awal agar mereka mendapat tidur yang cukup dan berupaya mengawal diri.
Sekarang ni harga emas makin naik, ramai yang berkira-kira nak beli. Tapi lain pula cerita dengan pelakon jelita, Datin Atikah Suhaime, memang selalu mencuri...