Besarnya pengorbanan seorang ibu demi membesarkan anak-anak. Pelakon dan juga penyanyi, Betty Ibtisam Abu Bakar Benafe atau lebih dikenali sebagai Betty Benafe, 39 mengalami kecederaan mata hitamnya tertusuk permainan anak.
Ibu kepada Julia Claire Dargus, 5 dan Bruce Dean Dargus, 3, berkongsi gambar matanya yang sudah bertampal selepas menerima rawatan akibat tertusuk mainan anaknya.
Biarpun menanggung kesakitan namun sebagai ibu, Betty tetap positif dengan apa yang dialami dan faham dengan perangai anak-anak yang sedang membesar dan aktif pula.
Ads
Dalam kapsyen yang ditulis di Instagramnya, Betty turut bersyukur kerana masih diberi peluang melihat lagi. Dia membayangkan betapa sukarnya mereka yang langsung tidak diberi penglihatan oleh Allah tetapi kagum dengan semangat mereka untuk terus hidup.
Ads
Selain dari itu, Betty juga reda dengan ujian yang dilalui dan berharap agar ibu-ibu lain turut diberikan kesabaran yang tinggi menghadapi pelbagai kerenah anak-anak sepanjang membesarkan mereka.
Dia turut berterima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan dan kesembuhannya.
Terdapat beberapa jenis ubat yang diambil dengan memasukkannya ke dalam rektum atau dipanggil ubat supositori seperti diclofenac, paracetamol dan sebagainya.
Umumnya supositori adalah ubatan kecil berbentuk torpedo yang dimasukkan ke dalam punggung – rektum. Ubat jenis ini akan cair di dalam rektum kerana kepanasan pada suhu badan dan seterusnya diserap ke dalam darah.
Bagaimanapun, ibu bapa yang ingin memberikan ubat jenis ini, perlu betul-betul faham mengenai jenis Supp. PCM dan Diclofenac.
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, Doktor Pediatrik, Dr Redza Zainol ada jawapannya.
Baru-baru ni, kawan saya dari Selangor hubungi saya. Dia kata anak dia demam tinggi dan tak kebah-kebah. Bila pergi ke klinik, rupanya positif jangkitan Influenza.
Doktor tu nak bagi ubat demam melalui punggung tapi kawan saya ni tak bagi.
“Aku dengar bahaya bagi ubat demam melalui punggung. Betul ke?”
Saya kata gini.
Ada 2 jenis ubat demam yang selalu diberi melalui punggung ni. Yang pertama namanya Paracetamol.
Bila Paracetamol diberi melalui punggung, kita panggil ia sebagai Suppository Paracetamol.
Nama pendek dia Supp. PCM.
Yang kedua, namanya Diclofenac dan ia dibawah kumpulan NSAID (Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drug).
Diclofenac pun boleh diberi melalui punggung dan nama pendeknya ialah Supp. Voren.
Ada 1 kajian yang diterbitkan di Jepun. Dia dapati kadar kematian meningkat bila ubat Diclofenac diberi pada pesakit yang positif jangkitan Influenza. Jadi, dah jelas yang kita tak boleh bagi Suppository Diclofenac kalau positif jangkitan Influenza.
Saya nasihatkan dia untuk guna Supp. PCM sahaja. Dos untuk Supp. PCM, kiraannya macam ni:
• Umur 3 bulan – 11 bulan : 60 – 125mg
• Umur 1 tahun – 4 tahun : 125 – 250mg
• Umur 5 tahun – 11 tahun : 250 – 500mg
Selalunya, Supp. PCM datang dalam dos 250mg. Jadi kalau anak umur setahun, boleh patahkan ubat Supp. PCM jadi dua dan beri separuh.
“Separuh lagi tu kau simpan. Lagi 6 jam, kau bagi lagi separuh tu kalau masih demam.”
Maksimum boleh bagi Supp. PCM 4 kali sehari dan ubat ni tak boleh ditelan. Kalau masih tak sihat, saya minta dia bawa ke klinik lagi.
Apa yang kita tanam itulah yang kita tuai, begitulah perumpamaan yang tepat apabila menggambarkan sikap anak-anak yang bakal menjadi ikutan.
Anak-anak ibarat CCTV yang akan perhati tingkah laku ibu bapa dan kemudian akan mengaplikasi kembali dalam kehidupan yang akan datang, sama seperti perkongsian Puan Sariah tentang anak sulungnya. Ikuti perkongsian ini.
Bila tengok nasi dan air ni, saya teringat kat kakak, anak sulong yang kat asrama. Saya tak pernah sangka dengan usianya dia akan layan saya macam ni.
“Umi, pergilah makan. Kakak jaga adik.”
Bila saya ke dapur, saya tengok nasi dah dihidang, air pun dah dituang. Allahurabbi. Sebak sungguh.
Apa yang buat saya sebak ialah, apa yang kakak buat ni ialah apa yang abinya buat kat saya.
Sejak bertahun-tahun kahwin, kalau suami siap makan dulu, dia akan tuangkan air untuk saya. Simple sangat. Tapi, rupa-rupanya anak perhatikan.
Dan sejak sekitar 2 tahun lepas, masa umurnya 11 tahun, kakak sentiasa tuangkan air untuk saya dan abinya kalau dia siap makan dulu.
Dan kali ni, bila dia tengok saya sentiasa terkejar-kejar nak makan bila ada baby, dia upgrade letak nasi sekali. Subhanallah.
Apa yang lebih mengejutkan saya ialah bila kakak dah masuk asrama, Afham yang nombor dua tu automatik ambil tugas kakak.
“Umi, air umi ni. Afham dah letak.” Allahurabbi, macam di’pass’ tugas tu pada adiknya. Tuan puan,
Saya tak pandai ilmu parenting. Teori-teorinya banyak saya tak tahu. Saya sentiasa merasakan banyak kesilapan saya dalam mendidik anak-anak.
Cuma, satu je pesan mak saya yang saya ingat.
‘Buat baik.’
Suami buat baik pada isteri. Isteri buat baik pada suami. Dan, Mak ayah buat baik pada anak-anak.
Selepas berbelas tahun, barulah saya benar-benar nampak hasil ‘buat baik’ yang mak pesan. Subhanallah. Alhamdulillah.
Ibu-ibu perasan tak, dalam sehari tu akan ada 4 hingga 5 kali anak datang pada kita. Tiba-tiba je dia datang menyendeng kat kita. Tarik tangan lah, pegang muka kita suruh pandang dia lah.
Dia peluk kita, cium kita. Kadang kalau tangan tengah pegang mainan, dia bagi pada kita. Padahal tadi dia tengah sibuk main.
Apa yang best mengenai perkongsian seorang ibu ini, Ezzaty Suffian dia nampak dalam tempoh waktu anak minta perhatian ini dinamakan ‘cuddle time’.
Saat-saat yang anak nak sangat kita bagi perhatian pada dia. Nak bermanja gedik-gedik dengan kita. Tapi tempoh bermanja ni tak lama pun. Paling lama pun setakat 10 minit je dia duduk lepak dengan kita.
Dah puas dapat apa dia nak, dia lari lah sibuk dengan aktiviti dia semula.
Okay, ‘cuddle time’ anak-anak ni sebenarnya kan waktu yang paling efektif dan tepat untuk kita buat aktiviti yang positif untuk anak-anak. Sebab waktu ni dia tengah datang serah diri pada kita.
Dia nak sentuhan dan rangsangan daripada kita. Otak dia pun dalam keadaan yang relaks dan tenang. Jadinya, ‘cuddle time’ inilah waktu yang terbaik kita nak :
1) ajar anak bercakap
2) tegur salah anak
3) pesan perkara baik-baik atau nasihat pada anak
Otak anak yang tengah relaks ni jadi disebabkan oleh adanya gelombang alpha. Gelombang alpha yang buatkan otak anak clear dari sebarang kekusutan, bantu untuk create creativity anak dan sediakan otak anak untuk terima sesuatu yang positif. Otak anak memang tengah fokus waktu ni.
Jadinya, ibu dan ayah jangan lepaskan peluang ni untuk beritahu atau ajar anak sesuatu yang baik. Tinggalkan sekejap kerja yang kita buat. Jauhkan dulu gadget yang tengah kita sibukkan.
Untuk anak yang masih dalam training bercakap, yang tengah kumpul kosa kata (vocabulary) dalam kamus otak dia, gunakan ‘cuddle time’ ini dengan sebaiknya.
Macam zaty beritahu sebelum ni, kita gunakan teknik conversation atau storytelling. Sambil-sambil peluk dan cium anak tu, sambil kita bersembang dengan dia.
Fayyadh PENAT ke ni?
Fayyadh PENAT buat apa tadi?
Fayyadh PENAT main apa tu?
Cuba cerita kat ummi kenapa Fayyadh PENAT.
Fayyadh rehat kat ummi ye bagi hilang PENAT.
Dan macam biasa, no respons melainkan dok tunjuk muka manja dia. But its ok, otak dia tengah serap apa yang kita bualkan tadi.
Untuk anak-anak yang dah faham keadaan, dah pandai bercakap dan faham apa kita cakap, ‘cuddle time’ inilah masa yang palingggg bagus nak tegur salah anak-anak atau nak pesan perkara yang baik-baik.
Kalau tadi anak ada buat silap, kita buang rasa ‘hangin’ dan marah kita, peluk dia dan tegur secara lembut dan penuh kasih sayang.
“Kenapa tadi abang mengamuk sampai baling mainan abang? Abang tak takut ke kalau mainan tu rosak? Kalau dah rosak nanti tak boleh main dah. Ummi tak beli mainan baru dah tau kat abang.
Kalau abang nak apa-apa, abang cakap elok-elok dengan ummi. Kalau ummi kata tunggu sekejap, abang sabar lah sikit. Tunggu ummi siapkan kerja ummi dulu. Lepastu ummi layanlah abang main. Abang kan anak soleh. Sayang ummi, sayang abi. Abang suka kan dengar cakap ummi.”
Atau nak pesan, nasihat anak kita :
“Abang, ingat tau. Nanti kalau kita pergi mall, ummi tak beli mainan abang. Kita pergi jalan-jalan je. Mainan abang kan dah banyak kat rumah. Yang dekat mall tu mainan orang lain punya. Bukan abang punya.”
Cuma satu yang perlu kita ingat, penerimaan anak-anak pada apa yang kita cakap dan ajar tak semestinya berkesan waktu tu juga. Masih tetap bergantung pada tahap kematangan dan perkembangan otak anak.
Jarang sangat bila sekali cakap anak dah terus boleh ingat atau behave. Biasanya mungkin 10 kali cakap benda yang sama. Ada yang perlukan beratus kali peringatan baru boleh lekat kat otak dia.
Bergantung.
Yang penting kita ibu dan ayah jangan cepat mengalah untuk ajar dan terus didik anak-anak. Berpesan-pesan kita dengan kesabaran pada perkara kebaikan. Lagi-lagi pada anak sendiri.
Alangkan kita pun banyak kali diingatkan supaya solat di awal waktu, yang dituntut sangat-sangat dalam Islam. Pun banyaknya tak buat. Ni kan budak, pesan sekali terus amal. Jawapannya memang tak lah kan?
Sabar dan buat, buat, buat je. Jalan terus, jalan lurus.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.