Besarnya pengorbanan seorang ibu demi membesarkan anak-anak. Pelakon dan juga penyanyi, Betty Ibtisam Abu Bakar Benafe atau lebih dikenali sebagai Betty Benafe, 39 mengalami kecederaan mata hitamnya tertusuk permainan anak.
Ibu kepada Julia Claire Dargus, 5 dan Bruce Dean Dargus, 3, berkongsi gambar matanya yang sudah bertampal selepas menerima rawatan akibat tertusuk mainan anaknya.
Biarpun menanggung kesakitan namun sebagai ibu, Betty tetap positif dengan apa yang dialami dan faham dengan perangai anak-anak yang sedang membesar dan aktif pula.
Dalam kapsyen yang ditulis di Instagramnya, Betty turut bersyukur kerana masih diberi peluang melihat lagi. Dia membayangkan betapa sukarnya mereka yang langsung tidak diberi penglihatan oleh Allah tetapi kagum dengan semangat mereka untuk terus hidup.
Selain dari itu, Betty juga reda dengan ujian yang dilalui dan berharap agar ibu-ibu lain turut diberikan kesabaran yang tinggi menghadapi pelbagai kerenah anak-anak sepanjang membesarkan mereka.
Dia turut berterima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan dan kesembuhannya.
Sumber: Instagram bettybenafe