Masih ada individu yang terkeliru atau tertukar di antara kondisi yang dikenali sebagai mata juling dengan mata malas. Kenyataannya, kedua-dua keadaan kesihatan ini adalah berbeza sama sekali meskipun ia berlaku pada organ mata juga.
Untuk mengetahui apa beza simptom, punca dan risiko mata juling dengan mata malas, teruskan membaca artikel ini.
Definisi mata juling & mata malas
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua berkenalan dengan definisi penyakit mata ini terlebih dahulu. Sesuai dengan namanya, kedua-dua keadaan kesihatan ini boleh berlaku pada mata serta akan menjejaskan penglihatan penderitanya.
Mata juling
Turut dikenali sebagai Strabismus, ia merupakan kondisi di mana kedua-dua belah mata tidak melihat pada arah yang sama.Untuk lebih faham, ia akan menyebabkan sebelah mata menunjuk ke sebelah lain manakala sebelah lagi menunjuk ke sebelah lain.
Contohnya, mata kanan sedang menunjuk ke atas tetapi mata kiri pula menunjuk ke bawah. Bukan sahaja kondisi ini akan menjejaskan penampilan malah penglihatan kerana mata penderita akan fokus kepada 2 imej yang berbeza.
Mata malas
Juga dikenali sebagai Amblyopia, ia merupakan kondisi di mana otak anda mengutamakan satu mata dan mengabaikan mata lain. Ia berlaku disebabkan wujud satu mata yang ‘lemah’ dan ‘malas’ sekali gus menyebabkan otak tidak menganggapnya berfungsi dengan normal.
Akibatnya, ia akan membuat sebelah mata itu terlihat berbeza dan seakan terapung sahaja. Bukan sahaja kondisi ini akan menjejaskan penampilan malah penglihatan kerana mata penderita terpaksa bergantung kepada 1 belah sahaja.
Simptom kondisi ini terjadi?
Ads
Berikut adalah simptom-simptom kondisi Strabismus & Amblyopia:
Mata juling
Posisi anak mata yang berbeza
Penglihatan terjejas
Penglihatan berganda
Penurunan persepsi kedalaman imej
Sering sakit mata
Kerap pening kepala
Mata malas
Satu mata terlihat berbeza
Satu mata seakan terapung
Penglihatan terjejas
Penglihatan berganda
Penurunan persepsi kedalaman imej
Cenderung terlanggar objek
Punca kondisi ini berlaku?
Berikut pula adalah punca-punca kondisi Strabismus & Amblyopia:
Mata juling
Kondisi mata ini berlaku akibat kerosakan saraf mata ataupun otot mata tidak mampu untuk bekerjasama dalam satu pasukan.Wujud beberapa faktor risiko lain yang boleh menjadi dalang termasuklah:
Genetik
Golongan kanak-kanak
Kecederaan pada mata
Kondisi rabun jauh
Kondisi mata malas
Kondisi cerebral palsy
Strok
Mata malas
Kondisi mata ini berlaku akibat masalah perkembangan pada otak yang menyebabkan saraf ke mata tidak berfungsi dengan baik.
Ads
Ada beberapa faktor risiko lain yang mungkin menjadi dalang termasuklah:
Genetik
Golongan kanak-kanak
Kecederaan pada sebelah mata
Kekerapan guna sebelah mata
Kekurangan ambil vitamin A
Kerabunan
Glaukoma
Persoalannya, apakah risiko penyakit ini pada mata penderita? Adakah benar ia banyak terjadi kepada golongan kanak-kanak?
Risiko penyakit ini pada mata anda
Untuk pengetahuan anda, kedua-dua jenis penyakit mata ini memang benar banyak berlaku kepada golongan kanak-kanak mahupun bayi atau remaja.
Namun itu bukanlah bermakna orang dewasa tidak berisiko terutamanya buat mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga dengan penyakit sama. Sekiranya tidak dirawat dengan kadar segera, ada kemungkinan besar bahawa kondisi ini akan kekal sehingga anda tua kelak.
Ada juga risiko di mana akan berlaku pelbagai lagi masalah pada aspek penampilan serta penglihatan seperti kerabunan dan kebutaan.
Bolehkah kedua-duanya dirawat?
Ads
Sebenarnya, cara untuk merawat 2 kondisi mata yang berbeza ini adalah hampir serupa sahaja. Ia adalah seperti berikut:
#1. Penggunaan cermin mata/kanta lekap
Sekiranya masalah mata juling atau mata malas anda itu adalah didalangi oleh kerabunan, maka cermin mata atau kanta lekap mungkin boleh membantu.
#2. Penyuntikan steroid
Kondisi strabismus yang disebabkan oleh kemerosotan otot mata mungkin boleh diselesaikan dengan menyuntik steroid ke dalam otot yang bermasalah.
#3. Penggunaan eye patch
Kondisi amblyopia mungkin boleh dirawat dengan cara mengenakan eye patch ini pada mata yang dominan untuk melatih penggunaan mata yang lemah.
#4. Penggunaan eye drop
Kondisi amblyopia juga boleh dirawat dengan cara mengenakan eye drop ini pada mata yang dominan untuk melatih penggunaan mata yang lemah.
#5. Pembedahan mata
Sekiranya sudah tiada pilihan lain lagi, maka penderita mungkin terpaksa menjalani pembedahan mata bersama pakar untuk memperbaiki dan membetulkan kondisi mata juling atau mata malas.
Sebaik-baiknya, sila dapatkan konsultasi daripada doktor bagi mengenal pasti masalah mata anda.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Biarpun isu beg sekolah anak yang terlampau berat dengan bebanan buku teks dan sebagainya dianggap selesai selepas Kementerian Pendidikan (KPM) melancarkan fasa pertama inisiatif lokar sekolah untuk murid Tahun Satu dan Dua, namun pemilihan beg ke sekolah masih perlu diambil kira oleh ibu bapa.
Elakkan sama sekali jenis beg sekolah yang beroda kerana ia menyukarkan anak-anak kecil kita. Lebih-lebih lagi jika sekolah memiliki aras berlainan. Amat menyukarkan anak kita.
Biarpun Kementerian Pendidikan (KPM), pada 5 Oktober lalu melancarkan fasa pertama inisiatif lokar sekolah untuk murid Tahun Satu dan Dua, namun ada juga kanak-kanak yang berusia sembilan tahun dan ke atas mempunyai saiz badan yang kecil.
Jadi jangan tersalah memilih beg sekolah untuk anak. Atas keprihatinan bersama, Public Health Malaysia berkongsi panduan untuk ibu bapa membeli beg dan kelengkapan sesuai untuk anak.
Elakkan sama sekali:
❌ Beg yang memiliki aksesori berlebihan bagi mengelakkan beban bertambah.
Jika sekolah mempunyai beberapa aras dan mempunyai permukaan tidak rata, beg beroda kurang sesuai.
❌ Membeli kotak pensel, bekas air, alat tulis dan aksesori yang BESAR dan berat. Jangan terpengaruh dengan jenama dan rekabentuk.
❌ Menggalas beg dengan satu penyandang. Beban tidak seimbang kepada satu bahagian badan boleh akibatkan tulang belakang membengkok.
❌ Penyandang terlalu longgar sehingga beg melondeh ke pinggul.
❌ Beg berhayun apabila berjalan
⚠Pemilihan beg yang salah boleh serta cara menyandang yang salah boleh menyebabkan sakit tengkuk, sakit belakang, serta masalah-masalah tulang belakang yang lain, seperti skoliosis dan kyphosis.
Pilihlah beg jenis:
* Beg yang memiliki penyandar bahu yang lebar dan berspan.
* Material yang ringan.
* Mempunyai tali pengikat di pinggang dan turut mempunyai span di bahagian belakangnya.
* Pilih beg yang boleh disandang kedua belah bahu anak dan tidak hanya sebelah sahaja.
* Pastikan juga postur tubuh anak tepat ketika membawa beg yang di pilih. Jangan sampai anak membongkok membawanya.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
“Saya tak bawa hospital lebih awal sebab dia dah tak demam..Ingat dah ok, tapi tu lah, semakin teruk..” Ini yang selalu ibu bapa terlepas pandang. Bila nampak anak ok, terus kita anggap anak sihat. Sedangkan mungkin boleh berlaku sebaliknya.
Menurut Dr Anayasmin Azmi, walaupun kita masih belum settle dengan Covid, jangan lupa kes denggi pun makin banyak kami terima. Bukan calang-calang kes denggi pediatrik ni. Teruk-teruk yang datang.
Denggi unik sedikit, bila dah tak demam, lagi kita risau, kita panggil fasa ‘kritikal’. Sebab air dari salur darah boleh keluar (seolah bocor) ke kawasan tak sepatutnya seperti:
Paru-paru: buat pesakit sukar nafas
Perut: air keluar ke kawasan diluar usus
Ini buatkan dalam salur darah tak cukup ‘volume’. Tekanan darah boleh ‘crash’, boleh membawa maut‼️ Jadi agak susah kalau ibu ayah tak dapat beri informasi yang tepat. Ada tu yang tak tahu langsung tentang sakit anak.
Semua dia tanya anak dia yang 9 tahun tengah terlantar tak berdaya tu. Ibu ayah sebenarnya dapat bantu kami tau, kami perlukan maklumat berkaitan:
1. Bila exactly start demam
2. Bila anak mula tak demam
3. Sukat suhu demam (boleh invest beli thermometer digital.. Saya beli di farmasi biasa dapat RM15)
4. Adakah anak kurang minum/makan
5. Anak kurang kencing?
6. Ada darah keluar di gusi, kencing, hidung etc?
7. Muntah atau cirit?
8. Sakit perut berterusan..
9. Ada orang lain tak sihat?
10. Dan yes, ada contact dengan positif Covid?
Ya, banyak sebenarnya ibu ayah dapat bantu kami. Boleh bantu saya SHARE untuk sama-sama ambil tahu. Agar rawatan lebih efektif.. InshaAllah..
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayangkan, bukan hanya seorang tapi 11 bayi yang cuba meminta perhatian dari anda dalam satu masa! Begitulah kehidupan wanita bernama Christina Ozturk yang baru berusia 23 tahun.
Dan sebenarnya, dia sangat sukakan kanak-kanak dan bercadang untuk memiliki keluarga besar.
Menurut perkongsian daripada Bright Side, ketika Christina berusia 17 tahun dia melahirkan anak sulungnya, Victoria. Pada waktu itu, dia merupakan ibu tunggal dan kehidupanya berubah selepas bertemu suaminya. Menurut perkongsianya, suami jatuh cinta pandang pertama dan terus memperisterikanya.
Kebanyakkan dari anak Christina lahir pada waktu yang sama dan umur mereka sebaya! Nampak macam mustahilkan untuk ada anak yang ramai dalam satu masa? Dia dan suami mengambil ibu tumpang untuk mempercepatkan proses menambah ahli keluarga.
Walaupun dia tidak melahirkan kesemua anak ini, tapi dia masih lagi ibu kandung kepada anak-anaknya kerana proses ini dilakukan dengan memindahkan benih wanita (ovum) yang telah disenyawakan dengan benih lelaki (sperma) suami isteri dan seterusnya janin tersebut dikandungkan oleh ibu tumpang itu sehingga dilahirkan dan akan menyerahkan bayi itu kepada Christina sebagai ibu hakiki.
Pasangan ini memasang impian untuk mempunyai lebih ramai anak tapi mereka belum menetapkan lagi berapa jumlahnya.
Menurutnya lagi, dia dan suami sudah membuat pembahagian tugas dan tanggungjawab antara mereka. Suami akan bekerja dan dia akan menjaga anak-anak. Mereka akan keluar berjalan, bermain bersama, menonton movie dengan anak-anak setiap hari. Hari minggu turut diguna sepenuhnya untuk bersama-sama keluarga dan mereka akan pastikan setiap kali makan mereka akan makan bersama-sama.