Mata Juling VS Mata Malas: Benarkah Hanya Kanak-kanak Yang Berisiko Alaminya?

Share

Masih ada individu yang terkeliru atau tertukar di antara kondisi yang dikenali sebagai mata juling dengan mata malas. Kenyataannya, kedua-dua keadaan kesihatan ini adalah berbeza sama sekali meskipun ia berlaku pada organ mata juga.


Untuk mengetahui apa beza simptom, punca dan risiko mata juling dengan mata malas, teruskan membaca artikel ini.

Definisi mata juling & mata malas

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua berkenalan dengan definisi penyakit mata ini terlebih dahulu. Sesuai dengan namanya, kedua-dua keadaan kesihatan ini boleh berlaku pada mata serta akan menjejaskan penglihatan penderitanya.

Mata juling

Turut dikenali sebagai Strabismus, ia merupakan kondisi di mana kedua-dua belah mata tidak melihat pada arah yang sama.Untuk lebih faham, ia akan menyebabkan sebelah mata menunjuk ke sebelah lain manakala sebelah lagi menunjuk ke sebelah lain.

Contohnya, mata kanan sedang menunjuk ke atas tetapi mata kiri pula menunjuk ke bawah. Bukan sahaja kondisi ini akan menjejaskan penampilan malah penglihatan kerana mata penderita akan fokus kepada 2 imej yang berbeza.

Mata malas

Juga dikenali sebagai Amblyopia, ia merupakan kondisi di mana otak anda mengutamakan satu mata dan mengabaikan mata lain. Ia berlaku disebabkan wujud satu mata yang ‘lemah’ dan ‘malas’ sekali gus menyebabkan otak tidak menganggapnya berfungsi dengan normal.

Akibatnya, ia akan membuat sebelah mata itu terlihat berbeza dan seakan terapung sahaja. Bukan sahaja kondisi ini akan menjejaskan penampilan malah penglihatan kerana mata penderita terpaksa bergantung kepada 1 belah sahaja.

Simptom kondisi ini terjadi?

Berikut adalah simptom-simptom kondisi Strabismus & Amblyopia:

Mata juling

  • Posisi anak mata yang berbeza
  • Penglihatan terjejas
  • Penglihatan berganda
  • Penurunan persepsi kedalaman imej
  • Sering sakit mata
  • Kerap pening kepala
  • Mata malas
  • Satu mata terlihat berbeza
  • Satu mata seakan terapung
  • Penglihatan terjejas
  • Penglihatan berganda
  • Penurunan persepsi kedalaman imej
  • Cenderung terlanggar objek

Punca kondisi ini berlaku?

Berikut pula adalah punca-punca kondisi Strabismus & Amblyopia:

Mata juling

Kondisi mata ini berlaku akibat kerosakan saraf mata ataupun otot mata tidak mampu untuk bekerjasama dalam satu pasukan.Wujud beberapa faktor risiko lain yang boleh menjadi dalang termasuklah:

  • Genetik
  • Golongan kanak-kanak
  • Kecederaan pada mata
  • Kondisi rabun jauh
  • Kondisi mata malas
  • Kondisi cerebral palsy
  • Strok
  • Mata malas

Kondisi mata ini berlaku akibat masalah perkembangan pada otak yang menyebabkan saraf ke mata tidak berfungsi dengan baik.

Ada beberapa faktor risiko lain yang mungkin menjadi dalang termasuklah:

  • Genetik
  • Golongan kanak-kanak
  • Kecederaan pada sebelah mata
  • Kekerapan guna sebelah mata
  • Kekurangan ambil vitamin A
  • Kerabunan
  • Glaukoma

Persoalannya, apakah risiko penyakit ini pada mata penderita? Adakah benar ia banyak terjadi kepada golongan kanak-kanak?

Risiko penyakit ini pada mata anda

Untuk pengetahuan anda, kedua-dua jenis penyakit mata ini memang benar banyak berlaku kepada golongan kanak-kanak mahupun bayi atau remaja.

Namun itu bukanlah bermakna orang dewasa tidak berisiko terutamanya buat mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga dengan penyakit sama. Sekiranya tidak dirawat dengan kadar segera, ada kemungkinan besar bahawa kondisi ini akan kekal sehingga anda tua kelak.

Ada juga risiko di mana akan berlaku pelbagai lagi masalah pada aspek penampilan serta penglihatan seperti kerabunan dan kebutaan.

Bolehkah kedua-duanya dirawat?

Sebenarnya, cara untuk merawat 2 kondisi mata yang berbeza ini adalah hampir serupa sahaja. Ia adalah seperti berikut:

#1. Penggunaan cermin mata/kanta lekap
Sekiranya masalah mata juling atau mata malas anda itu adalah didalangi oleh kerabunan, maka cermin mata atau kanta lekap mungkin boleh membantu.

#2. Penyuntikan steroid
Kondisi strabismus yang disebabkan oleh kemerosotan otot mata mungkin boleh diselesaikan dengan menyuntik steroid ke dalam otot yang bermasalah.

#3. Penggunaan eye patch
Kondisi amblyopia mungkin boleh dirawat dengan cara mengenakan eye patch ini pada mata yang dominan untuk melatih penggunaan mata yang lemah.

#4. Penggunaan eye drop
Kondisi amblyopia juga boleh dirawat dengan cara mengenakan eye drop ini pada mata yang dominan untuk melatih penggunaan mata yang lemah.

#5. Pembedahan mata
Sekiranya sudah tiada pilihan lain lagi, maka penderita mungkin terpaksa menjalani pembedahan mata bersama pakar untuk memperbaiki dan membetulkan kondisi mata juling atau mata malas.

Sebaik-baiknya, sila dapatkan konsultasi daripada doktor bagi mengenal pasti masalah mata anda.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: Hello Doktor

Published by
NuFa