Kanak-kanak mempunyai antibodi yang agak lemah berbanding orang dewasa. Justeru, hal ini menyebabkan mudahnya terjadi jangkitan. Perkongsian ibu ini tentang mata anaknya yang terkena jangkitan kuman daripada kucing boleh dijadikan iktibar.

Puan Norizan Acu berkongsi tentang pengalamannya berhadapan dengan situasi anaknya Airel Zakwan, 3 tahun yang mengalami keadaan mata bernanah kerana jangkitan kuman dari kucing yang berpenyakit kurap.

“Kumannya Kuat & Cepat Merebak.” Mata Kanak-Kanak Bernanah Terkena Jangkitan Daripada Kucing Jalanan

“Kumannya Kuat & Cepat Merebak.” Mata Kanak-Kanak Bernanah Terkena Jangkitan Daripada Kucing Jalanan “Kumannya Kuat & Cepat Merebak.” Mata Kanak-Kanak Bernanah Terkena Jangkitan Daripada Kucing Jalanan

Namun update ibu ini dari hari ke hari mata anaknya semakin baik dan sembuh. Berikut ialah perkongsiannya;

Terima kasih yg mendoakan Airel Zakwan. Mata dia berpunca dari kucing kurap yang dia pegang hari tu kucing terbiar dijalanan.

Sebab die tak takut kucing. Kucing yang takut ngan die. Hehehehe.

IKLAN

So doctor nak tahan wad. Kuman die kuat sebab tu die merebak dengan cepat.

Tapi mama tak boleh nak duduk wad sebab ada si debab aida kt rumah. So Airel kena kuarantin jela kat rumah dulu sebab penyakit ini berjangkit.

Tapi mama kena ulang alik klinik untuk sapu antibiotik kat mata dia.

Alhmdulillah kuman ni tak merebak dalam mata airel.. Kalau  tidak lagi teruk.

Maafkan mama sayang tak dapat jaga Airel dengan baik… Bertabah la mama..

IKLAN

SEMAKIN PULIH SELEPAS DIBERIKAN RAWATAN

Ibu ini juga turut memberikan update anaknya semakin pulih selepas diberikan rawatan.

Update terbaru Muhammad Airel Zakwan.

Alhmdulillah lepas rawatan cuci dan letak cream antibiotik mata Airel dah kurang berair dan nanah pun takde dah. Kering dah luka nye.

Tapi still kena continue buat rawatan smpai betul-betul sembuh. Mama is risau sebab melibatkan mata. Kalau mama lambat buat rawatan kemungkinan Airel tak nampak sebelah. Allahuakbar… Maafkan mama sayang…

Bahaya kuman….
Take note uolls.. Jangan bagi anak pegang2 kucing terbiar atau berkurap. Antibodi anak tak kuat macam kita orang dewasa. Sehari je kuman tu merebak cepat.

IKLAN

“Kumannya Kuat & Cepat Merebak.” Mata Kanak-Kanak Bernanah Terkena Jangkitan Daripada Kucing Jalanan

AIREL DAN SEMAKIN PULIH DENGAN JAYANYA

My hero Muhammad Airel Zakwan semakin pulih dengan jayanya. Berkat doa rakan-rakan,rakan-rakan FB dan ahli keluarga semua. Alhmdulillah. Tq korang,tak dapat nak ucap dengan kata-kata. Tq so much semua. Lega hati mama, tak de la mama risau lagi.

Tak ada la nk berperang dengan Airel nak bagi makan ubat n sapu ubat. Tak ada la nak dengar Airel duk teriak dalam bilik rawatan untuk cuci ann sapu cream antibiotik tu lagi. Leganya Alhmdulillah. Terima kasih Allah.

Next appointment Monday turn babah Jazmel Apex lak.. Hehhehehe.Bertabah la. Misi mama dah habis.

“Kumannya Kuat & Cepat Merebak.” Mata Kanak-Kanak Bernanah Terkena Jangkitan Daripada Kucing Jalanan

Puan Norizan ketika dihubungi Pa&Ma berharap ibu bapa lain tidak membenci kucing dan menjauhkan kucing daripada anak-anak. Cuma perlu mengambil sikap lebih berhati-hati memandangkan antibodi kanak-kanak masih belum kuat.

Sumber: Norizan Acu

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI