Perkongsian Ibu Ini Dalam Rancangan TV Membuka Mata Tentang Impetigo

Share

Perkongsian ibu ini dalam rancangan TV membuka mata tentang impetigo dan sindrom kulit melecur. Lebih menyentuh hati ialah ketika itu bayinya baru berusia 10.

Bermula dengan tiga bintik kuning sebagai impetigo, Puan Mazne Aznan mendedahkan yang keadaan anaknya bertukar lebih teruk sebagai sindrom kulit melecur atau scalded skin syndrome. 

Dalam rancangan TV Pa&Ma yang ke udara dengan tajuk “Sindrom Kulit Melecur” yang ke udara pada 8 Januari 2018, ibu ini turut berkongsi yang mungkin jangkitan bakteria  yang menjadi penyebab penyakit kulit ini terjadi daripada orang yang melawati bayinya.

Dalam kejadian yang berlaku pada 30 Julai 2018, iaitu sesudah 10 hari kelahiran bayinya, Uthman Al Affan Bin Ahmad Farhan, tiga bintik itu dirawat sebagai impetigo.

Selepas dibenarkan keluar daripada wad selepas selesai rawatan fototerapi kerana jaundis. Mazne menyapu krim yang dibekalkan. Namun hatinya merasakan impetigo yang dialami Affan masih belum sembuh sepenuhnya. 

Beberapa hari kemudian, timbul pula gelembung cecair. Hatinya mengatakan keadaan Affan masih belum sembuh.

Selepas itu, terjadinya kuping-kuping kering pada muka Affan.

Sehari kemudian, keadaan menjadi lebih teruk apabila kuping terbentuk dengan banyaknya pada wajah. Kali ini Affan langsung tidak boleh membuka mata!

Setelah dibawa ke hospital dan diberikan antibiotik, kulit Affan ini semakin pulih. 4 hari pelbagai rawatan diberikan, Affan akhirnya semakin pulih walau pun bahagian belakang dan punggungnya masih luka. Tindakan Mazne dan suami membawa Affan segera ke hospital adalah tepat!

Keadaan Affan masa hari kedua di hospital. Kulit semua melepuh.

Terkini keadaan kesihatan Affan sudah semakin baik. Mazne bersyukur anaknya pulih dan kini sudah berusia hampir 6 bulan.

“Alhamdulillah, Affan dah sihat sepenuhnya. Tak perlu follow up dengan hospital. Affan dah boleh guna sabun mandi bayi yang biasa dan tak perlu gunakan sabun mandi yang dibekalkan hospital. Baju-baju Affan  juga sudah boleh dibasuh dengan sabun basuh bayi yang biasa. Tak perlu dah guna Dettol atau air panas semata-mata,” kata Mazne.

Foto terkini Affan, kulitnya sudah pulih.

Anda nak tahu lebih lanjut mengenai kisah ibu ini, boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma Episod 5: Sindrom Anak Melecur yang ke udara pada 8 Januari 2018 di Astro Prima & Astro Maya HD. Terdapat juga siaran ulangan pada jam 9 malam pada hari yang sama.

Published by
Azma ML