Tahniah kepada pelakon dan pengacara, Yana Samsudin yang telah selamat melahirkan bayi keduanya. Berkongsi khabar gembira itu melalui instagramnya, Yana memaklumkan bayi dan keadaannya sihat dan baik-baik saja.
Kata suaminya, pelakon Fadzil Zahari, Yana Samsudin selamat melahirkan bayi perempuan mereka di sebuah pusat perubatan swasta di Batu Pahat, Johor pada minggu lalu.
Menerusi Gempak, Fadzil turut memaklumlah Yana selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 7 November lepas.
“Dah bersalin beberapa hari lepas, cuma kongsikan hari ini. Yana akan berpantang di kampungnya di Johor,” katanya ringkas.
Terdahulu, Fadzil turut berkongsi berita gembira tersebut menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.
“Alhamdulillah @yanasamsudin dah selamat lahirkan baby girl. Syukur pada Allah segala urusan dimudahkan”
“Terima kasih semua yang sudi mendoakan🤲🏻 hanya Allah yang akan balas jasa hangpa semua,” katanya berkongsi.
Dalam pada itu, menerusi instagram, Yana juga berkongsi kelahiran si comel kesayangan mereka itu dengan sekeping gambarnya bersama bayi, suami serta anak sulungnya Mateen.
“Assalam korang, alhamdulillah ABC dah selamat lahirkan baby gaming 🤣 & its a girl”
“Thanks semua yang sudi doakan yana & baby selamat dilahirkan…semuanya telah dipermudahkan”
“Yana akan bercuti lebih kurang dua bulan daripada game streaming dan En Ketua Rumah @fadzilzahari akan teruskan stream, sokonglah dia, dia pun kelakar juga sebenarnya huhu,” katanya berseloroh.
Terdahulu, Fadzil dan Yana mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Aisy Mateen yang kini berusia empat tahun.
Artikel berkaitan: Lagi 3 Minggu Nak Bersalin Yana Samsudin Alami HB Rendah Siap Titip Pesan Buat Ibu Hamil Lain!
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents