Mateen Tersungkur Dekat Simen. Yana Samsudin Akui Jaga Anak Lelaki Hati Kena Kuat

Share

Pelakon Yana Samsudin berdepan dengan cabaran sekali lagi apabila anak lelakinya, Aisy Mateen cedera akibat tersungkur.

Yana berkongsi perkara itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya.

Menurut Yana, dia akui tidak mudah untuk menjaga anak lelaki dan pastinya akan berdepan dengan perkara yang lebih mencabar selepas ini.

“Nak… Gambar ni mommy akan post dan print untuk kenang kenangan. Dulu mommy jatuh basikal terkontal ke depan sebab mommy terguna break tayar depan untuk break akibatnya 2 gigi ke dalam.

“Semalam Mateen tolak belon bentuk car dan jatuh tersungkur kat simen. Akibatnya satu gigi ke dalam!

“Betul kata orang orang. Anak lelaki “more to go”!!! Banyak lagi kita akan tempuhi. Jahit, lebam, berdarah apa lagi…

“Hati mommy kena kuat! ?? #MateenDanMommy,” tulisnya

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya meminta Yana bersabar dan tabah mengharungi proses pembesaran anaknya selain mendoakan kesembuhan Mateen.

Sumber: ig Yana Samsudin

Published by
Wan Amy