Mawar Bersalin Tanpa Penahan Sakit, Raf Yaakob Sebak Kongsi Momen Kelahiran Raden Muhammad Rafael

Share

Bersalin secara normal tanpa penahan sakit bagi anak pertama, apa yang dilakuakn Mawar Rashid ini amat mengagumkan. Suaminya sebak mengenang kembali detik kelahiran kelahiran anak pertama mereka berdua.

Mawar melahirkan bayi pertama , Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu. Suaminya, Raf Yaakob berkongsi momen bersalin Mawar. Dia yang sentiasa  menemani Mawar sepanjang proses kelahiran mengakui Mawar tenang dan melalui kontraksi dengan zikir dan urutan.

Tak ambil epidural atau laughing gas. Sentiasa berada di samping Mawar sepanjang masa.

Lalui kontraksi dengan zikir, doa serta urutan pada kaki serta pinggang.

Setiap kali kontraksi sentiasa ingatkan yang kelahiran bayi semakin dekat.

Mawar isteri yang taat, ibu yang baik & anak yang patuh kepada ibu dan ibu mertua.

Mungkin sebab ini Allah permudahkan dia bersalin normal.

Sokongan suami dan ibu jadikan Mawar bersemangat.

Raf sudah mempunyai 2 anak iaitu Raden Ahmad Rayyan, 8 tahun & Raden Seri Raysaa Chanela, 4 tahun daripada perkahwinan terdahulu.

Para peminat kagum dengan kelahiran bayi pertama Mawar dan mendoakan kebahagian pasangan ini.

Sumber: rafyaakob


Published by
Azma ML